Firman Allah إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السماوات والأرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم فلا تظلموا فيهن أنفسكم Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu. (at-taubah, 36) Sabda Rasulullah SAW الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض السنة اثنا عشرا شهرا منها أربعة حرم ثلاثة متواليات ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban. (riwayat Bukhary) Dinamakan bulan tersebut Bulan Haram adalah kerana diharamkan peperangan dan pembunuhan dalam bulan tersebut. Sempena bulan haram ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita pada bulan haram ini dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah. Contohnya berpuasa seperti tersebut dalam hadith عن أبي مجيبة الباهلي عن أبيه أو عن عمه قال أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا نبي الله أنا الرجل الذي أتيتك عام الأول قال فما لي أرى جسمك ناحلا قال يا رسول الله ما أكلت طعاما بالنهار ما أكلته إلا بالليل قال من أمرك أن تعذب نفسك قلت يا رسول الله إني أقوى قال صم شهر الصبر ويوما بعده قلت إني أقوى قال صم شهر الصبر ويومين بعده قلت إني أقوى قال صم شهر الصبر وثلاثة أيام بعده وصم أشهر الحرم Dari Mujibah al-Bahiliyyah, dari ayahnya atau bapa saudaranya, bahawasanya dia telah mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata : Wahai Nabi Allah, Akulah lelaki yang datang kepada Tuan pada tahun yang lalu. Kata Rasulullah : Apakah yang menyebabkan perubahan pada tubuhmu? Ia menjawab : Saya tidak pernah makan makanan sejak saya berpisah dengan Tuan dahulu, melainkan di waktu malam. Rasulullah lalu berkata : Siapa yang menyuruh kamu menyeksa dirimu? Katanya : Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku masih lagi kuat. Kata Rasulullah : Berpuasalah kamu pada bulan Sabar (bulan Ramadhan) dan sehari dalam bulan lainnya. Katanya: aku masih lagi kuat mampu. Kata Rasulullah: Berpuasalah pada bulan Sabar (Ramadhan) dan dua hari pada bulan lain. Katanya, Aku masih lagi kuat, mampu. Kata Rasulullah: Berpuasalah pada bulan Sabar (Ramadhan) dan tiga hari pada bulan lain, dan berpuasalah pada bulan-bulan Haram.(riwayat ibn Majah) Kata Sheikh Abd Rahman Hassan Habannakah al-Maidani – Apa yang dapat diambil faedah dalam hadith ini ialah, digalakkan berpuasa dalam bulan Haram secara umumnya (iaitu Bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) Galakkan berpuasa pada bulan tersebut adalah bagi orang yang apabila berpuasa, puasa itu tidak membebankan atau memudaratkan dirinya. (as-Siyam wa Ramadhan fi as-Sunnah wa al-Quran, m/s 281, dar al-qalam) Marilah sama sama kita memperbanyakkan amalan sementara kita masih hidup di dunia ini."Fastabikulkhoiroak"(berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan) Janganlah biarkan masa kita berlalu dengan sia-sia,moga2 mndapat kberkatan,keredhaan dan keampunan darinye..amennn.. :))
Hari demi hari telah berlalu, waktu berlalu begitu pantas. Ada di antara kita yang belum puas lagi beraya termasuklah aku. Namun, bulan Syawal telah meninggalkan kita. Menjelma pula bulan Zulkaedah.
Tuesday, 20 October 2009
BuLaN ZuL KaEdAh.. :))
Posted by ~Alan~ at 19:20
Labels: Agama, Bulan Islam