BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Friday 7 January 2011

Bisikan Rindu Buatmu Sayang~



Selepas pulang dari kerja, kerjanya sebagai seorang Pegawai Syarie yang sibuk dengan pelbagai masalah masyarakat, tetapi sebagai seorang isteri, tidak pernah dilupakan tanggungjawabnya terhadap suami tercinta. Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang. Makan bersama suamilah menambahkan kemesraan antara kami.


Nurul terdengar ketukan lembut pada pintu rumahnya, 3 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suami tercinta dengan salaman dan senyuman yang paling manis. Setiap saat Nurul teramat merindui suami tersayangnya.


“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe''... Alunan lunak manja sapaan seorang isteri buat suaminya lepas balik kerja. Nurul begitu manja dengan suaminya..


Azlan tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul .. Azlan mengetahui akan isterinya yang begitu manja padanya.. “Mestilah abang rindu isteri abang... Selalu merindui sayang taw!!~ rasa nak balik cepat je kalau ada kerja tu..” Terus Nurul memeluk suaminya dengan senyuman yang sangat ceria. Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.


Begitulah rutin harian mereka semenjak setahun setengah mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.


“Lan… aku tengok kau ni dah dekat setahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni..?”…Azlan cuma mengerutkan keningnya.


”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”, Azlan menjawab panjang.


“Tapi Lan, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mampu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar... Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya. Azlan hanya mampu diam dengan kata-kata teman sekerjanya.


Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Azlan dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Azlan. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul. Nurul begitu sayang pada keluarga Azlan.



Sampai sahaja di rumah Azlan, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu.


''Hai Nurul.. tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isinya tu Nurul..?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih. Hanya mampu tersenyum walaupun kepedihan di rasainya menusuk jiwa..


“Tak ada rezki lagi mak... insyaAllah kami tengah usahakan juga ni..”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.


Di ruang tamu, ibu dan ayah Azlan merenung Azlan dengan penuh harapan. ”Lan, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Azlan memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.


Azlan mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi... kami tetap usahakannya lagi mak...”, jawab Azlan.


“Mak tahu Lan… Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan dengan berhasrat supaya Azlan dapat menikah satu lagi bagi melahirkan zuriat keturunannya dan untuk mencapai hasrat kedua ibu bapanya.


“Tengoklah macam mana mak…”, Azlan menjawab dengan acuh tidak acuh je.. Azlan tak sanggup menduakan Nurul.


Semenjak pulang dari kampung, fikiran Azlan bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.


Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Azlan mula menjauhkan diri daripadanya. Sentuhan isterinya tidak lagi dibalas dengan manja, malah senda gurau padanya di anggap umpama tiada apa-apa yang berlaku. Tiada lagi kata-kata romantis yang meniti di bibir Azlan setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Azlan juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Layanan Azlan dingin sekali terhadapnya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu. Belaian suami, sentuhan manja suami. Malah kini semuanya makin kurang dirasainya.


Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Malahan Nurul tetap manja seperti dulu, Nurul tidak jemu menyediakan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Azlan. Hati kecilnya sering berbisik, “Abang... Nurul betul-betul rindukan abang... Nurul teramat merindui belaian seorang suami.. Nurul sayangkan abang sangat2..”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan, air mata kerinduan terhadap suami tercinta.



Di pejabat pula, Azlan kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Azlan mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.

~*~*~*~*~*~*~


Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu Azlan pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Azlan untuk memberitahu tentang keadaannya.


Ketika Azlan pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Azlan menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Azlan sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.



Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Azlan tentang berita gembira tersebut.


Nurul menunggu kepulangan Azlan dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Tak sabar rasanya berita gembira ini hendak di sampaikan pada suami tercintanya. Namun ternyata Azlan tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa, terkadang menitis air matanya sendirian.


Pagi esoknya, Nurul terdengar bunyi kereta Azlan masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.


”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat... Nurul rindukan abang..”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.


”Tidur rumah Norman...”, jawab Azlan ringkas.


“Abang, sayang nak tanya sikit boleh..?”. Azlan mengangguk perlahan.


“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi.. Sayang terasa sangat kelainan abang melayan sayang.. Sayang rindukan abang..”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.


Azlan yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.


“Kau nak tahu kenapa???!!! nak tahu kenapa aku jadi begini??!! Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?!!”, Azlan menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.


Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azlan. Panggilan yang selalu digunakan ''abang, sayang'' semuanya bertukar tanpa disangka, soalan Nurul dijawab dengan rasa marahnya. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Bagaikan disembur dengan api pada dirinya. Nurul betul-betul merasai dirinya tidak lagi dihargai oleh suaminya.


Azlan bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri. Bagaikan tidak percaya dengan perubahan Azlan yang betul-betul berlainan dari yang dulu.


~*~*~*~*~*~*~


Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Azlan yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya. Mencium jari-jemari Nurul isteri yang dia amat2 sayangi.



“Sayang, maafkan abang… Abang tak tahu sayang mengandung.. tadi doktor baru bagitahu keadaan sayang abang nie.. Maafkan diri abang ya sayangku... ” Azlan dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Azlan benar-benar menyesal.



''Suamiku... Sayang rindukan belaian abang.. Sayang rindukan pelukkan abang pada sayang.. Sayang dah maafkan segalanya abang.. Abang tak ada kesalahan pada sayang''.. Nurul merasai tangannya ada aliran air, Nurul mengetahui suaminya menitis air mata penyesalan dengan sikap terhadapnya. Nurul mencium tangan Azlan dengan penuh kasih sayang seorang isteri buat suaminya tercinta.


Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Azlan tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Azlan mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya, yang sabar dengan sikap dan perubahan terhadapnya. Azlan insaf.


''Jagalah kandungannya dengan sebaik2 jagaan seorang suami tercinta''.. Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Azlan membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.


Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Azlan. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Azlan semata-mata untuk membahagiakan suaminya. Nurul ingin membahagiakan suaminya dengan keinginan suaminya untuk mendapatkan zuriat keturunannya..

~*~*~*~*~*~*~


Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Azlan menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.


''Abang.. pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah dimuka bumiNya ini menjadi seorang isteri buat abang yang amat-amat sayang cintai dunia akhirat sayang. Namun, sejak abang mula menjauhkan diri dari sayang, sayang teramat merindui belaian seorang suami, yang sentiasa bersama sayang disisi. Dan juga sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selalma ini ~Abang.. sayang benar-benar rindukan abang~ Sayang rindukan abang yang teramat sangat. Andai sayang terkorban dalam perjuangan ini, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti abang menjaga sayang selama ini. Abang.. ampunkan segala dosa sayang selama sayang bergelar isteri buat mu seorang suami yang teramat baik buat sayang. Dan halal kan makan minum sayang selama ini. Redhailah pemergian sayang''..


Yang merinduimu.. Nurul.


~*~*~*~*~*~*~

Air mata Azlan bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.


“Encik Azlan, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar menyelamatkan anaknya berbanding dirinya kerana katanya Encik Azlan sangat-sangat inginkan anak ini. Suapay Encik Azlan dapat bahagia dan Puan ingin membahagiakan suaminya..”


Azlan terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis. Rasa bagai nak jatuh tubuh ini setelah apa yang didengarnya atas pengakuan yang dibuat oleh isterinya. Sayangnya seorang isteri tidak dapat dibalas dengan wang yang membukit, harta yang bertimbun.


''Ya Allah.. selamatkanlah isteriku Ya Allah.. aku tidak mahu kehilangan insan sepertinya Ya Allah.. Aku teramat menyanyanginya lebih dari nyawaku sendiri.. Dia insan yang tidak pernah ku jumpai dan tidak ada gantinya.. Dialah isteri yang solehah buatku sebagai suami, Ya Allah, dia sanggup berkorban demi untuk seorang suami, demi untuk menjaga dan membahagiakan suami.. Ya Allah.. selamatkanlah zuriat yang dilahirkannya Ya Allah.. sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberian buat hambanya.. Amenn''...

Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Azlan. ”Tahniah Encik Azlan, anak encik selamat, anak lelaki. Taniah!!”


“Alhamdulillah...”, Azlan mengucap syukur. ''Isteri saya macam mana doktor??'' Tidak keruan Azlan untuk mengetahui keadaan isteri tersayangnya. Teramat dia risau isterinya..


“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.” Jawab doktor dengan rasa syukurnya dengan keadaan Nurul selamat. Azlan tunduk merasa syukurnya, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya. Isteri yang teramat di rindui.



Nurul yang masih lemah memandang Azlan. Padangan seorang isteri yang merindui suaminya. Azlan terasa bersalah sangat dengan perbuatannya yang kurang prihatin pada isterinya.


“Sayang... andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Sayang seorang yang ada pada abang, tiada gantinya buat dirimu sayangku.. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Dirimu penghias dunia akhiratku.. Terima kasih sayang... Abang cintakan sayang…Terima kasih melahirkan zuriat buat abang..” Azlan mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul mencium tangan isterinya yang lembut.


''Syurga buatmu Sayangku... Abang teramat sayangkan dirimu''... berbisik lembut Azlan di telinga isterinya. Dia begitu menyanyangi isterinya.


“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab dengannya, kemudian terlena kerana berasa terlalu penat. Azlan masih tetap ingin menatap wajah ayu isteri tersayangnya walaupun Nurul lelapkan mata kerana kepenatan. Tidak lama kemudian Azlan terlelap di sebelah Nuruh sambil menggenggam tangan isteri tercintanya. Jelas kelihatan kasih sayang antara suami isteri itu penguat dalam kehidupan.


~*~*~*~*~*~*~


Manusia sering ingin mencari mutiara Tetapi permata yang ada didepan diendahkan sahaja Semoga semua mendapat pengajaran dari cerita ini..


Bila rindu berbisik... selawat menjadi penawar...
Bila hati terusik... zikir menjadi penyedar...


~''Sesungguhnya, aku mencintai kamu kerana Allah''~


Allah titipkan rindu untuk kita saling mengingati..

Allah ciptakan perpisahan agar kita saling menghargai..
Moga aku dikurniakan seorang isteri solehah..
Yang menginginkan Firdausi buatnya..
~Amennn~