BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Tuesday 16 November 2010

~"SeLaMaT PeNdEk uMuR!!"~



~''SeLaMaT PeNdEk uMuR''~ Oppsss!!~ Tersilap!!~ ''SeLaMaT HaRi lAhIr''~ hehehhehe.. ''Dihari lahir mu ini, tanggal (16/11/10) Ku doakan moga dengan bertambahnya usiamu, ianya makin mematangkan lagi dirimu untuk terus maju dalam perjuangan yang tiada penghujungnya. Semoga berjaya dunia akhiratmu. Setiap sujudku selalu mendoakan akan kesejahtraan dirimu. insyaAllah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput taw!!~ hehheheeh''.. Ucapan dari seorang temanku dengan senda gurau..


''Selamat Pendek Umur!!~ ada ke macam tu??!!''.. Tapi sama jugaklah tu kan. Bertambah usia kita, rasa makin dekat pada masanya. Kenapa pulanya macam tu?!! Yalah, bukankah tarikh mati Allah dah tetapkan dari dalam perut ibu lagi. Ertinya, semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Hukama ada berkata; sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka tidak layaklah hidup!!~


~Untuk apa kita mati?~
Mati bukanlah suatu pengakhiran buat kita, malahan ia adalah permulaan yang kekal abadi. Umar berkata; manusia diciptakan untuk hidup selamanya, selepas matilah itu kehidupan yang hakiki buat kita sebagai manusia.


~Habis tu selamanya pendek umur ke kalau wish!?~
Bukan begitu, rahsia panjang umur adalah dengan tujuan! mereka adalah peribadi yang sedar akan tujuan segala sesuatu, tahu tujuan untuk hidup dan tahu tujuan tentang mati. Dan hasilnya dunia ini senitiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. ''When there is will, there is a way''.. Benarnlah; para sahabat Rasulullah S.A.W itu hidup kerana mencintai mati. Tapi generasi akhir ini ''mati'' kerana terlalu mencintai hidup.


Jadinya!!?? Hidup ini untuk mati dan mati ini untuk hidup? Ya, hidup di dunia ini adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah ujian hidup yang fana ini, demi kelangsungan yang Baqa' itu. Umur hanya putaran sang suria, purnama dan buana yang dilakar oleh jaruman jam, minit dan saat sebuah arloji.


~*~*~*~*~*~*~


Khas buatmu temanku
Dihari ulang tahunmu

Pohonan melambai
tanda sokongan
Ku susuli jalanan
Bertemankan senyuman
Dihari lahirmu
Sahabatku..

Dedaun berguguran
Membukti kedewasaan
Walau tanpa madah dan hadiah
Namun cukup untukmu
Sekadar ucapan

Iringan doa ku hulur
Bersyukur kepadaNya
Atas nikmat usiamu

Hiasilah ianya dengan amalan murni
Semoga ianya menjadi temanmu Di Firdausi
~''SeLaMaT HArI LaHiR"~


~Dari teman sejatimu~