BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Wednesday, 27 October 2010

~Haruman Mawar darimu~



Disini saya ingin melakarkan sebuah puisi (post dari sebelum ini) yang ianya memberi seribu makna yang mendalam tentang ciri-ciri suami dan isteri yang baik. Ianya yang saya rasa cukup menarik, menyentuh perasaan, menusuk hati dan membekas di jiwa (bagi sayalah). Kalau boleh, saya mahukan seorang isteri seperti yang disebutkan dalam puisi tersebut walaupun saya tahu saya bukanlah dari kalangan yang baik sangat, ditambah pula kejahilan diri ini, ilmu pun terlalu sedikit didalam dada. Tapi, sebagai seorang muslim kita perlu memohon sebaik-baik perkara sepertimana sabda Nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang mafhumnya “apabila kamu meminta, maka mintalah syurga Firdaus”.


“Jadi, apabila kamu meminta kepada Allah (untuk sesuatu), mintalah Syurga Firdaus iaitulah yang terbaik dan syurga yang paling tinggi.”


Kenapa Nabi S.A.W bersabda demikian??

Sedangkan kita tahu kita ini bukanlah hebat sangat, disisiNYA, terutamanya saya.. Begitulah juga dalam hal ini, walaupun saya tahu saya ini bukanlah baik sangat dan tiada apa yang hebat pun, walhal saya tetap menginginkan yang terbaik di samping saya cuba memperbaiki diri ini semoga dengan itu saya menjadi baik dan beroleh yang terbaik dalam kalangan ‘sebaik-baik hiasan dunia’. Allah juga berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 [Al-Quran, 24:26] ''Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga lelaki yang baik untuk perempuan yang baik''..


~Sama2lah kita fikirkan dan ambil pengajaran~

Ku cipta kalimah syahdu seindah mimpimu, agar kau dapat menghayati apa yang tersirat dihatiku sebagai imam untukmu. Perjuanganku ini kernaNya ku lakukan untuk islam, jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah, termasuklah pernikahan, berkeluarga, bersuami isteri.



~Buat Insan teristimewa dalam hidupku, juga pembantu pada perjuanganku~

Isteriku..
Apabila ku sentuh telapak tanganmu..
Apabila ku usap dengan merasai kelembutan tangannya..

Walaupun kekasaran, parutannya kurasakan, tapi berbeda..

Apabila ku rasa kasih sayang yang lahir dari aliran darahnya..

Dan ketika ku menatap, ku renung, ku pandangi wajahnya..

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan diraut wajahmu walau ku tahu..

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat..

Ketika ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kadzib menyinsing..

Ku terpana dengan munajatmu nan syahdu..



Wahai penyeriku..
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, seronok berhibur, happy funn!!~

Dikeramaian dunia ciptaan mereka, keasyikkan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu..

Hanya untuk Islam dan keagungan Muslimin..

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti
Dengan pelbagai hiasan yang indah berkilau.. Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian..


Pakaian yang anggun bak puteri kayangan..

Wajah yang dihiasi dengan pelbagai warna dan jenama..

Kau umpama Ladang Ummah Muslimah..

Kau menginfaqkan seluruh jiwa raga demi Islam..

Kau tidak pernah bersungut, mengeluh, meminta mahupun mengadu domba..

Tatkala mereka berlumba mengejar pangkat dan nama..
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduan disisi Yang Esa..



Wahai Sayangku..
Ku tahu akan jiwamu yang ersimpan indah itu..

Jiwa mu kosong dari syurga dunia..
Ku ingin menyempurnakan lagi dirimu..
Kerna ku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan Akhlak dan Imanmu..

Bukannya kau diubah dengan dunia yang penuh kealpaan dan kemewahan..



Isteriku Tersayang..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku..

Sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupanku..

Susah senang kita tempuhi bersama..

Tidak pernah engkau mengabaikan diriku..

Aku terharu dengan segala kebaikanmu Sayangku..

Kau jaga akhlakmu..



Kau pelihara kelakuan maruahmu sebagai muslimah..

Kau tak pernah mengeluh jika sering kali ditinggalkan olehku..

Tugasku untuk menegakkan Islam persada agung..

Kau jua sanggup bersengkang mata menungguku..

Sebuah senyuman yang kau hadiahkan buatku..

Senyuman yang termat indah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam..
Malah ku seringkali meniup semangat untuk diriku terus tetap dalam berjuang.. Malah engkau lagi menaburkan bunga2 jihad walaupun masih jauh kemenangan..


Dikau Haruman Kasturiku..
Tangkasnya engkau selaku isteri idaman hatiku..
Biar pun engkau sibuk dengan tugas seharianmua dengan pengorbanan masamu..
Kau tetap menjaga hubungan mahabbah kita dengan indahnya..
Kau sirami denga wangian cinta & kasih sayangnya..

Kau tak pernah menjadikan kesibukkan itu penghalang bagi segala amanah tanggungjawabmu meskipun jadualmu terlalu padat dengan tugas seharianmu...



Isteriku...
Engkaulah isteri & engkau jua Ummi buat zuriatku..

Mengandung & melahirkan itu adalah pengobanan paling tinggi darimu..

Engkau sanggup bercengkang mata menyusukan anak dikala malam menjelma..
Cekalnya engkau mendidik anak-anak..
Tabahnya dirimu melayan kerenah mereka..

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat yang mulia serta para pejuang serikadi islam yang unggul...

Kau asuh mereka hidup dengan Al-Quran..
Malah engkau temani mereka mengulangkaji dikala imtihan menjelang tiba..



Ya Zaujati Habibati...
Tiada tandingannya apa yang kau lakukan dari tanganmu itu..

Betapa hebatnya insan yang ku gelar Isteriku...

Pengorbananmu tidak dapat ku ganti dengan harta yang menggunung tinggi..

Kaulah isteriku.. Pendamping dunia akhiratku..

Tanganmu yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia..

Kau beri didikan dua generasi sekaligus!!~~

Generasi kini dan akan datang..

~Suamimu dan zuriat keturunanmu dengan Mahabbah..

Tiada yang lain selain engkaulah yang satu.. Penyeri hatiku..

Dikaulah Isteri dambaan Firdausi.. Bidadari buatku..



..::*~Wahai Isteriku~*::..