"SeLeMaH-LeMaH MaNuSiA IaLaH OrAnG YaNg TaK BOLeH MeNcArI SaHaBaT DaN OrAnG YaNg LeBiH LeMaH IaLaH OrAnG yG MeNsiA-SiakN SaHaBaT YaNg
TeLaH dIcAri..."(Saidina Ali)
Laksana bintang membentuk arah burujnya Laksana bulan menyinari malam sang gelita
Isteriku..
Saban waktu, tika dan saat berlalu
Dirimu abdi dipangkuanku
Senyum manis mu menenang jiwaku
Jerlinganmu menawan hatiku
Kesetiaanmu mengeratkan diriku denganMu
Isteriku..
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu wahai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala ku hamparkan tangan ini ke awan nan biru
Merintih harap seorang isteri yang solehah Membantu dalam segala urusan dakwahku
Isteriku..
Dikala senja, ku menongkat resah dijiwa
Dirimu tersandar kemiskinanku
Dirimu tiada permata untuk dikalungkan
Tiada dakwat ringgit untuk ku serahkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Tapi..
Dirimu hanya ku lapisi dengan debu Debu yang begitu berharga untukmu
Ku balutkan dengan helaian jubah Ku kalungi dengan cadar diwajahmu Ku hiasi dengan Iman & Taqwa buatmu
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma Ku hambatkan bosanmu seketika sahaja Bersabarlah dengan ujian buat kita Kerna ianya hanya seketika Yang akan bahagia untuk selamanya
Isteriku..
Dihening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari-hari berlabuh kita tetap berasingan Kesedihanmu, sementara diriku dimedan peperangan
Ketakutanmu diriku tiada menemani Kesakitanmu diriku tiada disisi
Rumahku, dirimu penanti setia
Sementara bagiku, ianya hanya ingauan persinggahan
Isteriku..
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu pada Yang Esa Menanti kehadiranku penuh setianya seorang isteri
Duhai Isteriku..
Dongaklah wajah mulusmu ke langit nan biru
Hulurkanlah kedua tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku Kuat dan cekalnya hatimu melalui Ujian buat kita tidak akan henti
Percayalah duhai permaisuri hatiku Tidakkan ku sia-siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantar ke lembah hidayah Semuanya bersamaku
Isteriku..
Bajailah cinta suci kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu Percayalah, dirimu seorang buatku Tiada pengganti untukmu
Isteriku..
Diriku tetap setia disampingmu
Bersama menemanimu
Walaupun jarak pemisah utama kita
Sungguh pun kita jarang ketemu
Diriku tetap senantiasa menyanyangi
Dirimu teramat bernilai buatku
~Dikaulah Isteriku~
..::* I S T E R I S O L E H A H D A M B A A N S U A M I *::..
Saya, kalau terdengar perkataan 'bidadari', memang rasa lain. Lagi-lagi bila dalam satu ceramah Ust. Azhar Idrus, dia kata, "Seorang suami yang soleh akan mendapat sekurang-kurangnya 70 orang bidadari di syurga nanti ( atau 80 orang, maaf terlupa)".
"Pastu seorang isteri solelah dapat apa ustaz?"..
"Pastu kesian la kat si isteri asyik kena tinggal je, dahtu dah ada 70 orang bidadari menunggu si suami. Dahla kat dunia pun asyik kena tinggal ngan suami je ( kena tinggal di sini bermaksud, isteri merelakan diri ditinggal suami bilamana suami ingin keluar atas urusan agama. Kan salah satu golongan wanita yang dijanjikan masuk syurga adalah isteri2 dari jenis ini (tapi kalau suami keluar atas urusan 'bola' ke, tak tahulah isteri dapat apa >,<)"
Ini adalah antara soalan2 yang 'berselerak' kat dalam fikiran saya tentang bidadari. Dalam fikiran perempuan2 lain juga saya kira. Tak pelik pun saya rasa, sebab mestilah perempuan akan cemburu bila peranan mereka digantikan oleh bidadari syurga. Apatah lagi dalam Al-Quran, bidadari digambarkan abadi, suci,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kata.
Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi.Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah... Jadi, tak pelik pun kan jika seorang perempuan tu merasa cemburu...
Tapi mungkin ramai wanita tak tergamak nak meluahkan sebab bidadari tu kan hadiah Allah kepada lelaki soleh. Maka, siapalah kita ini untuk menidakkan...
tetapi...
Ada seorang isteri yang berani bertanya kepada seorang ustaz dalam satu ceramah, "Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Si ustaz kemudian menjawab,
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.."
Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si isteri tunduk sambil tersenyum kelat.
Kenapa pulak suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Seorang wanita di dunia itu jauh lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari di syurga, kerana ibadahnya kepada Allah semasa di dunia.Bukan senang menjadi seorang isteri,
Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari Muaz bin Jabal r.a., “Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari kalangan bidadari berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya, semoga Allah s.w.t. membunuhmu. Sesungguhnya (ia) hanyalah seorang tamu bagimu, sebentar lagi ia akan meninggalkanmu dan datang menemui kami di syurga.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, no.2041. Dinilai sahih oleh al-Bani).
Fuhh kalau isteri tu menyakiti hati suaminya, bidadari di syurga akan sangat geram dan seakan 'menyumpah' si isteri tersebut. Kerana itu jika isteri itu benar2 menjaga perilakunya, dia akan dijadikan ketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.
Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
~K A U L A H B I D A D A R I K U D U N I A A K H I R A T~
Tersimpan satu rahsia Yang terbuku.. Diruangan hatimu
Di balik senyumanmu Tersirat simpulan Deritanya.. Hanya kau yang tahu
Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Kaulah.. isteri yang ku sanjungi
Setia mu ku hargai
Kerana.. kaulah bidadari
Permata di sanubari
Ku doakan.. agar kau kan bahagia
Ku doakan.. agar tiada lagi derita
Moga Tuhan.. kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untukmu seorang isteri yang setia.
~*~*~*~*~*~*~
Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, kepada sahabat-sahabatku semua, Foremost; Pertama-tamanya kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih menemukan kita dan Selawat atas Junjungan besar Nabi S.A.W kita, semoga keimanan kita makin bertambah demi hari ke hari.. :)
Entah kenapa tiba-tiba hari ni teringat saya nak dengar lagu ini. Hehehhe.. Suka dengan liriknya, yang memberi banyak makna yang tersirat. Begitulah bagaimana seorang insan yang ku gelarkan seorang isteri yang sangat tabah dalam setiap dugaan, dan sama-sama melaluinya dengan penuh ketabahan. Dialah bidadari, setianya dalam perjuangan ini, sanggup menunggu, menanti dengan penuh kesabaran dalam hati. Sanggup berkorban apa sahaja, tenaga, akal fikiran (kebijaksanaanmu) untuk mencari redha dariNya..
Diruang hatimu tersimpan dan disebalik senyumanmu hanya Allah yang mengetahui apa yang engkau rasainya. Tenang apabila menatap wajah ceriamu. Ku doakan agar kau bahagia bersama perjuanganmu. Bersabarlah dalam setiap ujian yang diberi olehNya. InsyaAllah, Apabila sesuatu yang kita inginkan dalam hidup kita, sesuatu yang betul kita ingin kecapinya. Nikmatnya dan kesyukuran yang tidak terhingganya, teramatnya kita kan merasai apabila kita temuinya nanti. InsyaAllah dengan izinNya..
Walaupun dirinya tiada disini, tiada bersama, akan tetapi dirimu selalu diingati. Setiap bait doaku selalu menyebut namamu mendoakan akan kesejahteraanmu. Kaulah isteri yang ku sanjungi, doalah yang mengiringiku selalu dikala sejadah tempat sujud dahiku dengan harapan padaNya kebahagian dirimu dah juga kebahgian buat kita hingga ke Firdausi, keluarga tidak pernah ku lupa, sahabat handai serta berjaya dalam apa jua yang dirimu ceburi..
~*~*~*~*~*~*~
~Dikaulah wanita dan insan yang ku cari, tabah, sabar, cekal menghadapi ujianNya. Sebagai sahabat yang selalu ingin bersama. Sebagai teman yang ingin susah senangnya. Kekasihyg menenangkan jiwa dan Bidadari yang melengkapkan hidup seorang suami dan sentiasa menyebarkan wangian Kasturi dengan kilauan permata yang berseri dikala ku melihat keayuan matamu~
~Saidatina Khadijah lambang cinta yang tulus, suci mekar mewangi sepanjang zaman, selalu ingin bersamaku sebagai seorang suami persis seperti Saidatina Khadijah yang ku kagumi..insyaAllah..Ameenn..Allahhh..~
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya (isteri); dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir).
~Seindah hiasan; Wanita Solehah yang lebih baik dari Bidadari Syurga~
''JaMbATaN MeNjAdI PeNgHuBuNG aNtArA DuA BuAh kAmPuNg, pErNiKaHaN MeNjAdI PeNgHuBuNg aNtArA DuA HaTi yAnG BeRbEzA DaN AnAk-aNaK MeNjAdi PeNgHuBuNg aNtArA KeDuA IbU dAn aYaH''..
Migrasi ke www.jubah.net
-
*salam buat semua pelanggan, *
*Alhamdulillah untuk bahagian stokin telah kami pindahkan sepenuhnya ke
website baru kami*
* www.jubah.net*
*untuk memuda...
Saharayusuf Printed Chiffon Shawl!
-
Assalamualaikum. Suka pakai shawl tetapi tak tahu mana nak cari *shawl yang
labuh*? Saharayusuf kini mengeluarkan printed chiffon shawl yang
bermotifkan f...
Shayla Arab - Bidang Besar
-
Shayla adalah nama panggilan kepada selendang yang dipakai bersama abaya
Bergantung pada teknik lilitan & panjang shayla tersebut,
anda akan dapat memakai...
اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم
-
Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga.
Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di
jalan yang benar. Kerna itu ...
Perkongsian : Hujan
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat 2 bulan lepas, kami suami isteri menaiki motor dengan anakanda
Amir Solihin. Hajat nak ziarah anak sepupu di Hospital Se...
Doaku buat suamiku yang tercinta...
-
Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Karuniakanlah aku deng...
13 years ago
..::*Warkah Terakhirku*::..
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut Para Ulama, Syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu;-
1- Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3- Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
4- Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5- Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6- Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7- Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8- Melalui sifat ujub atau bangga pada diri sendiri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10-
Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)