BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Sunday, 21 November 2010

~Impian a.k.a Dream~


~~I have a dream., a song to sing. to help me cope with anything.....~~ ''Heheheh.. masa tengah study tadi, sambil2 tu terdengar lagu dari westlife; tajuknya I have a dream. Sempat lagi tu!!~ So, sambil2 tengah buat kerja.. terfikir pula tentang impian. Masing2 mempunyai impian tersendiri. Begitu juga diriku, yang mempunyai banyak impian yang terbuku, masih lagi tidak terpancar. Begitu juga kalian, mungkin bertimbun-timbun impian dalam hidup''..


Sukar untuk diluahkan apa impian kita, memang x muat kertas kalau disenaraikan, memang x menang mulut kalau berkata apa impian saya. Kata orang, tidak salah untuk kita mengukir impian. Ianya bukanlah angan-angan Mat Jenin, tapi impian ini yang membolehkan kita terus maju kehadapan. Ada sesetengahnya dengan impian inilah dia terus maju bersemangat dengan impian yang dikecapinya. Begitu juga kita. Jangan kita mensia2kan impian kita semata-mata dengan perkara yang lagha.


Namun, adakah impian yang kita impikan selama ini akan tercapai. Mungkin setengahnya ada yag tercapai, dan mungkin setengahnya ada yang tidak tercapai. Ya, tidak semua yang kita impikan akan tercapai. Jangan kita impikan perkara yang diluar jangkaan kita, contohnyalah; nak kahwin dengan anak raja. Cehh!!~ 100 tahun pun belum tentu akan tercapai.


Adakah semua yang kita impikan akan menjadi realiti pada kita?! Mungkin ya, mungkin tidak. Oleh itu, kita perlukan ketabahan dalam membina impian kita. Belum tentu dengan mengimpikan sahaja perkara itu akan terjadi. Jadi kenalah berusaha dan pergorbanan perlu ada dalam diri diri untuk merealisasikan impian kita. Janganlah kita mengimpikan perkara yang boleh menjadi perkara itu diluar jangkaan dalam merealisasikannya. Kalau contoh tadi tu, Xkanlah tidak kahwin2 sampai bila-bila semata-mata nak tunggu anak raja je.. Hehehehhe!!~


~Apa itu impian??~

Pernah tidak tanya pada diri kita sendiri, apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita ini? Pernah tidak terfikir duduk sendirian dan fikirkan semua ini...

Cuba kita renungkan..

Pejam mata seketika..

Pejam-pejam...

Pejam jugakkkkkkk!!~ Sekarang....

Adakah kita dapat menjawabnya sekarang.. Masing-masing dengan impian masing2.. Mungkin ada yang menjawab; aku inginkan kebahagian dalam hidup..



~Kenapa perlukan kebahagian dalam hidup?~

Tapi adakah kita terfikir, macam mana plak nak bahagia nie? Kena ada duit je ke? Ahhh!!~ memang sukar untuk peroleh bahagia yang sempurna. Ada ke yang hidupnya kabur je!!~ semua inginkan kebahagiann kan3!!~


~*~*~*~*~

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

~*~*~*~*~

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.


Fikirkanlah....


Memang, ianya nampak macam mudah je, malah sebenarnya memerlukan pemikirang yang mendalam, tidak perlulah nak contact saya bagitahu macam mana jawapan dari kalian. Jawapannya tanyalah pada iman masing-masing. Jawab dengan hati yang ikhlas dan tenang.. Apakah yang kita perlukan dalam hidup kita ini. Apakah impian yang utama.. Dalam sedar ataupun tidak.. masa makin lama makin meninggalkan kita dek berzaman-zaman.. Semoga dengan apa yang dikongsikan ini memberi semangat dalam diri kita untuk terus lebih maju kehadapan..


~Selamat mencuba & bersemangatlah dalam membina impain!!~