BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Wednesday 17 November 2010

Permaisuri Yangku Sayangi


Kisah dua anak cina, perempuan. Nakal, ceria ....... budak2lah katakan.. Hari-hari lepas tolong ibu, mereka akan terus keluar bermain.. Kat mana? Tak dapat dibayangkan. Kat kubor cina~! berlari ke sana sini..

Gembira ria dua beradik ini.Lepas tu mereka terus pergi berenang.
Kat mana? Tak dapat dibayangkan . Kat kolam masjid.!!!!


Aduh...... Berhampiran rumah mereka ada sebuah masjid , lebih kurang 500 meter. Setiap kali selepas jemaah pulang, peluang inilah yang mereka ambil.

"dummm..."
terjun kedua beradik ini ke dalam kolam dengan t shirt dan seluar pendek. Gelak ketawa sambil berenang ke sana ke sini. Seronok sungguh.


Dan tiba-tiba.... "Hoi!!! budak-budak amoy ni. Hampa dok buat apa tu ?!!! Nanti hampa. Nak kena ni!!!!!" Terkejut! Cepat2 kedua beradik tu lari sambil ketawa terkekeh-kekeh mengejek si Tok Siak.


Selang dua hari, datang pula kedua beradik tu untuk berenang.
Bila dirasakan tiada orang lantas terjunlah mereka ke dalam 'kolam renang'. Enjoy betol sambil menyanyi lagu-lagu mandarin.

~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dan seketika itu.....
"MASYAALLAH! budak-budak cina ni nak kena dengan aku.!!!"

Tok Siak berlari ke kolam dengan sebatang ranting kayu.


Apalagi lintang pukanglah kedua beradik ni seperti seladang dengar letupan bom.

"Ni tak boleh jadi ni. Larat ke aku nak basuh kolam ni selalu?"
dengus Tok Siak.


Satu hari Tok Siak terserempak dengan ibu kedua beradik itu.

"Maknya, You punya anak-anak selalu pi mandi dalam kolam masjid.

Nanti satu hari you punya anak mesti masuk islam"
Kata Tok Siak .
Ingat nak marah tapi tak tergamak kerana maknya itu baik orangnya.



Selepas ibu kedua beradik itu balik....

Dapat bayangkan apa yang berlaku....
Namun kata-kata Tok Siak itu penuh bermakna.

Dipendekkan cerita,
kedua beradik itu membesar, seperti remaja lain, cantik dan lebih bersopan.
Perangai tidak seperti dulu.


SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH
Diberi HIDAYAH kepada kedua beradik itu.

"ASSHHADUALLAILAHAILLALLAH WAASHHADUANNAMUHAMMADARROSULULLAH"


~*~*~*~*~*~*~*~*~


Mereka memeluk islam dengan kalimah ALLAH. Sayu, pilu, suasana syahdu menjentik kalbu.

Si ibu rela melepaskan anak-anak gadisnya ke dunia baru,
kehidupan baru dan AGAMA baru.


Yeoh Ah Kim bertukar menjadi Azizah binti Abdullah

Yeoh Ah Ei bertukar menjadi Latifah binti Abdullah

Kehendak dan Ketentuan ALLAH.


* Teringat kata-kata Tok Siak
" ....nanti you punya anak masuk Islam"
Kata-kata yang menjadi 'Doa'.
ALLAH makbulkan. ALHAMDULILLAH



Selepas itu bertemu kedua mereka dengan pasangan masing-masing .
Si adik bertemu jodoh dengan seorang pemuda muslim yang sangat baik. Dan telah melahirkan 8 orang yang comel-comel. Namun kegembiraan tidak berpanjangan. Suami tercinta pergi menyambut panggilan ILLAHI. Tersepuk si adik , kemana hendak pergi? Kemana hendak mengadu? Saudara sebelah suami, kurang menerima Saudara sebelah sendiri bukan Islam pula.


Dengan penuh Tabah dan Tawakkal, diharungi hidup ini dengan berani. "Apa nak takut ALLAH itu sentiasa disisi." Teringat pesanan si suami. Keadaan sekeliling tidak membantu. Apatah lagi dengan saudara baru.

"Ahhh. Biarkan aku akan meneruskan hidup ini demi anak-anakku."
Pernah keluarga sendiri mengajak tinggal bersama. Tetapi ditolaknya dengan penoh berhemah.

Bukan apa takut terikut-ikut dan rosak aqidah.Sedangkan diri belum kuat .


Rintangan dan halangan ditempuhi hingga kadang-kadang hampir menggugat iman diri. Namun pada si adik hanyalah pada yang SATU. Pegangan itu menjadi kuat bersemadi di sanubari.
Dalam setiap solat si adik akan sentiasa memanjatkan doa."Semoga ALLAH memudahkan diri ini dalam segala hal."


Hingga kini baru dia mampu tersenyum. Anak-anak menjadi apa yang diimpikan.
"Senyumlah wahai ibuku. Engkaulah Permaisuri kesayanganku."............. Ibulah segalanya buatku............ :)



~Saya Sayang Mama!! dialah permaisuri hatiku!!..