BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Wednesday 17 November 2010

~``Salam Eid Adha``~

~Beginilah akhirnya setelah semua teman2ku telah dikorbankan, hanya tinggal photo sebagai kenangan~

Pada semua muslimin & muslimat, semoga semuanya diberikan keberkatan, rahmat dariNya, keampunan dan kebahagian sempena hari yang mulia ini. Bertambahlah keimanan dari ke hari dengan selalu bermuhasabah diri. Sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya, yang mengesahkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah & kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Perayaan yang terbesar oleh orang Islam ini selain Eid Fitri yang disambut pada 10, 11, 12, 13 bulan Zulhijjah pada setiap tahun.


Hari Raya Korban!!~ Hari inilah harinya, bukan main berpusu-pusulah binatang akan dikorbankan mengikut ''turn'' masing-masing. Yang sana dengan untanya, yang sini dengan lembunya, yang situ dengan kambingnya. Ha!! mana lagi x sebut..Ngeh3!!~ Dengan yang ada sedia ketupat, lemangnya lagi. Wah!!~ sodap tu baa.. Teringat kampung halaman dengan deruan takbir berkumandang, yang kecoh dengan gelak ketawa sanak saudara didapur, perangai adik-beradik yang lincah semacam tu!! haiisshhh!!~ rindunya semua.. bestnya bersama orang tersayang kan3!!..


Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Di kejauhan ini sepatah berbelas kataku ucapkan; Eid Adha Mubarak buat semua teman-teman seperjuanganku, semoga dalam keadaan sihat wal'afiat kehendakNya. InsyaAllah dengan kehadiran bulan yang mulia; hari raya korban. Sedikit ucapan sepatah sepuluh kataku (berkurang sikit dari tadi yg berbelas kata..hehehe) berbicara kepada semua sanak-saudaraku, adik-beradik yang tak menang mulut gayanya tu!! buat Mama & Abah yang sentiasa dihati.. Kakak-kakak dan juga abang, tidak dilupa juga buat insan yang dikejauhan nun disana..


~''SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi rAyA EiD AdHa''~