BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Wednesday, 3 November 2010

`Kaulah Cinta Sejatiku`..



Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Joyo, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........


tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.


Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.


Setiap hari Pak Joyo memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Pak Joyo memang seorang suami yang tidak pernah sama sekali meninggalkan isterinya sekali pun dalam keadaan sebegitu.


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Joyo masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan [sayangnya pada isterinya terlalu sayang sampaikan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata]. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Joyoo sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. Tidak pernah ditinggalkan layanannya buat isterinya, tidak pernah ditinggalkan nafkah batin buat isteri tercintanya. Layanan yang baik, kasih sayangnya masih lagi bertambah dikala malam menjelma.


Rutin ini dilakukan Pak Joyoo lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yang masih kuliah.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Pada suatu hari ke empat anak Joyoo berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah anak-anaknya menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Joyo tetap merawat ibu kepada anak-anaknya; dan yang dia inginkan hanya kejayaan anak-anaknya kelak.


Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata :-


"Papa kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu langsung.."
..


Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......


"Sudah yang kali ke4 kami mengizinkan Papa menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila Papa akan menikmati masa tua Papa dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat Papa begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.


Pak Joyo menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.


"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin Papa akan berkahwin lagi sayang.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, dialah penyeriku, dialah penghiburku, dia telah bersusah payah menjaga makan minum pakaian ku sayang dikala Papa masih baru memilikinya dulu... itu sudah lebih dari cukup anakku.. Dia telah melahirkan kalian, benih Papa dalam rahimnya dan terjadilah kalian anak-anak Papa yang bijak2 semuanya..."


Sejenak kerongkongannya tersekat... " Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini??''...


Ujar Papanya lagi dengan nada yang sayu; ''Kalian menginginkan Papa bahagia .... Apakah batin Papa dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?


''Kalian menginginkan Papa yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yang masih sakit ?? Sanggup ke Papa membiarkan ibumu, sedangkan semasa sihatnya langsung tidak pernah dia meminta balasan akan layananya pada Papa''..


Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Joyo... Mereka pun melihat butiran-butiran permata kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu... Dalam hatinya berkata:

''Abang.. Sayang terlalu sayangkan abang, dunia akhiratku abang suami tercintaku. Setianya dirimu padaku walaupun begini keadaanku terdampar kesakitan. Sayang sayangkan abang''...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Sampailah akhirnya Pak Joyo diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Joyo...


Sesi temu bual pun bermula: ''Kenapa Pak Cik mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?''...


Ketika itu Pak Joyo pun menangis tanpa disangkanya.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru [masing-masing mengesat air mata dikala kisahnya diceritakan]... Disitulah Pak Joyo bercerita;

''Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintainya kerana Allah, maka semuanya sia-sia dan ianya akan luntur semata-mata. Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu sihatnya dia juga sabar melayan saya, sabar merawat saya. Mencintai saya denga sepenuh zahir batinya, bukan semata-mata dengan kebendaan/sebagainya. Dan yang paling berharga yang saya amat-amat sanjunginya, dia memberikan saya 4orang cahaya mata yang comel, baik serta pandai semua. Yang lahir dari rahimnya sendiri. Sengsaranya dalam menempuh maut melahirkan, hanya Dia saksi utamaku. Pengorbananya saya sendiri tidak dapat membalasnya sama dengan apa yang dilakukan semuanya semata-mata untuk saya, untuk kebahagian saya!!~''..


''Sekarang dia sakit, terdampar berkorban untuk saya kerana Allah. Dan ini merupakan ujian buat saya. Dia tidak meminta sezarah balasan pun. Sayang terlalu sayangkanya. Dia bidadari syurgaku. Setiap malam saya hadiahkan kucupan mesra buatnya dikala mata mula terlelap. Terjaganya subuh saya kejutkan dengan penuh belaian kasih sayang. Air mukanya terlalu tenang buat saya. Dialah isteri saya, bidadari hingga ke syurga Firdausi. Disebalik senyumannya, hanya dia mampu menanggung segalanya''.. Minitis air mata Pak Joyo dengan derasnya. Terlalu sayangnya dia pada isterinya.


Disambungnya lagi ceritanya sambil mengesat butiran permata yang mengalir: ''Sihat pun belum tentu saya akan mencari penggantinya. Apa lagi dia sakit. Tidak sama sekali pun terniat untuk mencari yang lain, kerna saya tahu senyapnya dia terlalu dia mencintai saya. Begitu juga saya teramat menyanyangi insan sepertinya. Tiada lain yang boleh sama sepertinya. ''Sayang.. Abang terlalu menyanyangimu Sayang''.. Setiap malam saya sujud dan menangis mengadu kepada Allah di atas sejadah supaya dapat meringankan penderitaan isteri saya. Kalau boleh saya nak sakitnya saya yang tanggung. Sayangnya saya hanya Dia yang mengetahuinya. Hanya Dia tempat saya mengadu. Ya Allah... tidak dapat ku cari ganti dirinya buatku sayangku. Saya sanggup berkorban cinta deminya, demi membahagiakannya. Semuanya hanya kerana DIA. ''...


Sambung Pak Joyo dengan tenangnya dikala takungan air mata mula reda: ''wahai suami atau pun isteri2, cintailah pasanganmu dengan penuh kasih sayang kerana-Nya, disebalik apa yang terjadi pada saya memberi seribu makna yang kita sendiri tidak menjangka akan terjadi semua ini. Wahai suami-suami, isterimu itu adalah amanah dari-Nya. Jagalah dia, peliharalah dia, berilah layanan terbaik buatnya. Jangan kamu menyesali bila sesuatu berlaku padanya. Kerana dialah kita (suami) terjaga, kerana dialah kita dapat meneruskan ibadah kita dibantu olehnya, dialah yang menyempurnakan segalanya, dialah yang menjadi pendengar setiamu, dialah tempat amarahmu tiba2 terjadi & kerna dia jugalah yang melahirkan zuriat buat kita. Itulah harta yang paling bernilai buat kita. Binalah sebuah mahligai dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayangnya hanya kerana-Nya, pasti indah bahtera yang dibina''..


~Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta keranaNya?~


Tuesday, 2 November 2010

~Seindah Harumanmu-Lavender~


Seindah nama & warna ~Lavender~ ianya bunga yang cukup indah bagiku, mungkin disebabkan warnanya adalah warna kesukaan ku..hehheheh~ memang indah disebalik warna dan haruman yang penuh aromanya. Siapa yang tak sukakan haruman bunga??.. Walaupun ada sesetengahnya yang tak sukakan bunga, tapi harumannya pasti suka!!~


Terdapat khasiat yang tersendiri disebalik harumannya. Nama asalnya [Latin] Lavandula afficinalis syn.L. angustifolia (Lamiaceae). Berbentuk kecil seakan-akan rumput [ada yang mengatakannya Si ungu rumput raksasa] dan semestinya ia berwarna ungu. Ianya berasal dari Eropah, Wilayah Perancis. Dan sekarang mula menyebar dengan menyeluruh ke semua negara pelusuk dunia.


Ianya digunakan sebagai parfum. Selain daripada aroma terapi, ia juga boleh terhindar dari gigitan nyamuk. Kebanyakkan suri rumahtangga suka menanamnya dihalaman rumah, ini disebabkan dengan bentuknya yang senang dibawa dan senang dijaga, malahan ia juga dapat menjaga keluarga dari diserang oleh gigitan sang ''penghisap darah''... tak sangka kan bungan ini boleh pelihara kita dari nyamuk yang merbahaya itu. Ianya juga digunakan sebagai lotion, terapi ubatan, ramuan mandian.


~Jom kita lihat & melakar keindahan di Ladang Lavender!!~


~Dikala kedamaian & ketenangan melihat rimbunan ungu
[kalau main kejar2 ni best nie!!]~


~Dikala bunga dipetik & diikat sekali untuk diproses~


~[dalam pemprosesan] Tengok depan!! Jangan sampai
terlajak pulak nie!!~



~Lavender yang sudah dipetik & diikat~


~Dikumpulkan satu tempat untuk dibawa ke kilang
[nak seikat boleh!!??]~



~Kesegarannya terpancar bersama harumannya..
[bestnya!! kalau pergi bercuti ni!!]~



~[Seakan rumput tingginya] Tempat berteduh seketika dibawah pohonan
[Takkan nak berteduh bawah lavender,hihihi]~



~Kerja mengumpulan selesai & bunga akan dibawa ke kilang
untuk
diproses menjadi aroma terapi~


~Cantiknya!! Boleh juga dibuat perhiasan!! Seindah Harumanmu!!~


~[Wahh!! wanginya!!~] Boleh dijadikan Lavender Perfume juga~


Perlukah Sekufu Dalam Pernikahan??


Kebahagian rumahtangga, semua orang mengimpikannya. cuba ditanya pada orang yang miskin kaya, tua muda, besar kecil. Semuanya inginkan kebahgian dalam perhubungan. Saya sendiri hendakkan kebahagian dalam mahligai impian yang akan dibina dengan penuh kasih sayangnya berasaskan Iman & Islam. Siapa yang nakkan kesengsaraan??!!.. Tidak dinafikan semuanya berkeinginan kebahagian tersebut. Tidak lupa juga sekufu itulah penting dalam mewujudkan kebahagian dalam perhubungan yang kita impikan.. Kebahagian itu terletak pada-Nya, yang penting kita berusaha untuk berkehendakkannya dalam perhubungan yang abadi.

Ramai yang berkata tentang jodoh, jodoh, jodoh. Adakah ianya perlu yang sekufu, penting ke sekufu dalam perkahwinan yang terjalin?? Jawapannya ada pada diri sendiri, tapi memang ianya benar, sekufu itu perlu ada dalam sebuah perhubungan. Sedangkan diriku sendiri merasanya ianya penting dalam menjalinkan hubungan seharian dengan pasangan sendiri. Jelas dalam hadith S.A.W;

“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.



~Apa itu sekufu??~

1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.

2. Sekufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika
tidak dengan keredhaan masing-masing, maka
bolehlah memfasakhkan
pernikahannya itu dengan alasan tidak sekufu.



Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ’sama’. Ada sebahagian yang mengistilahkan sama ini adalah sama dari segi seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul dan tidak dinafikan kena sama pada Agama yang penting. Malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita boleh letakkan sebagai mutlak, sebab memang itulah yang utamanya dalam sebuah pernikahan. Dalam hal ini juga, para Fuqaha berpandangan bahawa ''Tidak haruslah seorang wali itu mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecuali jika si anak tersebut bersetuju''..


Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?

Kita lihat sekarang, ramai yang menitikberatkan tentang pangkat, keturunan yang tinggi, gaji, pekerjaan yang mewah, harta yang menggunung. Malah Agamanya yang terakhir dilihatnya dalam pernikahan. Jadi, dimana letaknya sekufu jika tidak dilihat pada adDinn nya yang utama. Hakikat dala sebuah perkahwinan itu bukanlah dilihat pada semua perkara tersebut, malahan dilihat dari segi Agama, Iffah, Keturunan, Ketaqwaan padaNya, Akhlak dan lain-lain.


Sekufu berpunca daripada lima sebab :

* Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
* Merdeka bukan hamba .
* Keturunan.
* Pekerjaan.

* 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )


Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3;

''Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah perempuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman''..


Menurut ulama fiqh, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.


Ini jelas sekali sekufu itu penting dan ianya perlu ada pada setiap pasangan, malahan dalam hubungan suami isteri. Ianya perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan setiap pasangan pada-Nya dan juga merasakan setiap pasangan itu ada tangungjawab kepada pasanganya masing, maka tidak timbulah masalah nafkah, didikan anak, penderaan dan sebagainya. Kena saling memahami antara satu sama lain dalam perhubungan. Tidak ada yang berat sebelah atau sebagainya. Setiap suami atau isteri itu masing-masing mempunyai tanggungjawab ke atas masing-masing. Iman yang perlu ada dalam diri. Pasti kebahgian itu yang dimiliki.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.


Friday, 29 October 2010

~Lakaran Cerita Hati~

Mungkin tidak terucap dengan kata-kata saat yang lalui teringat kembali.
Dikala sang bayu menyentuh lembut ke pipiku,
dikala itu ku merasai keperitan sebelum2 ini dengan ujian
yang telah Engkau berikan padaku.


Mungkin tidak terlihat oleh mata disaat cerita itu mulai
Berjalan seiring waktu yang senantiasa selalu setia bersamaku
Yang hanya setia padaku, Yang hanya diam membisu
Tanpa menyapa akan banyanganku pada cerita
Yang tidak dapatku gambarkan dengan kata-kata dibibir
& dengan kerdipan mata yang mampu membuktikan kebenaran yang berlaku..


Saatku menatap indahnya bebola matamu
Saat itulah ku temukan kedamaian jiwa yang selami ini ku terokai
Terlihat jelas dari sinarannya dan memancar terus kedalam tusukan hati ini
Lengkungan kedua alis matamu bagaikan gambaran alunan nada
Nada yang bersuara seolah tidak kenal akan sebuah kedukaan
Sedangkan bulu mata mu itu seakan membawaku bahagia ke syurgaNya


Saat jari jemariku ku lenggokkan bersama pena, berjuta rasa ku rasa menghapus semua kegundahan yang selama ini menggelut langkah bersama cita
Waktu lagu cinta itu berakhir tersirat

Senyum manismu mewarnai indahnya hari dimana
Mahligai impianmu terbina dengan Redhai-Nya


Jauh mata ini memandang tetapi tak sejauh hati ini
Mata hanya mampu melihat

Tetapi Seketul hati itu
Mampu melihat dan merasa dengan penuh keindahannya Mungkin dengan mulut dapat berkata-kata
Malahan hati pula mampu memahami segalanya

Walhal disangat sedang berkata dengan lakaran indahnya
Hati mampu mengungkap segalanya


Pada awan biru ku melakar kata-kata Seindah banyangan di Syurga Firdausi
Setiap nada suara dapat terdengar melalui telinga

Tapi hanya hati yang mampu mendengar segalanya nada suara liku kehidupan
Pernah dikala hati mengeluarkan titisan air
Disaat berduka mahupun gembira
Ia lebih dari itu...


Disaat mulut terkunci membisu seribu bahasa Terluka tiada kata yang terungkap
Hanya hatilah yang mampu berbi
cara dengan sejujurnya
Meskipun ianya terluka seribu gurisan
Tetapi lakaran indah masih mampu melebihi gurisan tersebut
Dengan senyuman ketenanganmu dikala ku lihat


Dan hati ini ingin mengatakan:
"Hatiku tetap milikmu, ku ingin jadi yang halal disisimu"..



~Ameenn Ya Rabbi~

Thursday, 28 October 2010

Tidur Yang Patut Dikejutkan/Dibangunkan



Cakap pasal tidur ini, memang syok!!~ memang semuanya indah dalam dilema sang mimpi. Bila dikata dengan lena, pastikan lenamu bersama niat ibadah dalam tidurmu. Jangan sampaikan terlalu seronok tidur, ibadah yang wajib tertinggal (jika tidak disegajakan, tidak mengapa). Tidur juga adalah rehat badan, tidak pada manusia sahaja, malahan mamalia, burung, juga haiwan-haiwan lain turut sama berehat dengan melelapkan mata.



Berbalik pada tajuk yang mana ada waktu yang perlu kita kejutkan/bangunkan sekiranya tertidur pada masa atau keadaan sebegini yang mana di dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata ''disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir tiba habi''.. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T iaitu: tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian. Di dalam Kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang yang dalam tidur dalam hal keadaan:-


1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis

2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat

3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid


4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar

5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian
lagi berada di tempat teduh


6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari

7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh

8. jika tidur selepas azan


9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman
dinyatakan sebagai makruh



10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh


11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.


12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan
air ke mukanya
dengan lembut lakuannya''..


Wednesday, 27 October 2010

~Haruman Mawar darimu~



Disini saya ingin melakarkan sebuah puisi (post dari sebelum ini) yang ianya memberi seribu makna yang mendalam tentang ciri-ciri suami dan isteri yang baik. Ianya yang saya rasa cukup menarik, menyentuh perasaan, menusuk hati dan membekas di jiwa (bagi sayalah). Kalau boleh, saya mahukan seorang isteri seperti yang disebutkan dalam puisi tersebut walaupun saya tahu saya bukanlah dari kalangan yang baik sangat, ditambah pula kejahilan diri ini, ilmu pun terlalu sedikit didalam dada. Tapi, sebagai seorang muslim kita perlu memohon sebaik-baik perkara sepertimana sabda Nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang mafhumnya “apabila kamu meminta, maka mintalah syurga Firdaus”.


“Jadi, apabila kamu meminta kepada Allah (untuk sesuatu), mintalah Syurga Firdaus iaitulah yang terbaik dan syurga yang paling tinggi.”


Kenapa Nabi S.A.W bersabda demikian??

Sedangkan kita tahu kita ini bukanlah hebat sangat, disisiNYA, terutamanya saya.. Begitulah juga dalam hal ini, walaupun saya tahu saya ini bukanlah baik sangat dan tiada apa yang hebat pun, walhal saya tetap menginginkan yang terbaik di samping saya cuba memperbaiki diri ini semoga dengan itu saya menjadi baik dan beroleh yang terbaik dalam kalangan ‘sebaik-baik hiasan dunia’. Allah juga berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 [Al-Quran, 24:26] ''Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga lelaki yang baik untuk perempuan yang baik''..


~Sama2lah kita fikirkan dan ambil pengajaran~

Ku cipta kalimah syahdu seindah mimpimu, agar kau dapat menghayati apa yang tersirat dihatiku sebagai imam untukmu. Perjuanganku ini kernaNya ku lakukan untuk islam, jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah, termasuklah pernikahan, berkeluarga, bersuami isteri.



~Buat Insan teristimewa dalam hidupku, juga pembantu pada perjuanganku~

Isteriku..
Apabila ku sentuh telapak tanganmu..
Apabila ku usap dengan merasai kelembutan tangannya..

Walaupun kekasaran, parutannya kurasakan, tapi berbeda..

Apabila ku rasa kasih sayang yang lahir dari aliran darahnya..

Dan ketika ku menatap, ku renung, ku pandangi wajahnya..

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan diraut wajahmu walau ku tahu..

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat..

Ketika ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kadzib menyinsing..

Ku terpana dengan munajatmu nan syahdu..



Wahai penyeriku..
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, seronok berhibur, happy funn!!~

Dikeramaian dunia ciptaan mereka, keasyikkan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu..

Hanya untuk Islam dan keagungan Muslimin..

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti
Dengan pelbagai hiasan yang indah berkilau.. Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian..


Pakaian yang anggun bak puteri kayangan..

Wajah yang dihiasi dengan pelbagai warna dan jenama..

Kau umpama Ladang Ummah Muslimah..

Kau menginfaqkan seluruh jiwa raga demi Islam..

Kau tidak pernah bersungut, mengeluh, meminta mahupun mengadu domba..

Tatkala mereka berlumba mengejar pangkat dan nama..
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduan disisi Yang Esa..



Wahai Sayangku..
Ku tahu akan jiwamu yang ersimpan indah itu..

Jiwa mu kosong dari syurga dunia..
Ku ingin menyempurnakan lagi dirimu..
Kerna ku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan Akhlak dan Imanmu..

Bukannya kau diubah dengan dunia yang penuh kealpaan dan kemewahan..



Isteriku Tersayang..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku..

Sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupanku..

Susah senang kita tempuhi bersama..

Tidak pernah engkau mengabaikan diriku..

Aku terharu dengan segala kebaikanmu Sayangku..

Kau jaga akhlakmu..



Kau pelihara kelakuan maruahmu sebagai muslimah..

Kau tak pernah mengeluh jika sering kali ditinggalkan olehku..

Tugasku untuk menegakkan Islam persada agung..

Kau jua sanggup bersengkang mata menungguku..

Sebuah senyuman yang kau hadiahkan buatku..

Senyuman yang termat indah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam..
Malah ku seringkali meniup semangat untuk diriku terus tetap dalam berjuang.. Malah engkau lagi menaburkan bunga2 jihad walaupun masih jauh kemenangan..


Dikau Haruman Kasturiku..
Tangkasnya engkau selaku isteri idaman hatiku..
Biar pun engkau sibuk dengan tugas seharianmua dengan pengorbanan masamu..
Kau tetap menjaga hubungan mahabbah kita dengan indahnya..
Kau sirami denga wangian cinta & kasih sayangnya..

Kau tak pernah menjadikan kesibukkan itu penghalang bagi segala amanah tanggungjawabmu meskipun jadualmu terlalu padat dengan tugas seharianmu...



Isteriku...
Engkaulah isteri & engkau jua Ummi buat zuriatku..

Mengandung & melahirkan itu adalah pengobanan paling tinggi darimu..

Engkau sanggup bercengkang mata menyusukan anak dikala malam menjelma..
Cekalnya engkau mendidik anak-anak..
Tabahnya dirimu melayan kerenah mereka..

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat yang mulia serta para pejuang serikadi islam yang unggul...

Kau asuh mereka hidup dengan Al-Quran..
Malah engkau temani mereka mengulangkaji dikala imtihan menjelang tiba..



Ya Zaujati Habibati...
Tiada tandingannya apa yang kau lakukan dari tanganmu itu..

Betapa hebatnya insan yang ku gelar Isteriku...

Pengorbananmu tidak dapat ku ganti dengan harta yang menggunung tinggi..

Kaulah isteriku.. Pendamping dunia akhiratku..

Tanganmu yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia..

Kau beri didikan dua generasi sekaligus!!~~

Generasi kini dan akan datang..

~Suamimu dan zuriat keturunanmu dengan Mahabbah..

Tiada yang lain selain engkaulah yang satu.. Penyeri hatiku..

Dikaulah Isteri dambaan Firdausi.. Bidadari buatku..



..::*~Wahai Isteriku~*::..



Awatnya Awal Sangat Nikahnya??!!




~MASIH MUDA?~

“Awat la Nasir ni? Umoq baru 18, belajaq pon tak habeh lagi, baru habeh sekolah, dah kalot pikiaq pasai nak kawen, calon isteri la, calon bini la. Hai… gatai btoi budak ni, tak sedaq diri btoi la dia ni… dah hidup lamo ke Nasir oii!!~~”...


Sebenarnya, ini bukanlah persoalan gatal atau tidak, sedar diri atau tidak, muda atau tidak, kalut atau tidak!!~ Tapi, inilah hakikat persepsi kebanyakan kita pada masa kini terhadap perkahwinan. Kena tunggu sampai umur tertentu barulah boleh kahwin. Kalau tidak, tidak bahagialah hidupnya, tidak berjayalah dia dalam pelajarannya dan pelbagai tohmahan serta kata-kata nista lain yang dilontarkannya.

Ajaran siapa?
Idea siapa?
Siapa dalangnya?


~Biarkan tanpa salutan~

Jikalah kita tidak mahu untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal, janganlah pula mentakannya sesuatu yang tidak baik tentangnya. Begitu juga diri saya sendiri yang akan melangsungkan pernikahan, cuma tidak tahu bila masanya, tapi jika ada rezeki awal, takkan saya hendak menolaknya. Orang kata jangan tolak rezeki depan mata, bala jangan dicari. Pernikahan pada usia awal adalah sesuatau yang tidak melanggar syara'nya.. Malah disunnat. Sekiranya perkahwinan yang dilangsungkan itu menepati dan mencukupi syarat yang telah islam tetapkan serta mereka itu berkemampuan.


sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w mengenai lima perkara yg mesti disegerakan:
  • 1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
  • 2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
  • 3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
  • 4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
  • 5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

Maka, biarkanlah perkara itu tanpa sebarang salutan kejian atau perlian dari kita, sebagaimana saya memberi perumpamaan yang manis; begitu juga coklat yang menyaluti tubuh biskut wafer Appollo. Tapi, ketahuilah bahawasanya salutan coklat itu adalah lebih baik kerna ianya menambahkan lagi kesedapan dan kelazatan biskut tersebut.


Kelebihannya??

Dari sudut yang tertentu, perkahwinan ketika usia muda ini banya kebaikannya, Pertamanya, tidak lain dan tidak bukan ialah mengelakkan perzinaan. Tidak kira sama ada zina mata, zina hati, zina mulut, zina tangan atau lain-lain. Kita pun tahu bahawa fitrah manusia itu terutamanya lelaki ialah sukakan wanita. Lihat juga isu sekarang yang kemana2 akan berkepit je dengan lelaki yang tidak ada sahnya hubungan tersebut.


“Beautified for mankind is love of the joys (that come) from women and offspring, and stored up heaps of gold and silver, and horses branded (with their mark), and cattle and land. That is comfort of the life of the world. Allah! With Him is a more excellent abode.” [Al-Quran, 3:14]



“Telah dihiaskan bagi manusia (lelaki) kesukaan (cinta) kepada kaum wanita.”
Allah telah menghias kaum lelaki dengan kesukaannya kepada kaum wanita. Alhamdulillah, saya adalah antara lelaki yang normal dan dikurniakan Allah dengan hiasan itu.


Barangkali ada yang tertanya-tanya mengapa Allah menyebut tentang kaum lelaki sahaja. Bukankah wanita juga sukakan kaum lelaki? Bahkan ada yang mengatakan bahawa sesetengah wanita itu lebih kuat nafsunya berbanding lelaki. Ada hikmahnya Allah berfirman begitu. Mungkin disebabkan rasa malu dan segan yang ada pada wanita. Memang, kalau kita perhatikan wanita memang jenis pemalu. Rasa malu itulah yang mengawal diri mereka. Pada pandangan saya, rasa malu bagi seorang wanita sangatlah tinggi nilainya, ia bagaikan mahkota kemuliaan bagi mereka. Ia sesuatu yang berharga dan perlu dijaga dengan baik. Ada sebuah pepatah arab yang berbunyi;


“Sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu”


Banyak lagi sebenarnya antara kelebihannya, antaranya ialah mematangkan diri kita, membuatkan kita lebih memahami kaum wanita dan mengelakkan masalah yang mungkin timbul disebabkan oleh faktor usia dan kesihatan. Dari kaca mata kesihatan, usia yang agak tua boleh menimbulkan pelbagai masalah dan mungkin mengancam keharmonian rumah tangga atau rumah yang tidak bertangga. Bagi kaum perempuan, ia boleh menyebabkan tahap kesuburan berkurang sekaligus mengganggu proses untuk menghasilkan zuriat dan keturunan yang soleh solehah. Bagi kaum lelaki pula, usia yang agak tua boleh menyebabkan lemah badan. Mana tidaknya, pada waktu itu sudah sibuk bekerja, badan pun sudah ‘naik’, hendak melakukan kerja ‘berat’ pun susah dan akhirnya nafkah batin pun tidak tertunai sehingga menimbulkan masalah pada kedua-dua pihak, suami dan isteri.


Terakhir, yang paling penting dan paling menggembirakan kita sebagai umat Islam ialah kita dapat mengikuti sunnah Nabi S.A.W kita. Baginda berkahwin dengan Saidatina ‘Aisyah ketika Saidatina ‘Aisyah berumur sembilan tahun. Apa-apa pun, semua itu bergantung kepada keadaan dan kemampuan diri kita. Kita bebas memilihnya, tiada paksaan atau halangan. Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita.


“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik.”





~Sambungan posting ini dengan ''madah buat isteriku~

Monday, 25 October 2010

~Hakikat Sebutir Permata~


Benarlah wanita itu ibarat permata!!~... Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.

Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.

Jadi, andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.

"Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata disekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan. Mengapa tak perlu gusar? Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepadaNya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdirNya. Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki"..


Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan. Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.

Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).


Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.

"Ya.. Mungkin pada pandangan orang lain dirimu tidak sehebat mana kerna keindahanmu tersimpan rapi di dalam dirimu, namun ianya terserlah pada pandangan seorang insan yang benar-benar memahami, menyanyangi akan keperibadianmu sebagai seorang muslimah sejati"...


Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).



Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan. Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya. Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.


Khas buat para muslimin, carilah ''permaisuri hati'' yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke ''taman impian di sana nanti'', iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah. Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa. Tak dinafikan, Setiap insan memang berkehendakkan akan kecantikkan seseorang disisinya sebagai penyeri hidupnya..

''Secara benarnya, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa yang cantik berseri, tetapu adakalanya apa yang kita suka itu tidak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tidak suka itu atau yang kita benci itu amat baik untuk kita. Itulah semuanya ketentuan Tuhan buat hambaNya''...

Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti. Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya. Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara, kecantikkan seorang isteri yang paling indah dengan kebaikan yang diperlakukan buat mu wahai suami. indahnya dengan cahaya yang terpancar diwajahnya tetapi di sanalah kediaman yang abadi. Itulah janji Tuhan. Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.


~''Ingatlah wahai insan yang bergelar suami; hargailah isterimu sebelum terlewat, jika isterimu menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak lagi dapat menahannya. Jika kau memegang tanyanya disaat air matanya mengalir, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah kecuali didepan orang yang dia sangat sanyangi, dia akan menjadi lemah!!~


~''Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah hanya jika dia terlalu menyanyangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika jika isterimu pernag menangis kernamu, tolonglah pegang tangannya dengan penuh pergetian dan penuh lahirnya kasih sayang dari alirang darahmu. Kerna, dialah orang yang akan bersama denganmu selamanya dikala susah senangmu, dikala kau muram terlalu dalam, dikala kepritan yang kau lalui!!~~

~''Wahai suami2, jika isterimu menangis kernamu, tolong jangan mensia2kannya. Mungkin kerna keputusanmu, kau rosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, kernamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya yang terdapat sinaran mutiara yang penuh dengan kasih sayang hanya kernamu. Dapatkah kau lihat dan kau rasai akan keSAKITan yang dirasainya selama dia bersamamu, semuanya kernamu.. dia buat untuk kesenangan dan kebahgiaanmu!! tidak pernah diminta balasan pun semuanya.. ikhlas yang dilakukan dari nya buat mu wahai suami~~


~Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^~

"Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikkannya, keturunannya, kekayaannya dan Agamanya. Maka, pilihlah dari segi AGAMAnya, nescaya beruntunglah kedua tanganmua (suami)"....

Sunday, 24 October 2010

~Analogi Rumput & Kasih Sayang~



Pada suatu pagi di salah sebuah Sekolah Menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang time tu sedang mengajar dalam kelasnya. Ketika itu guru tu sedang mempersoalkan tentang sebuah kasih sayang secara amnya. [Dialog diantara pelajar dan guru tersebut berbunyi demikian];



''Cikgu!!~~ macam mana kan kita nk pilih seseorg yg terbaik sebagai org yg kita sayangi?? dan, macam mana kasih sayang tu berkekalan cikgu??''~~ Bertanya seorang pelajar pada guru yang sedang membangkitkan persoalan mengenai kasih dan sayang.

Jawab cikgunya dengan senyuman dengan gaya suruh pelajar mengikut langkahnya lantas berkata. ''O0o, Awak nak tahu ke? Ermmm.. baiklah, sekarang kamu buat apa yg saya suruh yer.. Ikut je apa sy suruh buat, nanti kamu akan tahu apa jawapan dari pertanyaan kamu tadi''.


''Baiklah...apa yang saya harus buat?'' Ujar pelajarnya dengan pantas ingin tahu apa sebenarnya.


Cikgunya menunding jari telunjuknya ke arah padang sekolah yang berhampiran kelas; ''Kamu pergi ke padang sekolah tu, kamu jalan kat atas rumput tu sambil kamu memandang rumput didepn kamu tu, choose one if you think is very beautiful without l00k it back walaupun sekali imbas taw!!!~~ Dan kamu petiklh rumput yg kamu nmpk paling cantik tu yg berada di depan kamu, after that goo back to y0ur class''.


Pelajar tersebut seraya menjawab. ''0k cikgu.. sy pergi sekarg yer dan buat apa yg cikgu suruh td tu''.. Apabla pelajar itu balik semula ke kelas, tiada rumput pun yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya.


''Mana rumput yang cikgu suruh kamu petik tu??''...


Pelajar tersebut menjawab dengan rasa terkilan sebab tidak ada rumput pun yang dicari melalui apa yang disuruh dari cikgunya. ''0h..Tadi sy berjalan kat atas rumput tu dan sambil pandang2 rumput yg berada disitu, lepas tu sy carilh rumput yg cantik. Memang ada banyaklh cikgu!!~~ tapi sy ingt cikgu kata petik yg paling cantik tnpa toleh ke belakang. Sy pun teruslh jalan ke depan sambil2 tu cari manalh yg paling cantik. Lepas tu sampai lah kt penghujung padang, sy x jumpa pn yg paling cantik tu cikgu!!~ Mungkin dah terlepas pandang agaknya kat belakang sy, tapi cikgu kata jgn toleh ke belakang. So, xda rumput yg sy petik''..


Tersenyum cikgu sambil menjawab persoalannya; ''Ya.. Itulah jawapannya. Maknanya, Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi, janganlah kita hendak mencari lagi atau mencari yang lain yang lebih baik dari yang kita dapat. Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerna yang berlaku tetap sudah berlaku. Dan semoga yang sudah berlalu itu tidak berulang kembali''...


Seraya berkata dengan penuh perasaan kepada pelajarnya yang bertanyakan demikian. ''Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayangi itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang kita jumpa paling cantik dan paling baik walaupun nak di ikutkan ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi''...


Kecualilah jika perhubungan tersebut tidak boleh diselamatkan lagi situasi keadaan yang boleh memudharatkan, maka bolehlah berubah kepada permulaan dengan lebih baik dari sebelum itu. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlasnya kernaNYA. Dari situlah lahirnya kebahgiaan, kasih dan sayang dalam sebuah perhubungan. Maka sayang ingatkan buat diri saya sendiri dan juga teman2 pembaca sekalian, agar bersyukurlah kita dengan kasih sayang yang Allah titipkan pada setiap hambaNYA di muka buminya ini agar kita tidak bermusuhan antara satu sama lain, kerna setiap yang hadir pada kita hari ini tidak akan pernah muncul semula selepas ini''..

~Saya teringat satu ayat ''jangan kamu membenci akan seseorang atau sikapnya, keburukannya sedangkan dari situlah terletaknya beribu kebaikan yang kita tidak dapat melihat secara zahirnya''.. kasih & sayang itu tidak dapat kita luahkan bila semuanya kernaNYA, kerana DIAlah yang telah melahirkan dalam hati setiap hambanya akan perasaan cinta, kasih dan sayang pada seseorang. Oleh itu gunalah sebaiknya apa yang telah dikurniakan olehNYA dengan cara yang diredhaiNya~