Pada suatu pagi di salah sebuah Sekolah Menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang time tu sedang mengajar dalam kelasnya. Ketika itu guru tu sedang mempersoalkan tentang sebuah kasih sayang secara amnya. [Dialog diantara pelajar dan guru tersebut berbunyi demikian];
''Cikgu!!~~ macam mana kan kita nk pilih seseorg yg terbaik sebagai org yg kita sayangi?? dan, macam mana kasih sayang tu berkekalan cikgu??''~~ Bertanya seorang pelajar pada guru yang sedang membangkitkan persoalan mengenai kasih dan sayang.
Jawab cikgunya dengan senyuman dengan gaya suruh pelajar mengikut langkahnya lantas berkata. ''O0o, Awak nak tahu ke? Ermmm.. baiklah, sekarang kamu buat apa yg saya suruh yer.. Ikut je apa sy suruh buat, nanti kamu akan tahu apa jawapan dari pertanyaan kamu tadi''.
''Baiklah...apa yang saya harus buat?'' Ujar pelajarnya dengan pantas ingin tahu apa sebenarnya.
Cikgunya menunding jari telunjuknya ke arah padang sekolah yang berhampiran kelas; ''Kamu pergi ke padang sekolah tu, kamu jalan kat atas rumput tu sambil kamu memandang rumput didepn kamu tu, choose one if you think is very beautiful without l00k it back walaupun sekali imbas taw!!!~~ Dan kamu petiklh rumput yg kamu nmpk paling cantik tu yg berada di depan kamu, after that goo back to y0ur class''.
Pelajar tersebut seraya menjawab. ''0k cikgu.. sy pergi sekarg yer dan buat apa yg cikgu suruh td tu''.. Apabla pelajar itu balik semula ke kelas, tiada rumput pun yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya.
''Mana rumput yang cikgu suruh kamu petik tu??''...
Pelajar tersebut menjawab dengan rasa terkilan sebab tidak ada rumput pun yang dicari melalui apa yang disuruh dari cikgunya. ''0h..Tadi sy berjalan kat atas rumput tu dan sambil pandang2 rumput yg berada disitu, lepas tu sy carilh rumput yg cantik. Memang ada banyaklh cikgu!!~~ tapi sy ingt cikgu kata petik yg paling cantik tnpa toleh ke belakang. Sy pun teruslh jalan ke depan sambil2 tu cari manalh yg paling cantik. Lepas tu sampai lah kt penghujung padang, sy x jumpa pn yg paling cantik tu cikgu!!~ Mungkin dah terlepas pandang agaknya kat belakang sy, tapi cikgu kata jgn toleh ke belakang. So, xda rumput yg sy petik''..
Tersenyum cikgu sambil menjawab persoalannya; ''Ya.. Itulah jawapannya. Maknanya, Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi, janganlah kita hendak mencari lagi atau mencari yang lain yang lebih baik dari yang kita dapat. Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerna yang berlaku tetap sudah berlaku. Dan semoga yang sudah berlalu itu tidak berulang kembali''...
Seraya berkata dengan penuh perasaan kepada pelajarnya yang bertanyakan demikian. ''Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayangi itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang kita jumpa paling cantik dan paling baik walaupun nak di ikutkan ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi''...
Kecualilah jika perhubungan tersebut tidak boleh diselamatkan lagi situasi keadaan yang boleh memudharatkan, maka bolehlah berubah kepada permulaan dengan lebih baik dari sebelum itu. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlasnya kernaNYA. Dari situlah lahirnya kebahgiaan, kasih dan sayang dalam sebuah perhubungan. Maka sayang ingatkan buat diri saya sendiri dan juga teman2 pembaca sekalian, agar bersyukurlah kita dengan kasih sayang yang Allah titipkan pada setiap hambaNYA di muka buminya ini agar kita tidak bermusuhan antara satu sama lain, kerna setiap yang hadir pada kita hari ini tidak akan pernah muncul semula selepas ini''..
~Saya teringat satu ayat ''jangan kamu membenci akan seseorang atau sikapnya, keburukannya sedangkan dari situlah terletaknya beribu kebaikan yang kita tidak dapat melihat secara zahirnya''.. kasih & sayang itu tidak dapat kita luahkan bila semuanya kernaNYA, kerana DIAlah yang telah melahirkan dalam hati setiap hambanya akan perasaan cinta, kasih dan sayang pada seseorang. Oleh itu gunalah sebaiknya apa yang telah dikurniakan olehNYA dengan cara yang diredhaiNya~