BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Thursday, 4 November 2010

Bila Kesunyian Itu Hadir


~Kesunyian~ adalah situasi yang pasti dirasai oleh semua orang. Mungkin kita pernah merasa kesunyian dalam hidup yang melanda sanubari. Tanpa di duga, kita juga akan merasa keseorang tanpa teman, tanpa seseorang disisi. Pasti merasa kehilangan, buntu dalam menetukan segalanya.


Apabila terjadinya situasi begini, pasti kita merasa hampa, mungkin juga fikiran kita hila entah ke mana atau pergi membawa diri sejauh yang mungkin entah ke mana untuk mencari inspirasi dalam mengisi akan kesunyian. Mengembara dengan penuh ertinya. Hati merasa terseksa, batin rasa meronta. Bila malam menjelma, dikala semua lena dibuai mimpi, kita masih selalu terjaga.


Bila ini terjadi tatkala kita merasa tidak ada seorang pun yang dapat memahami, tidak seorang yang dapat mengerti, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka laranya, tidak ada tempat untuk mengadu dan berkongsi rasa kehidupan. Liku kehidupan yang penuh kerlipan yang begitu mengasyikan. Hidup makin akan terasa siksanya dengan kesunyian yang menyelubungi jiwa. Semakin hari merasa semakin tidak lagi bermakna.



~Tidakkah kita berfikir??~

Bila itu yang kita rasakan, Mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Mugkin ada yang selama ini kita tidak sedar akan sesuatu didalam kesunyian itu. Bahawa sedarlah kita dari mimpi dan termenung dalam kesunyian yang menghantui diri, di saat dan kala itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIAlah yang paling setia pada kita. DIAlah yang menemani setiap hari-hari mendatang kita.


DIA selalu memantau, memerhati dan menemani kita dengan penuh kasih sayang yang begitu mendalam. Kesetiannya pada kita tidak ppernah jemu menjelang hari ke hari berlalu. DIA akan selalu menemani tidur kita, malam kita yang sunyi sepi dan mmenjaga diri kita dikala lemah tidak bermaya, DIAlah yang memerhatikan gerak kesunyian kita tanpa kita sedari hebatnya DIA selalu bersama kita. Namun, keadaan ini akan terjadi bila mana kita mengetahui dan yakini bahawa Allah itu benar adanya dan sudah tentunya ianya menetap dan termateri dihati sanubari kita. Dengan erti kata lain, kita mahu mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh jiwa raga kita.



~Pernahkah kita menyedari hal sebegini??~

Allah telah memberikan kita nikmat dan anugerah yang begitu bernilai kepada kita, sedangkan kita masih lagi mendustakan-Nya. Di mana erti syukur kita pada-Nya?? Masih lagikah kita sanggup melupakan-Nya dalam setiap nafas yang kita jalani disaban hari ini..


Firman Allah yang bermaksud: Allah tidak akan memberi kesusahan seseorang hambanya
melainkan apa yang terdaya buatnya [Al-Baqarah:233]




Allah telah membuatkan hati kita yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya bak purnama berkilauan dan yang kerdil menjadi raksasa. Allah mengisi setiap kekosongan dalam hati kita. Allah ciptakan Hawa supaya dapat menemani Adam di syurga. Allah ciptakan semuanya berpasangan supaya tidak kesunyian dan kesepian. Sepertinya kita tidak boleh lerut dengan kesedihan, kesunyian, kesepian dalam hidup.


Kerna boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi, sunyi itu dalam hati kita untuk menguji akan hambanya betapa kuatnya cinta kita pada-Nya. Sehinggakan dengan kesunyian itu kita mampu khusyuk untuk mendekatiNya. Dengan kesunyian itu banyak kelebihannya. Kita tidak lagi sunya atau pun sepi, malah Allah sentiasa menemani kita walau dimana jua kita berhadapan dengan pelbagai hal keadaanya.



Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”