"SeLeMaH-LeMaH MaNuSiA IaLaH OrAnG YaNg TaK BOLeH MeNcArI SaHaBaT DaN OrAnG YaNg LeBiH LeMaH IaLaH OrAnG yG MeNsiA-SiakN SaHaBaT YaNg
TeLaH dIcAri..."(Saidina Ali)
"Ustaz, ana bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah ana dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal ana menempuh bahtera rumah tangga nanti." Seorang sahabat dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu petang.
"Alahai Azman, Nta pun tahukan, ana ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami.
"Tak pernah pulak ustaz tak jawab kalau ana tanya sesuatu sebelum ni..?" Beliau menyoal saya semula.
"Kalau Nta tanyakan pasal Fiqh Minoriti tentang rakan-rakan kita di Kutub Utara, mungkin ana boleh cuba jawab. Tapi, kalau soal rumah tangga ni, susah sikit untuk ana respon. Belum ada pengalaman!" Saya cuba mendekatkan lagi telinga dan hati beliau terhadap pesan saya selepas ini. Biar hati itu betul-betul terbuka luas untuk menerima, sebelum saya menyuapkan resepi agung untuk berumahtangga.
Bukan alim, bukan berpengalaman. Hanya berkongsi apa yang pernah saya baca dan jumpa. Berkawan dengan orang tua-tua menemukan saya silibus yang tak akan ditemui dalam bilik kuliah. Satu pengalaman buatku..
"Apa matlamat utama Nta dalam mendirikan rumahtangga?" Saya cuba membuat tawaran.
"Ana nak membahagiakan isteri ana hingga ke syurga." Jawab beliau ikhlas. Nada suaranya sudah berubah. Sesuai dengan topik yang sedang kami bincangkan. Langkah ini langkah susah dan payah. Langkah kedua untuk mendirikan ummah yang berpayungkan khilafah.
"Kalau macam tu, senang sahaja. Pikat hati si dia. Ikatkan dengan hati Nta. Pastikan hidup mati Nta bersama. Bercinta hingga ke syurga, bak kata Ust. Hasrizal." Saya cuba mempromosikan produk.
"Nak pikat macam mana tu..? Boleh dikongsikan sedikit.. ana x tahu nie?" Nada suaranya semakin ghairah untuk dijamukan resepi saya. Inilah masanya, umpan sudah mengena.
"Pertama sekali, selepas Nta dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam, niatkan dalam hati dialah bidadari dunia akhiratmu. Kalau berpeluang, kucuplah matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang Nta sangat cintakan si dia kernaNya.
''Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang mengurniakan cintanya pada Nta, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima Nta sebagai peneman hidup." Saya sedikit bersungguh sewaktu bercerita.
"Aiwah, romantik pulak ustaz ni. Pasti cair hati isteri ana nanti." Galak suaranya dengan sedikit ketawa di seberang talian sana.
"Lepas tu, kalau berpeluang, rancangkan bulan madu bersama isteri. Tak perlu belanja yang tinggi, cuma pastikan peluang itu peluang yang berkualiti. Selaraskan komunikasi, selaraskan denyut nadi dan serasikan matlamat serta tujuan hidup masing-masing. Bersedia untuk menerima kekurangan dan mengiktiraf kelebihan masing-masing. Bincangkan masa depan dan satukan imaginasi antuma berdua."
"Sekali sekala, adakan surprise untuk si dia walau hanya sekuntum bunga. Kalau ada bajet yang lebih, mungkin boleh dibelikan sesuatu yang lebih berharga."
"Satu lagi, Nafkah. Ini perkara penting yang telah digariskan dalam syariat kita. Jangan lewat untuk menunaikan kewajipan Nta walau isteri Nta ada kerjaya. Nafkah itu WAJIB buat suami kepada isteri. Jangan dilewatinya. Itulah tanggungan seorang suami, nafkah zahir mahupun batin."
"Seterusnya, jangan lupa, bila Nta terpaksa berpisah atau tinggalkan si dia sementara waktu, kucup dahinya dan matanya sebelum tinggalkan rumah dan selalukanlah untuk utuskan kata-kata rindu supaya hatinya sentiasa subur dengan bunga-bunga cintanya terhadap Nta, supaya dia tidak terasa ditinggalkan selalu.. Pastikan Nta sentiasa menghubunginya setiap masa. Jangan terlewat walau sesaat cuma."
"Lebih penting, tunjukkan yang si dia lebih penting dari segala-galanya. Jangan pula Nta liat untuk bertanyakan khabar keadaan si dia sedang dalam masa yang sama, Nta saban hari memeriksa enjin dan keadaan Produa Myvi di depan tangga! Ingat..jangan samakan isteri dengan barang2 kat rumah! dia ada perasaan yang sukar ditunjukkan.." Sedikit humor saya selitkan dalam wasiat yang agak sinis ini. Lalu, sedikit gelakan dapat saya tangkap di hujung talian.
"Jangan lupa, bincangkan secara baik, jadual pulang berhari raya. Bimbang si dia terluka kalau tidak pulang ke rumah mertua Nta. So, jangan kedekut untuk korbankan kampung halaman Nta untuk kebahagiaan si dia, dia pun ada ibubapanya juga yang harus dijaga hati dan perasaan."
~*~*~*~*~*~*~
"Huih, banyak benar ye petua ustaz, macam pakar! Ayat pula power, macam dah bercucu tiga. Ada lagi ke ustaz? Ana dah makin bersemangat ni." Azman semakin bersemangat. Setiap patah perkataan saya dicerap sebaik-baiknya. Respon pula sentiasa ada dicelahan setiap nasihat dan idea.
"Ye, ada lagi. Mungkin ini yang paling istimewa dan bagi ana inilah utamanya. Bila dah ada cahaya mata nanti, cinta Nta akan terbahagi dua. Separuh untuk isteri dan separuh untuk anak-anak. So, jangan lupa untuk ungkapkan penghargaan yang tidak terhingga sepanjang tempoh hamil sehingga selepas bersalin. Ucaplah padanya lepas kelahiran anak Nta nanti, dengan ucapan terima kasih ''Terima kasih sayangku melahirkan zuriat buat kita''.
walaupun nampak ringkas, tapi baginya satu ucapan yang cukup bermakna. Ungkapan Nta akan menjadi penguat semangat si dia untuk terus menempuh saat kritikal sepanjang tempoh hamil dan proses melahirkan bayi Nta. Ana ada satu resepi rahsia". Saya memancing lagi.
"Apa tu ustaz, tolonglah jangan rahsia, nanti rumah tangga ana kurang bahagia." Usiknya sambil diselangi ketawa bahagia.
"Ok, resepi rahsianya, apabila Nta sambut ulang tahun kelahiran anak-anak, hadiahkan juga cenderahati penghargaan kepada si dia yang berkorban 9 bulan mengandungkan anak-anak Nta, dialah yang sepatutnya dapat penghargaan dengan bertarung nyawa melahirkan seorang insan yang bernyawa."
"Ada lagi ustaz?" Suaranya semakin galak.
"Habis. Setakat itu sahaja." Saya memutuskan kata-kata. Titik noktah diletakkan di hujung bicara.
"Hai, ana tengah bersemangat ni...jantung pun tengah kencang berdegup, janganlah berhenti mengejut begitu ustaz. Nanti boleh jatuh strok ana jadinya." Selorohnya meminta perbualan kami diperpanjangkan lagi.
"Kalau Nta strok, wasiatkan tunang Nta untuk ana, hehhehehe gurau je!!." Saya berseloroh sambil ketawa bersahaja.
"Kalau Nta masih sudi, masih ada resepi yang kurang menarik. Jarang orang suka mendengar resepi ini. Kalau Nta betul-betul mahu, ana boleh sambung." Nada suara saya mendatar.
"Boleh, ana sedia. Ana tahu, pasti akan ada manfaatnya." Azman masih bersemangat.
Resepi ini bukan untuk memikat hati. Tapi untuk menghidupkan hati yang separuh mati. Mengesat air mata yang tak nampak aliran zahirnya. Meredakan pekikan suara hati yang tidak zahir bunyinya. Nta nak dengar ke? Nada saya bertukar sedikit serius.
"Apa tu ustaz?" Nadanya kini berubah.
Nta pernah kucup dahi ibu Nta? Tanya saya ringkas.
"Belum." RIngkas juga jawapan Azman.
"Kucupi dahi ibu Nta sebelum Nta mengucup dahi isteri Nta. Ibu itu yang berkorban 9 bulan mabuk, loya dan letih mengandungkan Nta dan bersabung nyawa melahirkan Nta. Mengasihi Nta tanpa sebarang syarat ataupun mahar mahupun nafkah. Dahi ibu Nta lebih layak untuk Nta kucup sebelum Bta kucup dahi isteri yang baru Nta kenali. Ibu dan Isteri kedua2nya amat bermakna buat kita."
"Pernah Nta berbulan madu dengan ibu? Berkongsi tujuan dan matlamat hidup dengan ibu? Bergurau senda dan bermanja-manja dengan ibu? Kalau belum, honeymoon dulu dengan ibu Nta. Kelak nanti, hatinya tidak begitu remuk melihat bahagianya bulan madu Nta bersama isteri dengan melupakan jasa ibu yang pernah meletakkan seluruh hidupnya untuk kebahagiaan Nta. Bahagianya Honeymoon Nta sehingga terlupa untuk menghubungi ibu Nta di desa sana"
"Pernah Nta berterima kasih pada ibu kerana melahirkan Nta? Ibu yang sepanjang hidupnya menemani hidup Nta? Dan sekarang isteri akan menemaani Nta. Kalau masih belum diungkapkan, segerakanlah ia sebelum Nta berterima kasih kepada isteri yang sudi menjadi peneman hidup Nta. Ibu tua itu lebih aula menerima ucapan itu. Isteri yang solehah dia yang memahami akan suamianya yang mana satu lebih penting, percayalah Man.."
"Pernah surprisekan ibu Nta dengan sesuatu hadiah yang istimewa? Kalau belum, surprisekan dulu si ibu itu. Nescaya, hatinya kembali berbunga-bunga. Ibu itu pastinya sunyi bila kehilangan Nta, anak kesayangannya."
"Sewaktu Nta mengira belanja harian dan nafkah untuk isteri, fikirkan juga nafkah dan belanja untuk ibu Nta yang tak bergaji di desa sana. Ibu itu telah membesarkan Nta tanpa sebarang upah mahupun bayaran. Ye, duit yang Nta akan kirimkan itu bukannya bayaran terhadapa kasih sayang mereka, tapi ianya menjadi tanda yang Nta juga masih mengingati malah menyayangi mereka. Isteri yang perlu diberi nafkah, malahan jangan dilupa pada Ibu."
"Man, ana yakin, mak Nta sangat sunyi waktu ini. Saban detik, telinganya pasti ingin mendengar deringan dari seberang laut. Pasti matanya selalu menatap potret Nta yang di gantung atau yang terselit di celah dompet. Hubungilah ibu Nta sekerap yang mungkin. Kalaupun tidak seminggu sekali, pastikan dalam sebulan, khabar Nta sampai kepada mak Nta yang jauh di kampung."
"Man, kalau dengan satu ibu dan satu ayah, Nta sudah tidak mampu untuk memikat hati kedua-duanya, ana bimbang lebih banyak hati-hati yang akan terluka selepas Nta mempunyai dua ibu dan dua ayah."
Gelak ketawa bertukar menjadi esak dan sendu. Nada Azman yang riang kini berubah ke sebaliknya. Saya menghentikan kalam seketika. Suasana hening seheningnya. Hanya sedikit gangguan dari gelombang talian yang seakan-akan turut terpengaruh dengan suasana.
"Ana tak berniat untuk menghancurkan impian bahagia Nta. Tapi, ana yakin dengan sempurnya plot ini, Nta akan lebih berbahagia. Ummat ini akan lebih berbahagia. Percayalah... ingat, Ibu dan isteri keduanya penting dalam hidupmu. Jagalah keduanya.."
"Ana yakin yang Nta sudah maklum. Bait Muslim tidak akan sempurna tanpa sempurnanya Individu Muslim. Bagitulah juga, Masyarakat Muslim tidak akan lahir dari Bait Muslim yang tempang. Khilafah tidak akn terbina dengan Masyarakat yang tidak stabil. Bersemangatlah, kitalah pemulanya. Ana yakin, tarbiah yang Nta lalui telah menjadikan Nta Fardul Muslim yang baik. Tinggal lagi, Allah akan mendidik Nta untuk melahirkan Bait Muslim yang baik. Adikku Azman, inilah jalannya."
"Go home and love your family."
Sebaik-baik kamu adalah oranG yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya, dengan isterimu. Dan aku adalah orang yang paling baik untuk keluargaku. Hadith
Pastikan perkahwinan kita membahagiakan sejuta hati. Memuaskan sejuta jiwa. Menghidupkan sejuta roh dan menyelamatkan sejuta ummah.
Saya, kalau terdengar perkataan 'bidadari', memang rasa lain. Lagi-lagi bila dalam satu ceramah Ust. Azhar Idrus, dia kata, "Seorang suami yang soleh akan mendapat sekurang-kurangnya 70 orang bidadari di syurga nanti ( atau 80 orang, maaf terlupa)".
"Pastu seorang isteri solelah dapat apa ustaz?"..
"Pastu kesian la kat si isteri asyik kena tinggal je, dahtu dah ada 70 orang bidadari menunggu si suami. Dahla kat dunia pun asyik kena tinggal ngan suami je ( kena tinggal di sini bermaksud, isteri merelakan diri ditinggal suami bilamana suami ingin keluar atas urusan agama. Kan salah satu golongan wanita yang dijanjikan masuk syurga adalah isteri2 dari jenis ini (tapi kalau suami keluar atas urusan 'bola' ke, tak tahulah isteri dapat apa >,<)"
Ini adalah antara soalan2 yang 'berselerak' kat dalam fikiran saya tentang bidadari. Dalam fikiran perempuan2 lain juga saya kira. Tak pelik pun saya rasa, sebab mestilah perempuan akan cemburu bila peranan mereka digantikan oleh bidadari syurga. Apatah lagi dalam Al-Quran, bidadari digambarkan abadi, suci,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kata.
Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi.Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah... Jadi, tak pelik pun kan jika seorang perempuan tu merasa cemburu...
Tapi mungkin ramai wanita tak tergamak nak meluahkan sebab bidadari tu kan hadiah Allah kepada lelaki soleh. Maka, siapalah kita ini untuk menidakkan...
tetapi...
Ada seorang isteri yang berani bertanya kepada seorang ustaz dalam satu ceramah, "Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Si ustaz kemudian menjawab,
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.."
Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si isteri tunduk sambil tersenyum kelat.
Kenapa pulak suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Seorang wanita di dunia itu jauh lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari di syurga, kerana ibadahnya kepada Allah semasa di dunia.Bukan senang menjadi seorang isteri,
Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari Muaz bin Jabal r.a., “Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari kalangan bidadari berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya, semoga Allah s.w.t. membunuhmu. Sesungguhnya (ia) hanyalah seorang tamu bagimu, sebentar lagi ia akan meninggalkanmu dan datang menemui kami di syurga.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, no.2041. Dinilai sahih oleh al-Bani).
Fuhh kalau isteri tu menyakiti hati suaminya, bidadari di syurga akan sangat geram dan seakan 'menyumpah' si isteri tersebut. Kerana itu jika isteri itu benar2 menjaga perilakunya, dia akan dijadikan ketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.
Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
~K A U L A H B I D A D A R I K U D U N I A A K H I R A T~
Sesungguhnya sebuah pernikahan, perkahwinan dan kehidupan suami isteri itu sangat indah. Amatlah rugi sekiranya sesebuah rumah tangga itu tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Masih ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sendiri, tidak dapat berkahwin kerana masalah kewangan, masalah tidak mendapat restu ibubapa dan macam-macam lagi. Oleh itu, bagi yang sudah pun berumah tangga, manfaatkanlah alam ini dengan sebaik mungkin.
Keutuhan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak, iaitu suami dan juga isteri. Hubungan yang penuh kasih sayang, InsyaAllah, akan kekal selama-lamanya kerana hubungan yang kaya dengan kasih sayang akan membetulkan segala keadaan, segala salah anggap, segala buruk sangka. Dengan kasih sayang, timbulnya kemesraan.
Jadi, di sini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tips kemesraan yang boleh dibangkitkan di antara suami isteri. Juga peringatan buat saya sendiri untuk bidadari hati. Tips ini adalah merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W. Lebih-lebih lagi, segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah. Ganjaran pahala diberikan sekiranya kita mengamalkannya. Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W.:) Sama-sama kita ambilnya sebagai kehidupan kita dengan bersunnah.. insyaAllah..
~*~*~*~*~*~*~*~
~Tidur dalam satu selimut bersama isteri~
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)
~Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra~
Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)
~Membersihkan titisan darah haid isteri~
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)
~Segera menemui isteri jika tergoda~
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
~Tidur di pangkuan isteri~
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
~Memanggil isteri dengan kata-kata mesra~
Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima). Mesrakan lagi jalinan.
~Meminta isteri meminyaki badan~
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)
~Membelai isteri~
“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)
~Mencium isteri~
Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)
~*~*~*~*~*~*~*~
~Disebalik wajah ceria, tersimpan seribu kisah dukanya. Yang jarang sekadar dipaparkan buat kita semata-mata untuk memberia kebahagiaan & keceriaannya untuk kita. Isteri amanah dariNya. Penyeri disepanjang hidup. Bidadari yang sentiasa berseri indah bak mutiara. Jagalah dia dengan sebaiknya. Anugerah tidak ternilai dariNya. Jalinkan kemesraan yang kekal hingga ke syurga~
“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Cintaku dengan 4orang isteri tersayang memang cukup indah. Semoga ianya mejadi pengajaran buat semua''...
Ku mulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat.Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.
Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya.Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.
Isteriku yang kedua apa kurangnya.Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.
Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….
Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Berita Gempar Yang Mengejutkan Diri Ku....
Doctor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!"...
Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Memanggil Isteri Ke Empat....
“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.
“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”
Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Isteri Ke Tiga memasuki Kamar ku....
Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.
“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,”balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?”kataku menduga cintanya.
Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.
“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”
Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.
Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Isteri Ke Dua Masuk Menyapa ku...
“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.
“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”
“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”
“Dengan lancar?”
“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”
“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”
“Apa masalahnya, bang?”
“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”
Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti.Tiba-tiba….”Assalamualaikum, bang... Abang, saya isterimu..”
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Dengan hambar Ku menyahut panggillan isteri Pertama....
Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.
“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.
“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.
Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.
“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam kubur!”
Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.
~*~*~*~*~*~*~*~*~
~Saudara-saudari, siapa ‘AKU’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan DIRI KITA. Kitalah yang punya empat ‘isteri’~
Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita.Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.
Isteri ketiga kita ialah harta.Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.
Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.
Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah.Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.
~Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?~
''Siapa yang tidak mahu untuk bergelar suami yang baik pada isterinya, yang soleh, yang tenang pada isterinya, yang indah pandangan buatnya. Semua insan inginkannya, semua insan mendambakannya. Begitu juga diriku yang serba kekurangannya, yang ingin disempurnakan oleh seseorang disisi. Malah menginginkan apa yang terbaik buat insan bergelar ~peneman hidup~ dikala mahligai impian telah terbina berseri indah bersama redha dan rahmat dariNya''...
Pesanan ini ku tuju khas buat diriku dan peringatan juga buat semua. Walaupun masih ada yang sudah membaca, tetapi masih lagi ingin selalu diingatkan, supaya kita mengetahui tanggungjawab kita sebagai pemimpin buatnya. Jom sama-sama kita perhatikan antara yang terkandung buat renungan bersama!!~
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Isteri bukan hamba buat kita.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Haiishhh!!~ apa punya suami ni..
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Lepas kahwin!! habis bantai je~
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? kesian isetri tu, dia bukan main nak cantikn keadaan, kita buat x tahu je, kalau buat sama xpelah!!~
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Buat kerja bersama mnambahkan lg kemesraan dan kasih sayangnya.. Kan sweet tu!!~
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. Ingat.. isteri itu amanah Allah.. jangn jd kan dia hamba abdi plak!!~
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? fikirknlh..
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Silap gaya naik tangan. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? siapa yang basuh baju awak? siapa yang mandikan awak?--> Bai jual roti ke? Apek jual sayur ke? Jiran sebelah rumah awak ke?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. time awak sakit, isteri sanggup x kerja, tp kalau isteri sakit, pndang pn xnak apa lglah nk bg kan ubat.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Hanya semata untk kebahagian kita. Xcaya, cubalah!!~
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Itulh yg penting kena jaga.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”.. Peringatan buat diriku dikala suatu hari nanti akan bergelar suami kepada isteri tersayang..
Kebahagian rumahtangga, semua orang mengimpikannya. cuba ditanya pada orang yang miskin kaya, tua muda, besar kecil. Semuanya inginkan kebahgian dalam perhubungan. Saya sendiri hendakkan kebahagian dalam mahligai impian yang akan dibina dengan penuh kasih sayangnya berasaskan Iman & Islam. Siapa yang nakkan kesengsaraan??!!.. Tidak dinafikan semuanya berkeinginan kebahagian tersebut. Tidak lupa juga sekufu itulah penting dalam mewujudkan kebahagian dalam perhubungan yang kita impikan.. Kebahagian itu terletak pada-Nya, yang penting kita berusaha untuk berkehendakkannya dalam perhubungan yang abadi.
Ramai yang berkata tentang jodoh, jodoh, jodoh. Adakah ianya perlu yang sekufu, penting ke sekufu dalam perkahwinan yang terjalin?? Jawapannya ada pada diri sendiri, tapi memang ianya benar, sekufu itu perlu ada dalam sebuah perhubungan. Sedangkan diriku sendiri merasanya ianya penting dalam menjalinkan hubungan seharian dengan pasangan sendiri. Jelas dalam hadith S.A.W;
“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.
~Apa itu sekufu??~
1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.
2. Sekufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah memfasakhkan pernikahannya itu dengan alasan tidak sekufu.
Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ’sama’. Ada sebahagian yang mengistilahkan sama ini adalah sama dari segi seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul dan tidak dinafikan kena sama pada Agama yang penting. Malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita boleh letakkan sebagai mutlak, sebab memang itulah yang utamanya dalam sebuah pernikahan. Dalam hal ini juga, para Fuqaha berpandangan bahawa ''Tidak haruslah seorang wali itu mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecuali jika si anak tersebut bersetuju''..
Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?
Kita lihat sekarang, ramai yang menitikberatkan tentang pangkat, keturunan yang tinggi, gaji, pekerjaan yang mewah, harta yang menggunung. Malah Agamanya yang terakhir dilihatnya dalam pernikahan. Jadi, dimana letaknya sekufu jika tidak dilihat pada adDinn nya yang utama. Hakikat dala sebuah perkahwinan itu bukanlah dilihat pada semua perkara tersebut, malahan dilihat dari segi Agama, Iffah, Keturunan, Ketaqwaan padaNya, Akhlak dan lain-lain.
Sekufu berpunca daripada lima sebab :
* Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit. * Merdeka bukan hamba . * Keturunan. * Pekerjaan. * 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )
Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3;
''Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah perempuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman''..
Menurut ulama fiqh, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.
Ini jelas sekali sekufu itu penting dan ianya perlu ada pada setiap pasangan, malahan dalam hubungan suami isteri. Ianya perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan setiap pasangan pada-Nya dan juga merasakan setiap pasangan itu ada tangungjawab kepada pasanganya masing, maka tidak timbulah masalah nafkah, didikan anak, penderaan dan sebagainya. Kena saling memahami antara satu sama lain dalam perhubungan. Tidak ada yang berat sebelah atau sebagainya. Setiap suami atau isteri itu masing-masing mempunyai tanggungjawab ke atas masing-masing. Iman yang perlu ada dalam diri. Pasti kebahgian itu yang dimiliki.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.
''JaMbATaN MeNjAdI PeNgHuBuNG aNtArA DuA BuAh kAmPuNg, pErNiKaHaN MeNjAdI PeNgHuBuNg aNtArA DuA HaTi yAnG BeRbEzA DaN AnAk-aNaK MeNjAdi PeNgHuBuNg aNtArA KeDuA IbU dAn aYaH''..
Migrasi ke www.jubah.net
-
*salam buat semua pelanggan, *
*Alhamdulillah untuk bahagian stokin telah kami pindahkan sepenuhnya ke
website baru kami*
* www.jubah.net*
*untuk memuda...
Saharayusuf Printed Chiffon Shawl!
-
Assalamualaikum. Suka pakai shawl tetapi tak tahu mana nak cari *shawl yang
labuh*? Saharayusuf kini mengeluarkan printed chiffon shawl yang
bermotifkan f...
Shayla Arab - Bidang Besar
-
Shayla adalah nama panggilan kepada selendang yang dipakai bersama abaya
Bergantung pada teknik lilitan & panjang shayla tersebut,
anda akan dapat memakai...
اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم
-
Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga.
Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di
jalan yang benar. Kerna itu ...
Perkongsian : Hujan
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat 2 bulan lepas, kami suami isteri menaiki motor dengan anakanda
Amir Solihin. Hajat nak ziarah anak sepupu di Hospital Se...
Doaku buat suamiku yang tercinta...
-
Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Karuniakanlah aku deng...
13 years ago
..::*Warkah Terakhirku*::..
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut Para Ulama, Syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu;-
1- Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3- Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
4- Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5- Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6- Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7- Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8- Melalui sifat ujub atau bangga pada diri sendiri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10-
Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)