Kasih sayang!!~ bukannya hanya dengan lafaz, malah dari tingkah laku juga kita boleh perhatikannya. Bukan sahaja dapat kita lihat pada manusia, malahna haiwan juga lebih indah terpancar kasih sayangnya.. sweet sangat!!~
~*~*~*~*~
''Mama.. Kakak sayang Mama''..
'Abah.. Adik sayang Abah''...
Abang.. Adik sayang abang''..
''Atuk Nenek.. saya sayang kalian''...
~*~*~*~*~
Beginilah perbualan yang tidak lupa dek zaman dengan melafazkan sayang pada sesama manusia. InsyaAllah menjalinkan lagi lebih kemesraannya.. Berkasih sayanglah antara sesama manusia..
Kasih sayang pada zaman sekarang seolah telah banyak terkikis dengan kepentingan pribadi dan duniawi, untuk mendapatkan egonya manusia sering kali mengetepikan erti dari sebuah kasih sayang yang sangat besar nilainya. Cuba kita lihat kes-kes sekarang dengan pembuangan bayi sana-sini. Bahkan penyeksaan terhadap anak sendiri dari darah daging sendiri. Kurangnya rasa kasih sayang, entah kemanalah perginya perasaan tersebut dalam hati mereka.
Kita manusia yang Allah telah jadikan pada kita Mahluk yang sempurna kejadian. Kita mempunya akal fikiran untuk berfikir dan berbeza dengan haiwan. Bahkan haiwan yang buas pun ada sifat kasih sayangnya antara mereka. Cuba kita lihat dan belajar sama-sama dari apa yang dipancarkan oleh mereka, tidakkan kita terasa iri hati dengan mereka yang pandai mengajar erti kasih sayang yang dipancarkan. Belaian seorang ibu kepada anaknya. Yang manusia zaman sekarang, anak dibuang merata-rata.
~Apakah martabat kita sebagai manusia lebih rendah dari haiwan?~