Terasa sesuatu Persoalan memanggil
Di benak yang paling mendalam
Sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora sang penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisahku ini
Hanya kekosongan
Jua kehilangan
Ku rasai menghuni hati
Dimanakan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti
Sejawapan rindu..
Dimanakan ku temui
Oh sinaran yang hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu
Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsikan bersama
Sebagai teman mahu sebagai kekasih
Merenung banyangan jauh
Menatap penuh pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud
Di benak yang paling mendalam
Sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora sang penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisahku ini
Hanya kekosongan
Jua kehilangan
Ku rasai menghuni hati
Dimanakan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti
Sejawapan rindu..
Dimanakan ku temui
Oh sinaran yang hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu
Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsikan bersama
Sebagai teman mahu sebagai kekasih
Merenung banyangan jauh
Menatap penuh pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud