BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Friday 17 December 2010

Penjelasan Mengenai Hukum Solat Jumaat Bagi Lelaki & Perempuan


~Sekadar Gambar Hiasan~


Solat Jumaat selalunya akan dilakukan pada setiap hari jumaat, penghujung segala hari. Solat Jumaat dilakukan pada waktu Zohor. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.
Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah.


Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya. Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.


Sabda Nabi SAW;



الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya; “Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”.



Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit.”


Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh



''Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan
solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam''..




Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.




~*~*~*~*~*~*~


~Solat Jumaat diwajibkan pada lelaki sahaja. Sekadar gambar hiasan~


Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?


Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:


Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.


Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut mencukupi.



Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan. Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW.


~*~*~*~*~*~


~Hukum Muslimat Solat Jumaat~

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?


Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;


1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.


2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.


3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.


4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.


Pun begitu, ulama-ulama menyatakan dan berittifaq bahawa haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah.


Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.


Pada dasarnya shalat jumat tidak wajib bagi wanita. Namun demikian, kalau kaum wanita melakukannya hal itu boleh dan dianggap benar tanpa harus melakukan solat zhuhur. Namun, mana yang lebih utama bagi mereka, pergi ke masjid untuk melakukan shalat jumat atau tetap di rumah untuk melakukan solat zhuhur?


Sebagian besar ulama berpendapat bahwa lebih baik bagi kaum wanita untuk tetap tinggal di rumah dengan melaksanakan solat zuhur. Sebab, Nabi saw. Pernah bersabda, "Rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka."


Selanjutnya menurut madzhab Syafii, kalau wanita tersebut memiliki daya tarik, kedatangannya ke masjid adalah makruh, sementara jika tidak memiliki daya tarik tidak makruh. Adapun wanita tua bagi mereka dianjurkan untuk datang ke masjid.


Dalam hal ini, menurut Prof. Abdul Karim Zaidan para wanita baru diperbolehkan dan dianjurkan untuk shalat jumat dengan syarat telah mendapatkan izin suami atau walinya, tidak menimbulkan fitnah, tidak memergunakan parfum, dan tidak berhias. Kalau mereka bisa memenuhi kelima syarat tersebut, mereka dianjurkan untuk ke masjid karena shalat jumat dikerjakan satu kali dalam seminggu di mana di dalamnya ada khutbah yang sangat berguna bagi mereka selain juga menjadi sarana untuk berkenalan dengan para wanita muslimah lainnya.


Lalu, ketika melakukan Solat Jumaat barisan kaum wanita berada di belakang laki-laki, tidak mengangkat kepala sebelum kaum lelaki mengangkat kepala, dan harus segera pulang sebelum kaum lelaki.


~Mana yang kurang bolehlah ditambahkan, jika ada yang salah silapnya, moh0n diampunkan.. insyaAllah perkongsian buat semua.. Yang kurang itu datang dari diri sendiri..