BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Sunday 14 November 2010

~SeTiA SeOrAnG IsTeRi~




Di sebalik redup mata mu..
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku..
Diruangan hatimu


Di balik senyumanmu
Tersirat simpulan
Deritanya..
Hanya kau yang tahu


Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda


Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi


Kaulah..
isteri yang ku sanjungi
Setia mu ku hargai


Kerana..
kaulah bidadari
Permata di sanubari


Ku doakan..
agar kau kan bahagia


Ku doakan..
agar tiada lagi derita


Moga Tuhan..
kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untukmu seorang isteri yang setia.


~*~*~*~*~*~*~


Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, kepada sahabat-sahabatku semua, Foremost; Pertama-tamanya kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih menemukan kita dan Selawat atas Junjungan besar Nabi S.A.W kita, semoga keimanan kita makin bertambah demi hari ke hari.. :)


Entah kenapa tiba-tiba hari ni teringat saya nak dengar lagu ini. Hehehhe.. Suka dengan liriknya, yang memberi banyak makna yang tersirat. Begitulah bagaimana seorang insan yang ku gelarkan seorang isteri yang sangat tabah dalam setiap dugaan, dan sama-sama melaluinya dengan penuh ketabahan. Dialah bidadari, setianya dalam perjuangan ini, sanggup menunggu, menanti dengan penuh kesabaran dalam hati. Sanggup berkorban apa sahaja, tenaga, akal fikiran (kebijaksanaanmu) untuk mencari redha dariNya..



Diruang hatimu tersimpan dan disebalik senyumanmu hanya Allah yang mengetahui apa yang engkau rasainya. Tenang apabila menatap wajah ceriamu. Ku doakan agar kau bahagia bersama perjuanganmu. Bersabarlah dalam setiap ujian yang diberi olehNya. InsyaAllah, Apabila sesuatu yang kita inginkan dalam hidup kita, sesuatu yang betul kita ingin kecapinya. Nikmatnya dan kesyukuran yang tidak terhingganya, teramatnya kita kan merasai apabila kita temuinya nanti. InsyaAllah dengan izinNya..



Walaupun dirinya tiada disini, tiada bersama, akan tetapi dirimu selalu diingati. Setiap bait doaku selalu menyebut namamu mendoakan akan kesejahteraanmu. Kaulah isteri yang ku sanjungi, doalah yang mengiringiku selalu dikala sejadah tempat sujud dahiku dengan harapan padaNya kebahagian dirimu dah juga kebahgian buat kita hingga ke Firdausi, keluarga tidak pernah ku lupa, sahabat handai serta berjaya dalam apa jua yang dirimu ceburi..


~*~*~*~*~*~*~


~Dikaulah wanita dan insan yang ku cari, tabah, sabar, cekal menghadapi ujianNya. Sebagai sahabat yang selalu ingin bersama. Sebagai teman yang ingin susah senangnya. Kekasih yg menenangkan jiwa dan Bidadari yang melengkapkan hidup seorang suami dan sentiasa menyebarkan wangian Kasturi dengan kilauan permata yang berseri dikala ku melihat keayuan matamu~


~Saidatina Khadijah lambang cinta yang tulus, suci mekar mewangi sepanjang zaman, selalu ingin bersamaku sebagai seorang suami persis seperti Saidatina Khadijah yang ku kagumi..insyaAllah..Ameenn..Allahhh..~