BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Friday, 5 November 2010

TekAnaN~a.k.a~StrEsS

"Arrgghhh!!!!!!!~~ tension nya dengn kerja nie!! rase nak pecah kepala nie!! tensionnya!! serabut kepala!! sakit kepalnya lg, xda ke perkara kalau buat kerja tu x tension!! Arrgghhh!! menyampahnya engan kerja ni!! tensionnnnnnnnn!! ''~~

Beginilah keadaannya jika tekanan menghantui diri kita, segalanya akan jadi berserabut akibat tertekanan dengan pelbagai masalah di tempat kerja, di tempat belajar, malahan dirumah sendiri. Bukan sahaja orang dewasa, walhal remaja, kanak-kanak juga boleh mengalami tekanan akibat sesuatu masalah tersebut.


~Apa itu Tekanan?~

Ia adalan individual reaction terhadap peristiwa yang berlaku ke atas diri. Ianya memerlukan individu tersebut membuat penyesuaian diri atau persekitarannya. Ianya mesti akan berlaku pada setiap manusia, termasuklah saya. Tapi banyak cara yang kita boleh atasi dengan keadaan semua ini. Setiap masalah itu yang terjadi pasti ada penyelesaiannya. Jika terlalu tertekan, berkemungkinan juga akan mengganggu kesejahteraan dan kebahagian hidup kita, dan ditakuti akan mendatangkan penyakit seperti sakit jantung, penyakit saluran pernafasan.


Mustahil seseorang itu tidak pernah mengalami tekanan/stress dalam hidupnya. Pada masa inilah fikiran bercelaru, kurangnya daya tumpuan pada sesuatu perkara, mudah berasa lupa dan sukar untuk membuat sesuatu keputusan bila mana ia memerlukan daya fikiran kita bergerak. Makanya dalam keadaan ini memang emosi mudah terganggu. Walhal boleh jadi melayang barang yang ada didepan mata bila tension.


Dapat tidak kita bayangkan bila dalam keadaan tension pasti cepat rasa nak marah, perasaan bimbang akan sesuatu, sukar untuk ketawa apalagi kalau senyum, cepat rasa bosan dan hilang rasa minat untuk melakukan kerja. Setengah orang lain keadaannya dalam tertekan. Ada yang cepat marah, ada yang cepat bosan dengan kehidupan, ada pula yang cepat menyesal dengan apa yang telah dilakukan, ada juga asyik termenung je [xtahulah fikirkan apa]..


~Prevent is better than cure~

Islam mengajar kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan baiknya, Islam itu mudah dan tidak akan membebankan setiap hambanya dalam kehidupan. Cara untuk kita mengatasinya sahaja berbeza. Saya kongsikan dengan apa yang saya sendiri lakui dan Islam mengajar kita cara untuk merinngankan lagi tekanan dengan;

  • Sentiasalah dalam keadaan berwudu', pasti ketenangan bersamamu.
  • Perbanyakkan membaca kitab suci al-Quran.
  • Banyakkan solat sunnat.
  • Selalulah berdoa kepada supaya diringankan lagi segala tekanan.
  • Bersangka baiklah pada-Nya.

[Doa apabila kita dalam keadaan tertekan/stress]


Tapi kadang2 ada juga sesetengahnya melakukan riadah dapat menenangkan lagi tekanan, dan ada juga dengan melakukan aktiviti seperti membeli belah, melancong, jalan-jalan [yang tu selalunya kaum perempuanlah tu.. Hehehheh]. Kalau sayalah, saya lebih suka ke Pantai, Bukit-bukit, gunung, Jalan-jalan sambil2 tu makan angin sekali [menyelam sambil mencari mutiara :D]~ tenang rasanya.. Lagi satu saya suka ke Masjid..Ha!!~ tu memang suka melanconglah kiranya.. Ada yang sesetengah tu bila dia tertekan dia makan banyak [lagi2 makan coklat], ada yang sampai bila tertekan tu dia akan tidur, dengar radio ke (antara kawan2 sayalah tu). Lain orang lain situasi jalan penyelesaiannya.. Tapi jangan kita lupa pada DIA, berkemungkinan dengan tekanan itu DIA menguji keimanan kita..


Dengan apa yang saya sampaikan moga ianya lebih memberi ketenangan kepada kita. Apa yang saya beritahu, begitu jugalah saya menyelesaikan tekanan/stress yang berlaku. Tidak lupa juga dengan mengukir Senyuman [Dengan setiap senyuman yang terukir itu pasti akan meredakan lagi tekanan, itu apa yang telah saya cuba sendiri. Pasti masalah yang kita lalui itu tidak akan menbawa pada tekanan dalam hidup].


~Selamat mencuba & Sentiasalah mengukir semanis senyuman dalam setiap apa yang berlaku, kerana disebalik senyuman anda yang manis itu akan mengurangkan lagi tekanan dalam diri~