BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Thursday, 28 October 2010

Tidur Yang Patut Dikejutkan/Dibangunkan



Cakap pasal tidur ini, memang syok!!~ memang semuanya indah dalam dilema sang mimpi. Bila dikata dengan lena, pastikan lenamu bersama niat ibadah dalam tidurmu. Jangan sampaikan terlalu seronok tidur, ibadah yang wajib tertinggal (jika tidak disegajakan, tidak mengapa). Tidur juga adalah rehat badan, tidak pada manusia sahaja, malahan mamalia, burung, juga haiwan-haiwan lain turut sama berehat dengan melelapkan mata.



Berbalik pada tajuk yang mana ada waktu yang perlu kita kejutkan/bangunkan sekiranya tertidur pada masa atau keadaan sebegini yang mana di dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata ''disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir tiba habi''.. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T iaitu: tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian. Di dalam Kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang yang dalam tidur dalam hal keadaan:-


1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis

2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat

3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid


4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar

5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian
lagi berada di tempat teduh


6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari

7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh

8. jika tidur selepas azan


9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman
dinyatakan sebagai makruh



10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh


11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu “tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.


12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan
air ke mukanya
dengan lembut lakuannya''..