BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Monday 13 December 2010

Teguran Itu Sebahagian Resepi Kebahagian


''Menyibuk je dia ni, suka je nak tegur orang!! xda kerja lain ke!! sedangkan hal sendiri tak terjaga pun!! pandai2lah aku nak buat hal aku sendiri, jangan dok sibuk hal orang boleh tak??''.. Beginilah gayanya gelora dunia kita sekarang, cuma dengan sedikit teguran dah dikatanya menyibuk. Betul ke ada sesetengah yang berpandangan bahawa ianya umpama masuk campur hal orang ataupun ''busy bodyy!!''.. o0o0oppSss!!~ itu adalah sesetengah pandangan sahaja, Tapi bagi saya ianya memberi keyakinan buat kita memperbetulkan apa yang silapnya kerna ianya akan membawa kepada kebaikannya juga.


Rasulullah SAW bahkan sering mengingatkan kita, misalnya: Dari Abu Sa’id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut (Sebahagian hadis daripada Abu Said r.a).


Perhatikanlah bagaimana para sahabat radhiallahu anhum dalam Perang Uhud mendapat teguran langsung dari Allah swt, saat mereka terluka dan mengalami situasi tertekan dan sulit.Ketika itu turun firman:-

Allah swt, Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kalian pada hari bertemu dua pasukan itu, mereka digelincirkan oleh setan karena sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa lampau). Dan sesungguhnya Allah telah mengampuni mereka...
(QS.Ali Imran 155).


Maksud teguran langsung tersebut adalah membangkitkan suasana muhasabah, mengangkat kejujuran dan keterbukaan yang bisa menjadikan seseorang mampu mengambil pelajaran dari kekeliruan dan kesalahannya. Musharahah atau keterusterangan untuk mengakui kesalahan adalah langkah paling awal untuk memulai perbaikan.

~*~*~*~*~


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang

sedia menerima teguran orang lain."


~*~*~*~*~


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.


Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja. Adakah boleh dikata kurang sopan atau kata lainnya biadap jika seorang isteri menegur suaminya, sebagai contoh isteri bertanya; ''kenapa abang balik lewat ni, sayang tunggu abang makan malam ni, tapi pukul 3am baru pulang. Abang ke mana lepas kerja?''.. Sesetengahnya ada yang kata menyibuk je!! jaga tepi kain orang, padahal si isteri mengambil berat akan suaminya, dah dikata begitu pada si isteri.


~*~*~*~*~*~*~


Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.


Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.


Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


~*~*~*~*~*~*~


Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.


Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


~*~*~*~*~*~*~


Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?


~*~*~*~*~*~*~


Teguran juga hakikatnya membangunkan ‘titik kesedaran’ yang mungkin ‘terlena’ dalam diri. Kadang-kala, seseorang yang melakukan kesalahan akan kekal dalam kesalahan, sehinggalah dirinya ditegur. Misalnya, seorang bapa mungkin kekal ‘minum berdiri’ sehinggalah dirinya ditegur oleh si anak, bahawa itu bukanlah adab minum yang baik.


Tapi, diakui bahawa teguran yang datang daripada isteri bagi seorang suami adalah suatu ‘cabaran’ paling besar. Jangan dibiarkan kerna ianya mungkin bermakna buat si suami dan keluarga, kadang2 apa yang kita perhatikan suami suka ambil lewa dengan tegurang isteri. Bukan senang merubah sesuatu kebiasaan, yang sudah bersebati…namun itulah yang kena diperbetulkan.



Kesimpulannya, tegur-menegurlah kita dalam kehidupan ini. Tidak salah untuk saling menegur, yang salah mungkin cara kita menegur. Cara inilah yang mencetuskan polemik. Polemik yang jarang menatijahkan kebaikan melainkan perdebatan dan pergaduhan. Apapu jangan mudah melenting jika di tegur, jadikan ianya sebagai satu petunjuk buat kita, bukan perbalahan atau sebagainya..


Ya, seperti apa yang selalu kita saksikan…wallahua’lam!



Ingatlah... Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukanini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri. Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya. Sama2 kita beringat kepada kebaikan..


~T E G U R A N I T U U M P A M A N A S I H A T~