BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Sunday 26 December 2010

Kisah: Unta Sebagai Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."



Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."


Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"


Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."


Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."


Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."


Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."


~*~*~*~*~*~*~


Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.


Friday 24 December 2010

~Engkaulah Tempatku Bersandar~


Terkadang aku rapuh,
Menyerah atas asaku,
Terkadang aku takut mencuba,
Kerana tidak siap untuk kalah.


Dalam sudutku dunia begitu keras,
Dalam pandangku dunia begitu luas,
Fatamorgananya tanpa batas,
Memupus semangat,
menenggelamkan tanpa bekas.


Ku terdiam ditengah keramaian,
Ku berjalan di tengah kecepatan,
Ku berlari di tengah mesin-mesin kehidupan,
Tidak cukup saku untuk sebuah perubahan.


Benarkah demikian?
Ataukah sekadar angan-angan,
Menyerah sebelum berperang,
Mematikan asa sebelum berjuang.

Terlalu baik untukku,
Namun tidak untukMu
Terlalu Wah untukku,
Namun tidak untukMu.


FirmanMu referensi motivasiku,
Sabda NabiMu jalan bimbinganku,
Untuk terus maju dan melangkah,
Menuju ke arah redhaMu.


BagiMu semua kecil,
BagiMu semua mudah,
BagiMu semua boleh,
Hanya kepadaMu aku berusaha dan berdoa.


Meski tertatih,
Ku memantapkan diri,
Meski letih,
Ku tegakkan jiwa dan raga ini.


Kerana ku yakin,
Engkau Maha Melihat,
Engkau Maha Mendengar,
Engkau Maha Mengabulkan,
Tidak sekadar yang aku inginkan.


Alhamdulillah syukur ku ucapkan,
Bismillah daya upaya ku gerakkan,
Ya Aliimu Yaa Khobir Yaa Fattahu Ya Qodir,
Anta a'lamu bi sirri wal a'alamiin.


Tuesday 21 December 2010

Antara Sebab Batalnya Wudhu



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.” Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah hadas itu?” Abu Hurairah menjawab: “Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus.”(al-Bukhari)


Huraian:

Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwudhu’. Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu’ iaitu:


  • Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu’.
  • Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  • Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal

~*~*~*~*~*~

Selain itu terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat :

  • Meninggalkan salah satu rukun solat
  • Berhadas kecil atau besar
  • Makan atau minum
  • Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
  • Berkata-kata
  • Berpaling dada daripada arah kiblat
  • Ketawa dengan mengeluarkan suara
  • Terbuka aurat dengan sengaja
  • Berubah niat
  • Murtad



Sunday 19 December 2010

Warkah Buatmu Adam..


~WaRkAh hAwA BuAtMu aDaM~


Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu
yang kau pinta semasa dan tika mana dirimu
kesunyian di syurga dahulu.


Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Tanpa ku ketahui pada asalnya di mana asalku.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan, didikkan, asuhan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
Yang tidak akan lurus tanpa bantuanmu Adam,
kerana aku adalah buruan
Sang Syaitan.


Adam…
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di
akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah
dalam urusanNya.


Jika bilangan kaummu
mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam
sama Adam bermusuhan hanya kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya.



Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku.


Tapi …
aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti
tunduk ketika menjadi isterimu.
Mentaatimu sebagai seorang suami,
Kernaku tahu syugaku hanya padamu..
Namun …terasa berat pula untukku
menyatakan isi perkara.


Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada
ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita.
Ketua buat Hawa adalah kaummu Adam.
Imam buat Permaisuri hatimu..
Bapa buat zuriat2mu..


Kau diberi amanah untuk
mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi
aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam..
nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan
terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau
juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.


Bantulah...
Bantulah Hawa dalam setiap perjuangan
dalam menghadapi ujianNya. Kerna Hawalah yang dijadikan
dari tulang rusukmu..


Adam..
Pasti engkau akan merasainya akan tulang
yang bengkok dirusuk kirimu itu.
Pasti jika ada yang kurang dariku, silap dariku,
Pasti engkau dapat merasainya dengan nalurimu.


Percayalah..
Kaum Hawa pasti memerlukan Adam
sebagai pelindung, pembimbing dari musuh2 laknatullah
Kernaku tahu diriku tidak sehebatmu Adam
Yang telah diciptakanNya buat
Insan yang bergelar
~Hawa~


Saturday 18 December 2010

Punca Bagi Segala Bencana

~Bencana yang berlaku beberapa tahun yang lepas yang meragut
ratusan ribu nyawa yang terkorban~



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:” Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:” Kerana inilah tanganku dipotong.” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim)


Huraian:

Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.


Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Seorang hamba (manusia) berkata, ‘Hartaku, hartaku!’ Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:


  • Apa yang dimakannya lalu habis.
  • Apa yang dipakainya lalu lusuh.
  • Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.


Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain”. (Muslim)


Friday 17 December 2010

Penjelasan Mengenai Hukum Solat Jumaat Bagi Lelaki & Perempuan


~Sekadar Gambar Hiasan~


Solat Jumaat selalunya akan dilakukan pada setiap hari jumaat, penghujung segala hari. Solat Jumaat dilakukan pada waktu Zohor. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.
Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah.


Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya. Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.


Sabda Nabi SAW;



الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya; “Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”.



Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit.”


Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh



''Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan
solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam''..




Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.




~*~*~*~*~*~*~


~Solat Jumaat diwajibkan pada lelaki sahaja. Sekadar gambar hiasan~


Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?


Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:


Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.


Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut mencukupi.



Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan. Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW.


~*~*~*~*~*~


~Hukum Muslimat Solat Jumaat~

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?


Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;


1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.


2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.


3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.


4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.


Pun begitu, ulama-ulama menyatakan dan berittifaq bahawa haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah.


Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.


Pada dasarnya shalat jumat tidak wajib bagi wanita. Namun demikian, kalau kaum wanita melakukannya hal itu boleh dan dianggap benar tanpa harus melakukan solat zhuhur. Namun, mana yang lebih utama bagi mereka, pergi ke masjid untuk melakukan shalat jumat atau tetap di rumah untuk melakukan solat zhuhur?


Sebagian besar ulama berpendapat bahwa lebih baik bagi kaum wanita untuk tetap tinggal di rumah dengan melaksanakan solat zuhur. Sebab, Nabi saw. Pernah bersabda, "Rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka."


Selanjutnya menurut madzhab Syafii, kalau wanita tersebut memiliki daya tarik, kedatangannya ke masjid adalah makruh, sementara jika tidak memiliki daya tarik tidak makruh. Adapun wanita tua bagi mereka dianjurkan untuk datang ke masjid.


Dalam hal ini, menurut Prof. Abdul Karim Zaidan para wanita baru diperbolehkan dan dianjurkan untuk shalat jumat dengan syarat telah mendapatkan izin suami atau walinya, tidak menimbulkan fitnah, tidak memergunakan parfum, dan tidak berhias. Kalau mereka bisa memenuhi kelima syarat tersebut, mereka dianjurkan untuk ke masjid karena shalat jumat dikerjakan satu kali dalam seminggu di mana di dalamnya ada khutbah yang sangat berguna bagi mereka selain juga menjadi sarana untuk berkenalan dengan para wanita muslimah lainnya.


Lalu, ketika melakukan Solat Jumaat barisan kaum wanita berada di belakang laki-laki, tidak mengangkat kepala sebelum kaum lelaki mengangkat kepala, dan harus segera pulang sebelum kaum lelaki.


~Mana yang kurang bolehlah ditambahkan, jika ada yang salah silapnya, moh0n diampunkan.. insyaAllah perkongsian buat semua.. Yang kurang itu datang dari diri sendiri..

Wednesday 15 December 2010

Bila Disunnahkan Berpuasa `Asyura??


~BismillahirRahmanirRahim~

Photobucket


~10 Muharram~


10 Muharram Hari `Asyura sinonim dengan Bulan Muharram. Pasti ada yang kita tidak mengetahui apa sebenar hebatnya hari tersebut. Banyak kelebihanya jika seorang muslim itu berpuasa sunnah pada hari `Asyura dan berbuat amal kebaikkan. Sama-sama kita mengingati antara satu sama lain dengan berpuasa sunnah pada hari tersebut. Bersempena dengan kedatangan Hari Tasu`a (9 Muharram) dan Hari `Asyura (10 Muharram). Ada yang mengatakan jika tidak berkemampuan, berpuasalah pada 9 Muharram, atau jika tidak pada 10 Muharram, atau jika tidak, berpuasalah pada 11 Muharram. Berdasarkan hadith dibawah mengenai Hari `Asyura, sama-sama kita hayatinya..


~*~*~*~*~*~*~


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).



~*~*~*~*~*~*~



عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(Riwayat Muslim)


~*~*~*~*~*~*~


وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).



~*~*~*~*~*~*~


~Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura??~

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi S.A.W berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).


Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas R.A yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).


Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas; apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.


Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis; bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”.


~*~*~*~*~*~*~


~Sunnah berpuasa pada hari 9 & 10 Muharram??~

Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.


Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.


Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.



Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(Riwayat Muslim)


Monday 13 December 2010

Kerana Dia Sehelai Bulu Mata..


Diceritakan pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.


Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sesungguh ia tidak benar. Saya tidak pernah malakukan perkara itu..."


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," kata Malaikat.


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab Malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara,
"Saya yang memandang."

Disusuli pula dengan telinga,
"Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan untuk berbicara,
"Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambernya,
"Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani,
"Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan,
"Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul,
"Saya yang berjalan dan berlari semasa itu."


"Nah! Kalau dibiarkan, kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar Malaikat.


Orang tersebut tidak dapat membuat sanggahan lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam Neraka Jahannam. Dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Namun segalanya sudah terlambat.


Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut datang daripada sehelai bulu mata, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."


Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."


"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka? Maka, saya, sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan," kata bulu mata dengan panjang lebar.


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan daripada Neraka dan segera dihantar ke Syurga hinggakan penghuni Syurga berkata, "Lihatlah... Hamba Allah ini masuk Syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata


~*~*~*~*~*~*~


Pengajarannya:

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, namun jika ada kesedaran dan keinsafan, maka bertaubatlah dengan sepenuh hati. Nescaya Allah akan memberi keampunan kepada orang yang bertaubat. Ingatlah setiap apa yang kita lakukab psti ada yang memerhatikan walaupun ianya secara sembunyi. DIA ada di mana-mana..


Burung Apa Nie...Cantiknya!!~



~Burung apa sebenarnya ini?~

Subhanallaah... Memang cantik sungguh burung ini. Cantik sungguh ciptaanNYA. Burung apakah sebenarnya ini? Macam tak pernah jumpa je dekat sini? Burung ini makanannya apa, macam mana kehidupnya? Memang banyak persoalan yang disuarakan bila kita tak mengetahui hakikat sebenarnya kehidupan burung ini. Yang pastinya ianya memang indah, cantik sangat.. Subhanallah..


Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.





Memang jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.


Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur. Subhanallah....




Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.



~Dari mana asalnya burung ini?~

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.



~Kelebihanya??!!~

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan.


Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.




Burung cenderawasih adalah burung kayangan.
Nama englishnya phoenix atau pun firebird.
Ia juga digelar Bird of Paradise.


Kalau di Egpyt burung namanya Bennu/Benu.
China atau kaum cina pula menamakannya Feng Huang
Di Jepun namanya Hou-ou/Ho-Oo
Native American menggelarkannya Yel



Teguran Itu Sebahagian Resepi Kebahagian


''Menyibuk je dia ni, suka je nak tegur orang!! xda kerja lain ke!! sedangkan hal sendiri tak terjaga pun!! pandai2lah aku nak buat hal aku sendiri, jangan dok sibuk hal orang boleh tak??''.. Beginilah gayanya gelora dunia kita sekarang, cuma dengan sedikit teguran dah dikatanya menyibuk. Betul ke ada sesetengah yang berpandangan bahawa ianya umpama masuk campur hal orang ataupun ''busy bodyy!!''.. o0o0oppSss!!~ itu adalah sesetengah pandangan sahaja, Tapi bagi saya ianya memberi keyakinan buat kita memperbetulkan apa yang silapnya kerna ianya akan membawa kepada kebaikannya juga.


Rasulullah SAW bahkan sering mengingatkan kita, misalnya: Dari Abu Sa’id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut (Sebahagian hadis daripada Abu Said r.a).


Perhatikanlah bagaimana para sahabat radhiallahu anhum dalam Perang Uhud mendapat teguran langsung dari Allah swt, saat mereka terluka dan mengalami situasi tertekan dan sulit.Ketika itu turun firman:-

Allah swt, Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kalian pada hari bertemu dua pasukan itu, mereka digelincirkan oleh setan karena sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa lampau). Dan sesungguhnya Allah telah mengampuni mereka...
(QS.Ali Imran 155).


Maksud teguran langsung tersebut adalah membangkitkan suasana muhasabah, mengangkat kejujuran dan keterbukaan yang bisa menjadikan seseorang mampu mengambil pelajaran dari kekeliruan dan kesalahannya. Musharahah atau keterusterangan untuk mengakui kesalahan adalah langkah paling awal untuk memulai perbaikan.

~*~*~*~*~


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang

sedia menerima teguran orang lain."


~*~*~*~*~


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.


Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja. Adakah boleh dikata kurang sopan atau kata lainnya biadap jika seorang isteri menegur suaminya, sebagai contoh isteri bertanya; ''kenapa abang balik lewat ni, sayang tunggu abang makan malam ni, tapi pukul 3am baru pulang. Abang ke mana lepas kerja?''.. Sesetengahnya ada yang kata menyibuk je!! jaga tepi kain orang, padahal si isteri mengambil berat akan suaminya, dah dikata begitu pada si isteri.


~*~*~*~*~*~*~


Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.


Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.


Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


~*~*~*~*~*~*~


Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.


Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


~*~*~*~*~*~*~


Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".


Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?


~*~*~*~*~*~*~


Teguran juga hakikatnya membangunkan ‘titik kesedaran’ yang mungkin ‘terlena’ dalam diri. Kadang-kala, seseorang yang melakukan kesalahan akan kekal dalam kesalahan, sehinggalah dirinya ditegur. Misalnya, seorang bapa mungkin kekal ‘minum berdiri’ sehinggalah dirinya ditegur oleh si anak, bahawa itu bukanlah adab minum yang baik.


Tapi, diakui bahawa teguran yang datang daripada isteri bagi seorang suami adalah suatu ‘cabaran’ paling besar. Jangan dibiarkan kerna ianya mungkin bermakna buat si suami dan keluarga, kadang2 apa yang kita perhatikan suami suka ambil lewa dengan tegurang isteri. Bukan senang merubah sesuatu kebiasaan, yang sudah bersebati…namun itulah yang kena diperbetulkan.



Kesimpulannya, tegur-menegurlah kita dalam kehidupan ini. Tidak salah untuk saling menegur, yang salah mungkin cara kita menegur. Cara inilah yang mencetuskan polemik. Polemik yang jarang menatijahkan kebaikan melainkan perdebatan dan pergaduhan. Apapu jangan mudah melenting jika di tegur, jadikan ianya sebagai satu petunjuk buat kita, bukan perbalahan atau sebagainya..


Ya, seperti apa yang selalu kita saksikan…wallahua’lam!



Ingatlah... Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukanini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri. Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya. Sama2 kita beringat kepada kebaikan..


~T E G U R A N I T U U M P A M A N A S I H A T~