BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Saturday, 23 October 2010

~Engkaulah Teman hidupku~


Penyeri hatiku..

Begitu indah dan sempurna hidupku ini denganmu..

Senyum tawamu menceriakan hatiku..

Selalu ingin bersamaku dari setiap apa yang berlaku..

Diriku senang dengan sikapmu..


Teman hidupku..

Terasa amat dan terlalu sayang daku denganmu..

Tenang sangat dengan sikapnya..

Tutur katanya yang selalu mencuit hatiku..

Engkaulah ratu hatiku..
penyeri siang dan malamku..
Kerenahmu menghilangkan PENATKU..
Keletahmu menceriakan hidupku..


Teman hidupku..
Hadirmu membawa sinar dalam hidupku..
Membawa keserian dalam duniaku..
Melengkapkan seri rumahtanggaku..


Sayangku..

daku selalu rindu denganmu..

begitu juga dirimu akanku..

daku menyerti sangat sikapmu..

ingatlah..kuat dan tabahlah dalam ujian ini..


Penceria hari-hariku..

ingtlah..masa ini begitu pantas berlalu..

sabarlah dalam kita mencari redhaNyA..

suatu hari nanti aku kan selalu disisimu..

daku milikmu..


Permata hatiku..
Andainya satu hari nanti..
Aku tiada lagi di sisimu..
Harungilah hidupmu..
Dengan bekalan dunia dan akhirat..
Agar engkau sentiasa beringat..


Dikau adalah temanku..

Menyokong setiap langkahku..

Linangan air matamu akan pemergianku..

Teringat selalu dengan wajah manismu..

Keranamu,sungguh..lengkap hidupku..syukur..;)

Allahu rabbi..

Engkaulah milikku..~



Friday, 22 October 2010

Hukum Bekerja Sebagai Peguam




~Entah kenapalah tiba2 rasa tertarik nak post tajuk ini, sebagai pengetahui kita bersama juga.. mungkin ada yang berpengalmn, boleh dikongsikan bersama dengan penulis (sayalah..hehehhe)~


Mungkin ramai yang tertanya2 diluar sana atau anda sendiri [pembaca] yang tertanya bagus ke kerja peguam nie?? Xtakut ke tanggung dosa dunia akhirat orang.
Apa buruknya?? Memang saya juga selalu ditanya begitu. Sememangnya tidak dinafikan, memang begitu juga situasi yg pernah teman saya alami (saya perhatikan sendiri). ''Pernah sekali tatkala bersama seorg ibu temanku yg mengambil jurusan sains. Ibu itu bertanyakan aku apakah pasti aku mahu mengambil undang2. Dengan yakin aku katakan, Ya, insyaAllah''.. (kata seorang pelajar coming so0n as a lawyer Syarie).. Dan yang pentingnya; Apa hukumnya menempah peguam bagi membela diri dan apa hukumnya seseorang yang bekerja sebagai peguam?


Ingin dijelaskan disini bahawa tugas seorang peguam bukannya senang, dan kita sebagai orang luar jangan terlalu cepat nak `judge` orang dengan pandang sendiri tanpa ada usul periksanya dahulu.. Sebagai seorang peguam atau bakal peguam, menegakkan keadilan adalah prinsip utamanya dengan bukti yang dapat dari plaintif/defenden. Teringat sebelum ini masa dikuliah Guaman (hanya 20orang je sanggup ambil..huhuhu) yang mengajar adalah bekas ketua hakim Selangor said that; ''you become a lawyer after this, and set in your mind, must be honestly first by the rule in Syarak''..


(1) Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat.

Islam mewajibkan semua penganutnya supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu perkara "case" sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya, membela dirinya kerna ianya adalah dijalan yang benar (berani kerna benar, takut kerna salah). Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam (tidak ada bukti bahawa seseorang itu tidak boleh menggunakan peguam sebagai penyelesaian buat dirinya yang benar). Hukum syarak mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan menegakkan keadilan adalah harus.

(2) Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:-

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوْ الْوَالِدَيْنِ والأَقْرَبِين

ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadilan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan karib kerabatmu. "


Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil (plaintif/defenden), ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. Dari segi membela org yg salah sebagai contoh.

Masyarakat akan berfikir apalah gunanya peguam ni yang membela orang yg bersalah, tidakkah itu dituduh bersubahat (memang akan bersuara juga jika perkara ini ditanya). Di sini perlu diingatkan dlm law, "no one is guilty untill he is proven guilty" dan kedua-dua pihak berhak bersuara. Dan lagi satu, tugas peguam bela akan melakukan check n balance. Dialah yang akan memastikan secara tidak langsung dakwaan itu benar atau pun boleh menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yg dikenakan berdasarkan bukti yang diberikan oleh anak guamannya.


Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari dilaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batilsedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dari Allah swt."

Secara jujurnya, pengakuan dari seorang sahabat saya mengatakan pada mulanya dia agak takut untuk memasuki dunia ''Law'', memang akan terfikir akan semua yang masyarakata fikirkan pada sekarang. Tapi sampai bila jika berfikiran seperti itu, siapa yang nak membantu orang ramai, orang muslim jika bukan pada umatnya sendiri. Lihat pada zaman sekarang, kes makin bertambah malahan peguam masih lagi tidak mencukupi to settle dispute matter. Oleh itu, as a muslim; Allah tidak akan meletakkan kita di sesuatu tempat jika Dia tidak tahu kemampuan kita didunia ini. Perlu diingatkan bahawa bidang ini bukanlah hanya medan untuk berkata semata2 / perdebatan semata2, tetapi kebijaksanaan akal selaris dengan Syaraknya itu sendiri mentafsirkan bahawa ''apakah itu Law yang sebenarnya''..



~coming so0n as a Lawyer~






Thursday, 21 October 2010

Latih Diri Jadi Manusia `Pemaaf`



''Marilah kita fikirkan sejenak Merenungi pengalaman peribadi tentang kisah & permusuhan. Ingat, siapa yang pernah kita musuhi? Cuba ingat semual bila ianya terjadi? Apa sebabnya kita memusuhi orang itu? Apa sikap kita terhadap orang yang dibenci? Banggakah kita bila bermusuhan dengan orang lain? Tidak bertegur sapa dalam waktu yang mungkin agak lama? Sambil kita sama-sama mengingati semua perkara ini.. Saya ingin membawa sahabat, teman, tetamu yang membacanya kepada satu kisah persengketaan antara sepasang suami isteri yang telah pun melangsungkan pernikahannya"....


Pada satu hujung minggu, sepasang suami isteri ''Berbalah'' lantaran sebuah perkara yang keduanya saling pegang kukuh bahawa pandangannya adalah benar belaka, samada pandangan pasangan adalah keliru. Si suami mengangap padangannya benar, terus menilai padangan isterinya salah; begitu pn sebaliknya. Perbalahan itu tidak selesai sampailah keduanya ''menjelang tidur''.. Mereka saling enggan untuk bertegur sapa antara keduanya. Pada malam itu si isteri terlebih dahulu tidur awalnya dari suaminya, sementara itu si suami masih kebingungan..


''Wah!!~ sy dan istri sedang gaduh nie, dan sy belum sempat tingglkan pesan besok pagi sy mesti bangun awal dr biasa. Bagaimana caranya?"...


Setelah berfikir beberapa minit, si suami mengambil keputusan untuk menulis catatan untuk isterinya pada secarik kertas yang berbunyi:


"Mama, tol0ng bangunkan Papa pukul 4.30am (mereka membahasakan diri ''Mama'' & ''Papa'' sejak dr kelahiran anak sulungnya).


Subuh pun tiba, si isteri bangun terlebih dahulu dan melihat secarik kertas catatan suaminya disebelah tempat tidurnya. Setelah membacanya dan si isteri terdiam sejenak. Rupanya si isteri masih juga ''somb0ng'' untuk membangunkan suaminya, kerna sengketa antara keduanya yang belum usai. Si isteri membangunkan suaminya dengan menulis pada secarik kertas pula.


''Pa, bangun!!~ dah pukul 4.30am''...


Sampai akhirnya pagi pun tiba dan si suami bangun melebihi waktu yang diinginka. Ketika dia ingin menegur isterinya kerna terlewat bangun, buruan matanya mengarah ke arah tempat catatan itu yang jelas dapat ia baca. Sedar si suami bahawa si isteri telah melakukan tugasnya sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya, terlalu setia si isteri..
Suami seraya bertanya

''Mama..begini cara membangunkan Papa!!??''...



Si isteri pun menjawab, ''Kan Papa minta dibangunkannya dengan catatan di kertas, kan Mama follow cara Papa, so apa lagi yang x betulnya, apa lagi yg silapnya Papa??!!~''...


Si suami lantas sedar dan meminta maaf terlebih dahulu, dan kemudiannya si isteri pun meminta maaf pada suaminya. Keduanya-duanya pun sedar bahawa ''rasa ego'', rasa dirinya paling tinggi antara keduanya, si suami juga merasa bukan hanya dia seorang suami, seorang ketua keluarga untuk mengikut padangan atau rangsangan dari pelbagai segala perkara yang berlaku dalam rumahtangga begitu juga dengan ''kebencian'' tidak memberi manfaat pada perhubungan suami isteri dikala inginka kebahagiaan..


Pemahaman kita terhadap ''kebencian'' atau ''permusuhan'' tidak menjamin kita sendiri terbatas dari hal itu. kerna itu, sikap yang baik adalah ''ketika seseorang menjadi musuh kita, jangan terburu-buru marah, jangan terburu-buru membalas. Kerna boleh jadi pada saat yang sama ada sikap kita yang serupa dan orang lain menjadikan kita sebagai musuhnya''...

Dari kisah yang dipaparkan, semua itu membawa banyak istilah dan makna tersirat disebalik apa yang berlaku, bukan sekadar hubungan suami isteri, malah kelurga, sahabat, teman sendiri juga ada yang tidak dapat memaafkan kesalaha temannya cuma dengan sedikit kesilapan sahaja.. Jadi banyak Input yang disampaikan ini memberi pengajaran yang mungkin masing2 [pembaca] dapat menilai dimana tingginya kemaafan dalam sebuah perhubungan kita seharian..

''Susah ke untuk melafazkan ''MAAF(BM), SORRY(BI), ASIF(BA)'' pada seseorang??? Selalu saya mengingatkan diri akan satu perkataan di mana setiap kali berasa ingin marah, geram, kecewa, mungkin ada buat kesilapan, mungkin orang/sahabat membuat kesilapan pada kita, Maafkanlah dia sebelum kita ''melelapkan mata''.. Sedangkan Nabi S.A.W sendiri memaafkan akan umatnya yang begitu dasyat kelakuannya pada Nabi S.A.W. tapi inikan kita sebagai insan yang hina disisiNYA, insan yang tidak sempurna.. Sama2 kita renungkan dan peringatan juga buat diri sendiri & teman pembaca semua.. insyaAllah. teringat pula saya pesan Dato' Fadhilah Kamsah; maafkan orang lain sebelum tidur''...




Tuesday, 19 October 2010

Adakah Cinta Perlu Bersebab??


Adakah cinta perlu bersebab??.. jawapannya ada pada diri kita sendiri.. tanyalah pada IMAN kita..pasti ianya benar, berbanding tanya pada `hati` yang selalu memberi jawapan yang berbolak-balik.. bila kita sayangkan pada seseorang, sayanglah dia kernaNYA.. pasti kebahagian itu akan terpancar bersamanya dengan Redha dariNYA.. Cintai seseorang itu kernaNYA.. pasti akan merasai kehebatan dalam sebenarnya cinta itu..



''Disini saya ingin membawa semua tetamu yang berkunjung membaca kisah yang d'lakarkan mungkin ada yang dah tahu / mungkin ada yang sudah membacanya. Tapi nak juga saya kongsikan buat peringatan untuk kita bersama''....

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.....



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :


“Sayang!!! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati...”

~Bagaimana dengan Anda.. Tanyalah & jawablah dengan IMAN dihati~


~Indahnya Kemaafan~


kemaafan

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya dengan madah yang dikeluarkan dari bibir tanpa tapisannya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Dengan sedikit kesilapan ''perang besar'' jadinya.. Mungkinkah akan selesai segala masalah bila tida memaafkan seseorang.. Ada yang mungkin ambil endah tidak endah tentang kemaafan pada seseorang..

"Sebagai contoh suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan, sebelum nikah bukan main indah (kononnya I love u & u love me).. dengan sedikit kesilapan pasangannya langsung x kisah kalau dia tidak minta maaf. Tapi bila lepas nikah.. Sekali sebut sahaja, ada je salahnya, lagi2 suami [segelintir je] yang cepat sangat ''angkat tangan''.. jika dirunding dan bermaafan.. perkara itu tidak salahnya kan... Suka saya untuk mengatakanya ''Jika seseorang itu dihatinya ada keIMANan yang tinggi, kemaafan selalu diungkapkan kepada pasangan, setiap manusia itu pasti tidak terlepas dr kesalahan (sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri) ''...


Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?? Setiap orang tidak terlepas dari kesalahan & kesilana.. Kemaafan itu lebih mengeratkan lagi hubungan sesama insan...

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita. Hati akan menjadi tenang dengan memaafan saudaranya sendiri.. terlerailah segala sengketa darlam hati bila kita bermaafan antara satu sama lain..

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda” ~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Monday, 18 October 2010

Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri


Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,

Dan seterusnya untuk kau ubati.

Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum, bangga dan megah
Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
“ketahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
-Ar Raad : 28.
Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga, tempat lahirnya
Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu
.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan
hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula
Iman akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….

Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
“bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…”
dalam duka, ialah penenang
“berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah
tanda kasih-Nya dan penghapusan dosamu yang lalu.”

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat, seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam , dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan
ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
“sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman.”
Ingatan-Nya pula dijadikan ‘guide line’
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya

Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau
Telah memiliki segala – galanya pula…”

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat, harta dan anak pinak
tidak berguna lagi, kecuali orang- orang yang
mengadap Allah dengan hati yang sejahtera
bersih dan beriman…”
- Asy Syua’ara 88-89



Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah kepada anda semua.
Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..

Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda
masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amin.

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam
neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya
kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi

kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.


Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita

~Lidah Mampu Membawa Ke Syurga / Neraka~

DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.


Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Friday, 15 October 2010

-7 Jenis Mayat di Dalam Kubur-



7 jenis mayat di dalam kubur ~Renungkanlah~


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

Saturday, 8 May 2010

Sedihnya Dengan Sikap Orang Melayu!!~









Pengguguran anak di Singapura... ......Just to share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...


Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan( gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu
tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. dunia semakin hampir kepada pengakhirannye, fikir2knlah, takut tngok keadaan terus mcam ni..




Friday, 16 April 2010

SuNgAi DaLaM LaUt...SuBhAnALLaH


http://img705.imageshack.us/img705/2058/alam1.jpg

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


http://img11.imageshack.us/img11/83/alam2.jpg

http://img163.imageshack.us/img163/358/alam3.jpg
http://img683.imageshack.us/img683/953/alam4.jpg

http://img704.imageshack.us/img704/9840/alam5.jpg
http://img62.imageshack.us/img62/4384/alam6.jpg


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Sumbangan :

Saturday, 3 April 2010

AmaLaN SoLaT TaHaJJuD..

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati=)