BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Saturday 6 November 2010

Tenangku Bersama Ayat SuciMu


''Cantiknya Al-Quran tu!!~ kalau buat hantaran tu mesti cantik tu!!.. Warna-warni lagi tu.. Nak beli kecik ke besar erkk? Kalau kecik senang sikit nak baca, tapi x nampak plak nanti. Kalau besar leceh plak, susha nak pegang!!~'' [Kata seorang pembeli disaat hari bergelar'' raja sehari'' tiba]...

~Adakah hanya sebagai hadiah semata? Adakah sebagai hiasan di atas meja/penjuru almari? Atau simpan sahaja, sayang nak pakai, takut rosak pula nanti kalau diguna,
cepatlah lusuhnya nanti?~


Seindah namamu Kitab suci Al-Quran. Seindah bahsanya juga. Bahasa syurga adalah bahasa al-Quran. Dengan hanya mendengar alunannya, hati-hati akan menjadi tenang bersamanya. Yang gelisah, yang gundah-gulana, yang resah, yang tertekan, ianya pasti tenang dengan kehebatan ayat-Nya yang begitu hebat resapannya dalam jiwa kita. Siapa sangka, yang gelisah pasti kan tenang, yang tertekan pasti kan reda.


Dengan menyebut kalimah suciNya, pasti hati kan menjadi tenang. Betapa hebatnya walaupun seayat, ia dapat mengubat hati yang dalam keresahan, hati yang dalam kesusahan. Jika dibawa kemana-mana dengan rasa hormat pada kitab suci, pasti takkan rasa nak marah atau sebagainya. Memiliki kita suci-Nya kita pasti sematkan dalam hati ianya kitab suci yang kekal tiada tandinginya dengan yang lain.


Keagungan & kesuciannya tidak dapat disangkal oleh mana-mana kitab yang lain setelah terlalu banyak bukti telah pun terjawab dan tertulis didalamnya 14 abad yang lalu. Al-Quran adalah kita Allah yang teragung telah diturunkan kepada Nabi Muhammah S.A.W untuk hambanya yang terpilih agar dapat disebarkan kepada umat manusia yang lain yang telah DIA tiupkan roh bersama jasad didunia.


~Apa keistimewaannya??~

1. Memberi pedoman dan petunjuk hidup lengkap beserta hukum-hukum untuk kesejahteraan dan kebahagiaan manusia seluruh bangsa di mana pun berada serta segala zaman / periode waktu.

2. Memiliki ayat-ayat yang mengagumkan sehingga pendengar ayat suci al-qur'an dapat dipengaruhi jiwanya.

3. Memutus rantai taqlid yang menghilangkan kebebasan berfikir serta memperlemah kemampuan berupaya dan berkarya manusia.

4. Memberi gambaran umum ilmu alam untuk merangsang perkembangan berbagai ilmu.

5. Memiliki ayat-ayat yang menghormati akal pikiran sebagai dasar utama untuk memahami hukum dunia manusia.

6. Menyamakan manusia tanpa pembagian strata, kelas, golongan, dan lain sebagainya. Yang menentukan perbedaan manusia di mata Allah SWT adalah taqwa.

7. Melepas kehinaan pada jiwa manusia agar terhindar dari penyembahan terhadap makhluk serta menanamkan tauhid dalam jiwa.