Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah
~شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة
Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
- 1. Berkat pada umurnya
- 2. Bertambah hartanya
- 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
- 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
- 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
- 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
- 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
- 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
- 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
- 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.