Malam ini cuaca begitu nyaman sekali, aku menarik lembut tubuh isteriku dan ku bawanya duduk diluar beranda rumah ditingkat atas rumah kami, dengan bayu yang memukul lembut ke tubuh kami, sambil memandang akan keindahan ciptaanNya. Tiba-tiba isteriku bertanya;
''Abang.. masih ingat kah waktu pertama kita mula berkenalan dulu.. kita bertemu tanpa perkenalan lansung sebelum ini, kita langsung tidak pernah bersua muka, malahan hanya bertegur begitu sahaja. Nak berjalan keluar berdua, lagilah x pernah macam orang lain tu!!.. Abang begitu menjaga batas2nya. Dengan jarak kita yang berbeza jauhnya''..
''Ya sayangku.. abang ingat sayang''.. Sambil tanganku membelai lembut ke pipi isteriku bersama hadirnya bayu lembut membelai wajahnya.. Ku tenung wajah ayunya..
''Kenapa abang pandang sayang macam tu.. sayang yang malu jadinya''.. Tersipu malu ku ditegur isteri..
''Abang teringat waktu kita mula-mula dulu.. Walaupun kita berbeza umur, tapi abang tak pernah pedulikan semua itu. Semua itu bukan syarat utama dalam membina mahligai kita sayang.. Sayanglah orang pertama yang hadir dalam hidup abang''.. Sambil isteriku tersemyum penuh kasih sayangnya, Ku membalas senyuman manis buatya..
''Abang2.. abang ingat tak mula-mula kita kahwin dulu, kita sama-sama tengok filem Romeo and Juliet''.. Mulanya dialih cerita pada satu filem omputih ni, dan isteriku menanyakan padaku di saat mula2 kami menjadi suami isteri dulu..
''Ya sayang.. masa itu waktu petang rehat2 sambil kita tengok filem tu kan''.. Jawabku sepintas lalu..
''Sayang suka cerita tu, Abang ingat tak 'ending'nya.. Sayang nak kesudahan cinta kita begitu.. Sayang nak sehidup semati dengan abang.. segalanya sayang nak dengan abang.. Sayang xnak berpisah langsung dengan abang yer''.. Balas isteriku
Aku hanya terdiam seketika dengan kata-kata yang diungkapkan oleh isteriku tadi, seraya dia menyapa dengan cubitan manjanya ke perutku, aku mula tersedar dari lamunan kata-katanya.. Seraya isteriku berkata; ''Ish abang nie!!~ kenapa.. kenapa abang terdiam membisu je nie!! sayang ada salah kata ke bang?!''...
Aku mengukir senyuman manis sambil menggelengkan kepala menidakkan persoalannya, lantas ku membelai alunan rambutnya yang lembut, sambil itu ku berkata dan menjawab akan pertanyaannya tadi.. ''Sebenarnya abang tak mahu sehidup semati dengan sayang''..
Setelah mendengar jawapan dariku.. Ku melihat rauh wajahnya terus berubah. Matanya mulai bertakung dengan jernihan air. Tiba-tiba ku lihat jernihan permata jatuh ke pipinya.. Aku mula ingin mengesat jernihan itu, malahan aku di tinggalkan olehnya. Dengan lemah gemalainya isteriku berjalan mula ingin masuk ke kamar. Ternyata jawapanku tadi telah mengguris hati perasaannya..
''Wahai isteriku, Ermmm....''... tersekat kata-kataku disitu dan dia terberhenti dari langkah tatkala aku memanggilnya seraya dia menoleh ke arahku.. Walaupun hatinya terguris, tapi panggilanku tetap disambut dengan lembutnya..
Isteriku menyahut panggilanku dengan muka yang muram lantas berkata; ''Ya abang.. sayang nie''.. Terus isteriku menanya sebelum aku mula ingin memujuknya.. ''Kenapa abang tidak mahu sehidup semati dengan sayang!!?''.. sambil mengesat pipinya yang kemerahan akibat dari tangisan kecilnya tadi..
Ternyata isteriku mahukan penjelasan dari apa yang telah ku ungkapkan sebentar tadi.. Isteri mana yang tidak tersentuh bila dikata sebegitu rupanya.. Dan tiba-tiba ku kedengaran suara azan yang menandakan telah pun masuk waktu solat isya', dan lantas ku menarik lembut tangannya sambil merangkul pinggangnya masuk ke ruangan bilik sambil berkata padanya;
''Sudahlah sayang.. dah masuk waktu ni, mari kita tunaikan solat bersama, tak elok melengahkanya ya sayangku.. Sayang abangkan''.. tidak jemu ku mengukir senyuman untuknya yang tersayang dengan niat untuk memujuknya dari gurisan kataku tadi..
Ternyata isteriku kecewa lagi dengan kata-kata yang ku berikan..''Sudahlah sayang.. dah masuk waktu ni, mari kita tunaikan solat bersama, tak elok melengahkanya ya sayangku.. Sayang abangkan''.. tidak jemu ku mengukir senyuman untuknya yang tersayang dengan niat untuk memujuknya dari gurisan kataku tadi..
''Senyumlah sikit sayangku''... aku mula saja mencuit dagunya yang lembut.. Dengan kemerahan wajahnya akibat menangis tadi, dia tetap cantik buatku walaupun kemuraman yang melanda.. walaupun pedih yang di alami, tetapi masih mengukir semyuman buatku, walhal ku mengetahui ianya hanya palsu dan untuk menjadi hati suaminya..
~*~*~*~*~*~*~
Keesokkan harinya, selepas kejadian malam semalam.. hubungan kami tiba-tiba dingin seketika, isteriku hanya bercakap bila perlu sahaja, bila ku menanya akan sesuatu, baru di jawabnya.. Walau bagaimanapun tidak pernah dia mengabaikan diriku sebagai suaminya. Tetap melayanku dengan baiknya.
Aku tahu perubahan yang telah berlaku ke atas isteriku.. Ku lihat dia selalu bersendirian dan termenung. Ternyata ianya disebabkan jawapan yang ku berikan padanya semalam..Selepas waktu makan malam, ku mengajak isteriku ke beranda yang berdekatan sebelah kamar kami di bahagian atas, tempat selalu kami bersama melihat keindahan ciptaanNya. Pada mulanya agak keberatan isteri ku nak mengikut. Tapi, setelah ku ceritakan ada hal penting yang hendak ku sampaikan dan di selesaikan antara kami, barulah dia bersetuju mengikut ajakanku ke beranda..
Sambilku menarik lembut tangannya ke beranda.. dengan sang bayu menemani kami berdua.. Sampainya di beranda kami, ku terus bertanya padanya..
''Sayang marah kan abang ya? Sayang marahkan abang di sebabkan jawapan yang abang berikan tempoh hari tu?''.. Isteriku hanya terdiam membisu sambil tundukkan wajahnya menghadap ke lantai beranda kami...
Terus aku berkata lagi padanya..
''Sayang.. memang abang tak mahu pun sehidup semati dengan sayang, kerana..''... Belum sempat aku ingin menghabiskan kata-kataku, isteriku mula ingin meninggalkan aku seorang di beranda..
Lantas ku capai tangannya, sambil menarik lembut pinggangnya.. Dapatku lihat sekali lagi jernihan kaca mengalir ke pipinya dengan sendirinya.. Ku kesat air matanya dengan jari-jemariku.. lantas ku peluk tubuhnya.. tubuh isteri yang ku sayangi.. Lalu aku berkata padanya...
''Dengar penjelasan abang dulu sayangku.. Manja abang..''... air matanya mula reda setelah aku mengesatnya..
''Abang memang tak mahu sehidup semati denganmu sayangku.. Tapi.. abang mahu hidup dengan sayang sampai ke Syurga.. Hanya itu yang abang mahu bersamamu sayang. Ku ingin hidup bersamamu hingga ke Firdausi wahai bidadariku''.. ku kuatkan juga jiwa ragaku untuk berkata padanya, walaupun pada asalnya jernihan air mataku mula bertakung.. tapi aku tahan juga..
''Abang tak mahu cinta kita sehingga terhenti nafaz kita saja.. tapi yang abang mahukan, yang abang harapkan cinta kita hidup dan kekal selamanya di Syurga-Nya sayangku''..
Lantas ku lepaskan pelukan pada tubuh manjaku.. dan terus mengucup dahi isteriku.. Lalu ku berkata padanya... ''SAYANG adalah isteri abang di dunia ini.. Dan SAYANG juga adalah bidadari abang di Syurga-Nya nanti.. Dirimu yang selamanya ku inginkan sayang.. Hanya denganmu SAYANGku''..
Terus isteriku memeluk ku kembali.. pelukan yang lembut dan kemas darinya.. aku sangat selesa dalam pelukannya.. Dalam pelukannya.. dapatku rasakan bajuku mula basah dengan air matanya, dan ku mula mengagak isteriku menangis dengan kata-kataku.. Ku membiarkan ianya basah dengan air mata isteriku... Sempat lagi dia berkata sambil, samar-samar kedengaran suaranya kerna masih lagi memelukku, aku cuma mendengar suara manjanya..
''Sayang teramat menyanyangi abang.. Sayang bersyukur sangat pada-Nya''..
Isteriku menangis kesyukuran.. Baginya, kasih sayangku terhadapnya sungguh tidak dapat diucapkan dengan bicara lidahku, mahupun dengan kata-kata..
Dan bagiku..
Dialah permaisuriku..
Pendampingku..
Sayangku..
Manjaku..
Dan dialah.. Isteriku dunia dan akhirat kelak..
Bidadariku sampai ke Firdausi...
''Abang teramat menyanyangimu sayang''...