BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Saturday, 30 April 2011

Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna



~Renungan untuk kita bersama & ianya sekadar pandangan~

~''Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terletak di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ianya semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup''~


--Begitu Juga--


~''Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MNEJAGA hatinya. Jangalah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan TERLUKA & HAMPA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu''~


~''Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambanya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi''~


--Begitu Juga--


~''Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya, janganlah kamu terlalu menganguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk MEMAAFKANNYA, malah akhirnya kKECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS abadi hingga ke akhirnya''~


~''Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti terbaik buat dirimu. Mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu menyesal akhirnya''~


--Begitu Juga--


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang pastinya membawa KEBAIKAN kepada kamu. MENYANYANGIMU.. MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan lain. Terlalu mengejar yang kesempurnaan. Kelak kamu akan KEHILANGAN apabila dia menjadi milik orang lain dan kamu juga akan menyesal''~


~*~*~*~*~*~*~


~DIA menjadikan setiap insan itu berpasang pasangan dan di situlah kesempurnaan akan hadir dalam hidup setiap insan. Sekadar renungan untuk dikongsikan, Moga dapat menjadi ianya sebagai jalan hidup yg boleh direalisasikan dengan tinta yg kuat dengan dakwat penanya~