''Cantiknya baju yang budak lelaki tu pakai!! Mana dia beli? Tu macam baju sutera je.. Eh, boleh ke orang lelaki pakai baju yang diperbuat dari sutera?? X berdosa ke??''.. Mungkin ada yang musykil lagi tentang perkara ini, walaupun kadang-kadang ianya nampak macam remeh je, tapi sama-sama kita pelajarinya melalui penerangan yang akan diterangkan.
Saidina Ali kaw berkata: "Aku melihat Rasulullah saw mengambil sutera dan memenganngnya dgn tangan kanan dan mengambil emas dan memegangnya dengan tangan kirinya. Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya kedua perkara ini adalah haram kepada lelaki dikalangan ummatku." (hr "perawi lima" melainkan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang memakai sutera di dunia dia tidak memakainya diakhirat." (Hr Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah dia memakai sutera dan emas." (Hr Ahmad, Haithami berkata: para perawinya thiqah)
~*~*~*~*~*~*~
~Adakah budak lelaki boleh memakainya?~
Ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum memakaikan budak kecil dgn sutera. Ada dua pendapat seperti berikut:-1. Haram hanya kepada lelaki yang baligh sahaja. Budak lelaki yang belum baligh diharuskan untuk memakainya. [Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pendapat utama dalam mazhab Syafie].
Alasan mereka adalah seperti berikut:
a. Budak lelaki yang belum baligh belum ditaklifkan lagi dan tidak termasuk dalam kalimah "rijal" dalam hadis.
b. Sutera adalah perhiasan. Hukum budak2 memakainya adalah seumpama wanita.
2. Haram sutera kepada semua jenis lelaki, samaada yg kecil atau yg besar. [Inilah pendapat mazhab Hambali, Hanafi dan ulama2 yg lain]
Hujjah2 mereka adalah seperti berikut:
a. Umumnya hadis2 yang mengharamkan sutera kepada orang laki. 2. Jabir bin Abdullah ra berkata: " Kami merampas kain sutera dari kanak2 lelaki dan membiarkan sutera yg dipakai oleh budak2 perempuan." (Hr Abu Daud dan Ahmad : Isnadnya Hasan)
~*~*~*~*~*~*~
~Adakah boleh dijadikan sebagai bantal atau hamparan?~
Ada terdapat dua pendapat seperti berikut: 1. Kebanyakan ulama mengharamkan penggunaan sutera untuk hamparan, bantal, tirai dan penggunaan yg lain. Ini adalah pendapatMazhab Maliki, Hambali dan Maliki, Abu Yusuf dan Muhammad dr mazhab Hanafi. dalilnya adalah seperti berikut: a. Huzaifah ra berkata: "Rasulullah s.a.w menegah kami daripada minum dan dgn bekas emas dan perak, memakai pakaian sutera dan duduk di atas sutera." (Hr Muslim)
2. Sebahagian ulama mengatakan boleh menggunakan sutera pada yg bukan dipakai. Ini pendapat Abu Hanifah, Ibnul Majisyun dari mazhab Maliki dan ar-Rafie dari mazhab Syafi'ie.
~*~*~*~*~*~*~
~Adakah Harus memakai sutera ketika darurat?~
Ada dua pendapat seperti berikut:-
1. Pendapat mazhab syafie dan Hambali membenarkan utk orang lelaki memakai sutera sekiranya terdapat kemudaratan yg memerlukan utk memakai sutera seperti sakit. Dalilnya adalah seperti berikut: a. Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w membenarkan kepada Zubair dan Abdurrahman bin Auf untuk memakai sutera kerana gatal." (Hr Bukhari dan Muslim)
2. Pendapat Abu Hanifah dan Malik mengharamkan sutera secara mutlak. Mereka mengatakan apa yg dibenarkan kepada sahabat adalah khusus utk mereka sahaja. Ibnu Quddamah berkata: Pendapat pertama lebih tepat kerana apa yg dibenarkan kepada sahabat ia dibenarkan kepada orang lain.
-Rujukan: Al-Albisah Waz Zinah oleh Abdul Wahhab bin Abdus Salam-