BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Saturday, 13 November 2010

`Sebutan Syariah` Bukan Mengaibkan

''Eh, progam nie x mengaibkan orang yang ada masalah dekat court ke?? Malulah macam nie masuk TV plak ceritakan hal orang.. Boleh ke?? X mengaibkan orang tersebut ke??''.. Beginilah kata-kata setengah masyarakat yang bersuara.

Seperti yang kita sedia maklum akan realiti TV ini diadakan setiap Jumaat. SEBUTAN Syariah merupakan antara rancangan berkonsepkan agama berkisar tentang kes-kes di Mahkamah Syariah yang mendapat sambutan hangat daripada para penonton di saluran televisyen Astro Oasis (Saluran Astro 106). Dalam rancangan tersebut banyak memaparkan kes-kes yang hangat membabitkan faraid, hadhanah, muta'ah, perceraian, eddah dan jenayah syariah yang dibicarakan di mahkamah-mahkamah syariah di negara ini.

Tidak hairanlah jika ianya banyak terdapat input yang bermanfaat melalui pendekatan yang telah diakukan kepada kita sebagai masyarat yang memaparkan pelbagai masalah untuk diselesaikan. Disini saya sendiri selalu mengikuti perkembangan dalam pengendalian kes-kes dalam racangan Sebutan Syariah ini.

Meskipun memaparkan kes-kes syariah yang menjadi perhatian masyarakat, tetapi rancangan dengan durasi 30 minit pada setiap episod itu katanya, sentiasa menjaga air muka plaintif serta defenden yang ditampilkan dan ia juga bukan bertujuan untuk mengaibkan mereka. Sedikit pun saya tidak mengatakan bahawa rancangan ini boleh membuka aib orang (plaintif/defenden) secara tidak langsung. Malahan ianya memberi pendenkatan dan pengetahui buat kita dalam menyelesaikannya.

''Tujuan rancangan ini diadakan bukan untuk membuka keaiban sesiapa pun, malahan ianya sebagai ikhtibar kepada para penonton, sebagai contoh yang kita lihat kes yang tidak didedahkan identiti plaintif/defendan. Pada masa yang sama rancangan ini juga adalah sumber ilmu pengetahuan dalam Islam, terutamanya dalam Ilmu Syariah. Bagi saya ianya penting untuk saya as a student Syariah and become a lawyer,insyaAllah''..

Kredibiliti rancangan yang diacarakan oleh Abu Talib Husin itu lebih meyakinkan apabila ia mendapat kerjasama daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Peguam Islam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

''Begitu juga dengan kes tuntutan anak atau nafkah isteri selepas diceraikan. Rancangan ini akan mengupas lebih lanjut isu yang berkaitan dengan mendapatkan pandangan daripada pakar dalam bidang tersebut, ianya memberitahu pada kita bagaimana cara penyelesaian yang sepatutnya''..


Selain memaparkan kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah, Sebutan Syariah juga menyediakan segmen Aduan Syariah yang membolehkan para penonton meluahkan masalah yang dihadapi menerusi rancangan ini. Para penonton yang memaparkan masalah ini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan email rancangan itu juga semakin rama, sekali gus membuktikan ia nya mendapat sabutan oleh para penonton. Ianya bertujuan penyelesaiannya dapat dikongsi bersama penonton dengan masalah yang dihadapinya.

''Saya boleh katakan bahawa rancangan ini seperti sebuah realiti TV yang menggunakan kes-kes syariah sebagai intipatinya yang dapat kita mengetahui lebih lanjut pengisian perbincangan tersebut. Ianya bukanlah sebagai tontonan semata-mata, malahan banyak memberi pengajaran buat kita. Bagi saya, Sebutan Syariah mendapat sambutan hangat daripada penonton kerana kebanyakkan kes yang jarang berlaku dipaparkan, dan kita dapat mengetahui masalah yang berlaku sekarang. Sebagai contoh; Kes seorang isteri di Kelantan didapati mempunyai 2 orang suami pada masa yang sama. Kes beginilah yang penonton mahu untuk meneruskan tontonya sebagai pengetahui dalam penyelesaian''..

Dalam rancangan yang saya sendiri rasa ianya ebih banyak inputnya yang boleh kita dapat. Sebuah masalah yang kita ketahui dan membawa kepada jalan penyelesaianya. pelbalaha antara kedua-dua pihak yang dapat kita lihat membawa kedamaian dan penyelesaian yang baik dalam melakukannya. Suka saya untuk mengatakan, ianya bukanlah seperti ada setengah yang berpendapat bahawa ianya menbuka aib orang lain. Tapi apa yang dapat kita pelajari mengenainya tentang Ilmu Syariah yang dapat sama kita dalami. Dari tak tahu, kepada tahu. Mencari ilmu itu banyak caranya. Bukan sekadar membaca, malahn dengan paparan yang dibuat sebagai contoh Sebutan Syariah yang dapat memberi kita ruang untuk mengetahui bagaimana kes Mahkamah dilaksanakan.


~Sumber; Utusan Malaysia Online