BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Tuesday, 30 November 2010

`Dikala Tidurnya Ku Dicipta Darimu Adam`..



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.


Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.


Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut, patuh dalam suruhan suami. Tapi pernahkah kita menghargai semua penat lelahnya selama ini. Peritnya jika berlaku depan mata.




Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,

“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Fahamilah perasaanya. Dialah yang paling mulia Allah ciptakan.



Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.... Kadang-kadang ada sesetengahnya dengan memujuk akan kembali pulih. Hati wanita sangat lembut. Walaubagaimana pun ganasnya dia, yang bernama wanita itu pasti akan menitis air mata jika dia tersentuh hatinya. Wahai Adam.. peliharanlah wanitamu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh...


~Kalau Perempuan xtahu Memasak,Salah ke? Tapi Andai Lelaki Xboleh menjadi IMAM?? Fikirkanlah..




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.



Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. 'Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. 'Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.



Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.




Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.



Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.




Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


~Renungkanlah.. yang mana lebih di utamakannya~


Sunday, 28 November 2010

Berjihadlah Melawannya!!


''Serang!!! Jangan dok tengok je.. lawanlah.. Sediakan pedang2 kita sebelum kita mula berlawan!! Serangggggg!!''... Inikah jihad kita yang sebenarnya? Adakah dengan menyediakan alat-alat untuk berperang, tajamkan pedang, sediakan panah dan sebagainaya.. Apakah jihad yang paling besar buat kita? Adakah dengan melawan pihak musuh? Ermmmm......

Jihad yang paling besar bukanlah dengan berperang dengan menggunakan anggota badan kita, malahan dengan fizikal dan mental sekali. Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.


Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?

Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman, "Innallahastara minal mukminina anfusahum waamwalahum liannahumul jannah. " Maksudnya, "Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga ".


Itu tawaran Allah, karena jihad itu besar maka disuruh beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari segi lahirnya jihad menentukan hidup mati Islam. Kalau ada jihad hiduplah, kalau tidak ada jihad matilah. Dari segi batin, jihad menentukan seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya. Tidak ada jihad punahlah insaniahnya.


Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)


Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.


Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.


Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain.


Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.


Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)

Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".


Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.


Nafsulah penghalang yang paling jahat. Mengapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu mudah dan dapat kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari badan kita. Tidak sempurna diri kita jika tidak ada nafsu. Ini yang disebut musuh dalam diri. Sebahagian diri kita, memusuhi kita. Ia adalah jizmullatif - tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, hanya dapat dirasa oleh mata otak (akal) atau mata hati. Oleh itu tidak dapat kita buang. Sekiranya dibuang kita pasti mati.


Nafsu adalah penghalang yang besar. Kalau hendak solat bukan mudah untuk mujahadah. Akhirnya terlambat solat subuh. Siapa yang membisikkan kepada kita? Itulah nafsu. Bukan mudah hendak berjuang dan berkorban. Bukan mudah hendak sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah untuk sabar, tidak berdendam dan membalas kejahatan musuh dengan doa dan kebaikan. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu juga tidak mudah untuk menahan marah dan hendak memberi maaf orang yang berbuat salah dengan kita?


Kita rasa terhina hendak memaafkan orang yang bersalah dengan kita. Lebih-lebih lagi kita yang bersalah, hendak minta maaf lebih sukar lagi. Terasa tergugat ego kita. Lebih-lebih bila ada jabatan dan pengaruh. Bukan mudah untuk ikut syariat, jika nafsu mengatakan jangan. Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu ia dianggap wira, hero atau pahlawan. Dianggap orang berani dan luar biasa. Sebab itu ada Hadis yang mengatakan;

"Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya''.


" Bukannya seperti yang terjadi hari ini, gelar "Tokoh" atau "wira" yang dikurniakan kepada seseorang, bila kita tinjau kehidupan mereka, kebanyakan mereka yang sudah dikalahkan oleh hawa nafsu. Itulah wira yang palsu. Wira yang sebenarnya wira ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. Selama hawa nafsu tidak dapat diperangi selama itulah seseorang tidak akan tertuju kepada ALLAH. Tidak akan dapat benar-benar berkhidmat kepada ALLAH. Tidak akan jatuh cinta dengan ALLAH. Tidak akan memberi ketaatan yang sesungguhnya kepada ALLAH. Kalau nafsu tidak diperangi, tidak akan dapat hidup dalam kebenaran. Hidup dalam pimpinan ALLAH. Firman Allah dalam Al Qur'an maksudnya :

"Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH itu beserta dengan orang yang buat baik".


Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu, Allah akan tunjukkan satu jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang benar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah.


Ertinya mereka mendapat pembelaan dari Allah sejak di dunia. Jadi siapa saja yang sanggup melawan hawa nafsu, dia adalah rijalullah (orang Allah, keluarga Allah, kepunyaan Allah, tentera Allah) Siapa yang menjadi kepunyaan Allah atau tentera Allah, dia akan dibantu oleh Allah. Tapi selama belum menjadi tentara Allah, sebaliknya menjadi tentera manusia atau tentera syaitan, Allah akan biarkan. Kalau diberi kemenangan, atas dasar kuat, bukan atas dasar bantuan. Manakala yang lemah akan diberi kekalahan.


Jadi seseorang itu mesti sanggup melawan hawa nafsu. Kalau tidak, banyak ajaran Islam yang terabaikan, banyak perintah ALLAH yang dilalaikan. Bila tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak larangan ALLAH yang akan terbuat. Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi, barulah ajaran Islam itu dapat kita amalkan sungguh-sungguh dan barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan, karena nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan kita.


~J I H A D I T U A D A L A H P E R J U A N G A N~


Saturday, 27 November 2010

~''Abang Xnak Sehidup Semati Dengan Sayang, Tapi..''~




Malam ini cuaca begitu nyaman sekali, aku menarik lembut tubuh isteriku dan ku bawanya duduk diluar beranda rumah ditingkat atas rumah kami, dengan bayu yang memukul lembut ke tubuh kami, sambil memandang akan keindahan ciptaanNya. Tiba-tiba isteriku bertanya;


''Abang.. masih ingat kah waktu pertama kita mula berkenalan dulu.. kita bertemu tanpa perkenalan lansung sebelum ini, kita langsung tidak pernah bersua muka, malahan hanya bertegur begitu sahaja. Nak berjalan keluar berdua, lagilah x pernah macam orang lain tu!!.. Abang begitu menjaga batas2nya. Dengan jarak kita yang berbeza jauhnya''..


''Ya sayangku.. abang ingat sayang''.. Sambil tanganku membelai lembut ke pipi isteriku bersama hadirnya bayu lembut membelai wajahnya.. Ku tenung wajah ayunya..


''Kenapa abang pandang sayang macam tu.. sayang yang malu jadinya''.. Tersipu malu ku ditegur isteri..
''Abang teringat waktu kita mula-mula dulu.. Walaupun kita berbeza umur, tapi abang tak pernah pedulikan semua itu. Semua itu bukan syarat utama dalam membina mahligai kita sayang.. Sayanglah orang pertama yang hadir dalam hidup abang''.. Sambil isteriku tersemyum penuh kasih sayangnya, Ku membalas senyuman manis buatya..


''Abang2.. abang ingat tak mula-mula kita kahwin dulu, kita sama-sama tengok filem Romeo and Juliet''.. Mulanya dialih cerita pada satu filem omputih ni, dan isteriku menanyakan padaku di saat mula2 kami menjadi suami isteri dulu..


''Ya sayang.. masa itu waktu petang rehat2 sambil kita tengok filem tu kan''.. Jawabku sepintas lalu..


''Sayang suka cerita tu, Abang ingat tak 'ending'nya.. Sayang nak kesudahan cinta kita begitu.. Sayang nak sehidup semati dengan abang.. segalanya sayang nak dengan abang.. Sayang xnak berpisah langsung dengan abang yer''.. Balas isteriku


Aku hanya terdiam seketika dengan kata-kata yang diungkapkan oleh isteriku tadi, seraya dia menyapa dengan cubitan manjanya ke perutku, aku mula tersedar dari lamunan kata-katanya.. Seraya isteriku berkata; ''Ish abang nie!!~ kenapa.. kenapa abang terdiam membisu je nie!! sayang ada salah kata ke bang?!''...


Aku mengukir senyuman manis sambil menggelengkan kepala menidakkan persoalannya, lantas ku membelai alunan rambutnya yang lembut, sambil itu ku berkata dan menjawab akan pertanyaannya tadi..


''Sebenarnya abang tak mahu sehidup semati dengan sayang''..


Setelah mendengar jawapan dariku.. Ku melihat rauh wajahnya terus berubah. Matanya mulai bertakung dengan jernihan air. Tiba-tiba ku lihat jernihan permata jatuh ke pipinya.. Aku mula ingin mengesat jernihan itu, malahan aku di tinggalkan olehnya. Dengan lemah gemalainya isteriku berjalan mula ingin masuk ke kamar. Ternyata jawapanku tadi telah mengguris hati perasaannya..


''Wahai isteriku, Ermmm....''... tersekat kata-kataku disitu dan dia terberhenti dari langkah tatkala aku memanggilnya seraya dia menoleh ke arahku.. Walaupun hatinya terguris, tapi panggilanku tetap disambut dengan lembutnya..


Isteriku menyahut panggilanku dengan muka yang muram lantas berkata; ''Ya abang.. sayang nie''.. Terus isteriku menanya sebelum aku mula ingin memujuknya.. ''Kenapa abang tidak mahu sehidup semati dengan sayang!!?''.. sambil mengesat pipinya yang kemerahan akibat dari tangisan kecilnya tadi..


Ternyata isteriku mahukan penjelasan dari apa yang telah ku ungkapkan sebentar tadi.. Isteri mana yang tidak tersentuh bila dikata sebegitu rupanya.. Dan tiba-tiba ku kedengaran suara azan yang menandakan telah pun masuk waktu solat isya', dan lantas ku menarik lembut tangannya sambil merangkul pinggangnya masuk ke ruangan bilik sambil berkata padanya;


''Sudahlah sayang.. dah masuk waktu ni, mari kita tunaikan solat bersama, tak elok melengahkanya ya sayangku.. Sayang abangkan''.. tidak jemu ku mengukir senyuman untuknya yang tersayang dengan niat untuk memujuknya dari gurisan kataku tadi..


Ternyata isteriku kecewa lagi dengan kata-kata yang ku berikan..


''Senyumlah sikit sayangku''... aku mula saja mencuit dagunya yang lembut.. Dengan kemerahan wajahnya akibat menangis tadi, dia tetap cantik buatku walaupun kemuraman yang melanda.. walaupun pedih yang di alami, tetapi masih mengukir semyuman buatku, walhal ku mengetahui ianya hanya palsu dan untuk menjadi hati suaminya..


~*~*~*~*~*~*~

Keesokkan harinya, selepas kejadian malam semalam.. hubungan kami tiba-tiba dingin seketika, isteriku hanya bercakap bila perlu sahaja, bila ku menanya akan sesuatu, baru di jawabnya.. Walau bagaimanapun tidak pernah dia mengabaikan diriku sebagai suaminya. Tetap melayanku dengan baiknya.


Aku tahu perubahan yang telah berlaku ke atas isteriku.. Ku lihat dia selalu bersendirian dan termenung. Ternyata ianya disebabkan jawapan yang ku berikan padanya semalam..


Selepas waktu makan malam, ku mengajak isteriku ke beranda yang berdekatan sebelah kamar kami di bahagian atas, tempat selalu kami bersama melihat keindahan ciptaanNya. Pada mulanya agak keberatan isteri ku nak mengikut. Tapi, setelah ku ceritakan ada hal penting yang hendak ku sampaikan dan di selesaikan antara kami, barulah dia bersetuju mengikut ajakanku ke beranda..


Sambilku menarik lembut tangannya ke beranda.. dengan sang bayu menemani kami berdua.. Sampainya di beranda kami, ku terus bertanya padanya..


''Sayang marah kan abang ya? Sayang marahkan abang di sebabkan jawapan yang abang berikan tempoh hari tu?''.. Isteriku hanya terdiam membisu sambil tundukkan wajahnya menghadap ke lantai beranda kami...


Terus aku berkata lagi padanya..


''Sayang.. memang abang tak mahu pun sehidup semati dengan sayang, kerana..''... Belum sempat aku ingin menghabiskan kata-kataku, isteriku mula ingin meninggalkan aku seorang di beranda..

Lantas ku capai tangannya, sambil menarik lembut pinggangnya.. Dapatku lihat sekali lagi jernihan kaca mengalir ke pipinya dengan sendirinya.. Ku kesat air matanya dengan jari-jemariku.. lantas ku peluk tubuhnya.. tubuh isteri yang ku sayangi.. Lalu aku berkata padanya...


''Dengar penjelasan abang dulu sayangku.. Manja abang..''... air matanya mula reda setelah aku mengesatnya..


''Abang memang tak mahu sehidup semati denganmu sayangku.. Tapi.. abang mahu hidup dengan sayang sampai ke Syurga.. Hanya itu yang abang mahu bersamamu sayang. Ku ingin hidup bersamamu hingga ke Firdausi wahai bidadariku''.. ku kuatkan juga jiwa ragaku untuk berkata padanya, walaupun pada asalnya jernihan air mataku mula bertakung.. tapi aku tahan juga..


''Abang tak mahu cinta kita sehingga terhenti nafaz kita saja.. tapi yang abang mahukan, yang abang harapkan cinta kita hidup dan kekal selamanya di Syurga-Nya sayangku''..


Lantas ku lepaskan pelukan pada tubuh manjaku.. dan terus mengucup dahi isteriku.. Lalu ku berkata padanya... ''SAYANG adalah isteri abang di dunia ini.. Dan SAYANG juga adalah bidadari abang di Syurga-Nya nanti.. Dirimu yang selamanya ku inginkan sayang.. Hanya denganmu SAYANGku''..


Terus isteriku memeluk ku kembali.. pelukan yang lembut dan kemas darinya.. aku sangat selesa dalam pelukannya.. Dalam pelukannya.. dapatku rasakan bajuku mula basah dengan air matanya, dan ku mula mengagak isteriku menangis dengan kata-kataku.. Ku membiarkan ianya basah dengan air mata isteriku... Sempat lagi dia berkata sambil, samar-samar kedengaran suaranya kerna masih lagi memelukku, aku cuma mendengar suara manjanya..



''Sayang teramat menyanyangi abang.. Sayang bersyukur sangat pada-Nya''..


Isteriku menangis kesyukuran.. Baginya, kasih sayangku terhadapnya sungguh tidak dapat diucapkan dengan bicara lidahku, mahupun dengan kata-kata..


Dan bagiku..
Dialah permaisuriku..

Pendampingku..

Sayangku..

Manjaku..



Dan dialah.. Isteriku dunia dan akhirat kelak..

Bidadariku sampai ke Firdausi...



''Abang teramat menyanyangimu sayang''...



Friday, 26 November 2010

Jangan Kau Ganggu Muslimahku!!



Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan. Sukar ditemui..

“Ini fitrah la bro, fitrah”


Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.


Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.


~Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?~

Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.

Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.


Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”


Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”


~Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?~

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.


Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki.kalau ada pun, mungkin sebilangan kecil sahaja. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”


~Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki~

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…” Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.


“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas


Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki & perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.


“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”


Hearm… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi. Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?


“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”


Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.


Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?


Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang.


Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.


Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?


“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”


Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.


Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu.


Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?


Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.


Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda.


InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.


~Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu~

Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.


~*~*~*~*~*~*~


Hentikanlah.


Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.

Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”


Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”


~Boleh kah?~

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.


Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu muslimahku? Kenapa saya kata ‘muslimahku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? atau Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah? atau saudara permpuan saya kah? atau sahabat perempuanku kah?


Tidak.


Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja muslimah yang ada. Saya letakkan ‘muslimahku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Muslimah di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.


Allah SWT telah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.


Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.


Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka. Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.


Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.


“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.


Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.


Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.

Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya. insyaAllah..