BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Monday 8 November 2010

Ujian DariNya Tidak Pernah Berhenti


Ujian setiap manusia berlainan dariNya. Semua manusia akan menghadapi pelbagai ujian dan dugaan. Ujian yang pelbagai bentuknya, pelbagai cara menghadapinya. Semua itu pasti akan dilalui oleh semua orang, termasuk juga diri saya. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan kecerian. kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis. Itu memang akan dilalui oleh semua orang, termasuk saya sendiri. Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang. Dalam keadaan berserabutnya lai dengan apa yang berlaku.

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar denganpahala tanpa hisab.”..


Ujian adalah guru buat kita, yang tidak pernah berkata-kata. yang tidak bersuruh. Yang membentuk kita supaya lebih matang. Ujian lebih mematangkan hidup kita, memberi kita pengalaman akan kehidupan seterusnya. Suka saya untuk mengatakan bahawa dengan ujian terbitnya satu pengalaman buat kita. Ianya menjagar dan mendidik kita untuk terus maju, walaupun pada dasarnya kita masih merasa untuk berputus asa.

''Arrgghhh!! ada je x kenanya buat ini itu, ada je x betulnya. Apa salah aku buat semua nie? Ujian apa lagi yang Kau berikan buatku ini. Xtahan lagi rasanya menahan. Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku Ya Allah.. makin lama makin besar ujianku Ya Allah.. mampukah untuk aku melalui semua ini Ya Allah. Aku lemah menghadapinya disangat hidupku buntu tanpa arah tuju yang sempurna. Aku sedar ada ketikanya aku mengeluh dengan apa yang menimpa diriku. Aku tetap tabahkan hati walaupun keperitan yang ku rasai amat menghiris bak sembilu''..


''Peringatkan diriku apa yang aku lupa akan perlaksanaanku pada-Nya, tegurlah diriku andai kealpaan bersamaku, jagakanlah diriku dari mimpi dunia yang asyiknya hanya sementara. Tegurlah akan diriku andai mengeluh tanpa sebabnya, bagilah semangat pada diriku andai ku lemah meneruskan perjuanganMu. Andai ku rebah, angkatlah diriku dengan tujuan agar dapatku bangkit dengan meneruskan setiap ujian padaku.. Peringatkanlah diriku pada semuanya yang mungkin aku alpa tanpa disedari. Pimpinlah diriku yang lemah & merindui perjuanganMu ''...



Dengan segala ujian yang kita hadapi, masalah yang kita lalui, semuanya ada jalan penyelesaiannya. Dan berusahalah ke jalan tersebut, jangan kita lari dari masalah itu kerana berkemungkinan itu adalah yang terbaik perlaksanaan kita. Ada ketikanya kita perit, kecewa, putus asa, sedih dalam apa yang menimpa. Tapi jika kita anggap itu adalah ujian buat kita untuk terus lebih mematangkan diri kita, dan kita terima setiap sesuatu itu sebagai ujian, dan kita tetapkanlah senyum dalah menghadapinya.


Kesabaran yang utama dalam setiap ujian yang melanda. Mungkin ada yang kata, ''Dah x boleh sabar dah dengan ujian seberat nie!!''.. Tapi Allah berikan ujian pada kita untuk mendapat peluang pahala sabar. Barangsiapa yang sabar tanpa mengeluh, maka Syurga tempatmu. Oleh itu, apa salahnya Allah berikan ujian buat kita dan balasannya atas kesarana kita itu diakhirat nanti. DIA tempat kita mengadu, mengharap dan merintih belas kasihan tatkala diuji olehNya.


~Kadang-kadang ku berfikir, kenapalh aku diuji begini?~

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta''.. Surah Al-Ankabut: 2-3.

~*~*~*~*~


~Kenapa ujian buatku sebrat ini?~

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"..
Surah Al-Baqarah: 286

~*~*~*~*~

~Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?~

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui," Surah Baqarah: 216

~*~*~*~*~


~Bagaimana harus aku menghadapinya?~

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Al-Imran: 200

~*~*~*~*~


~Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!~

"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf: 12

~*~*~*~*~*~*~*~


Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Kau bisa meneguhkan
Pendirianku...
Keimananku...

Engkau satu cinta
Yang selama aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku padaMu

Walau seribu rintangan

Kan mehadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu

Ku pasrahkan


Oh Tuhan..

Selamatkanlah Hamba ini
Dari segala fartamorgana dunia

Oh Tuhan..

Jauhkanlah Hamba ini

Dari hidup yang sia-sia