BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Tuesday 2 November 2010

Perlukah Sekufu Dalam Pernikahan??


Kebahagian rumahtangga, semua orang mengimpikannya. cuba ditanya pada orang yang miskin kaya, tua muda, besar kecil. Semuanya inginkan kebahgian dalam perhubungan. Saya sendiri hendakkan kebahagian dalam mahligai impian yang akan dibina dengan penuh kasih sayangnya berasaskan Iman & Islam. Siapa yang nakkan kesengsaraan??!!.. Tidak dinafikan semuanya berkeinginan kebahagian tersebut. Tidak lupa juga sekufu itulah penting dalam mewujudkan kebahagian dalam perhubungan yang kita impikan.. Kebahagian itu terletak pada-Nya, yang penting kita berusaha untuk berkehendakkannya dalam perhubungan yang abadi.

Ramai yang berkata tentang jodoh, jodoh, jodoh. Adakah ianya perlu yang sekufu, penting ke sekufu dalam perkahwinan yang terjalin?? Jawapannya ada pada diri sendiri, tapi memang ianya benar, sekufu itu perlu ada dalam sebuah perhubungan. Sedangkan diriku sendiri merasanya ianya penting dalam menjalinkan hubungan seharian dengan pasangan sendiri. Jelas dalam hadith S.A.W;

“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.



~Apa itu sekufu??~

1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.

2. Sekufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika
tidak dengan keredhaan masing-masing, maka
bolehlah memfasakhkan
pernikahannya itu dengan alasan tidak sekufu.



Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ’sama’. Ada sebahagian yang mengistilahkan sama ini adalah sama dari segi seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul dan tidak dinafikan kena sama pada Agama yang penting. Malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita boleh letakkan sebagai mutlak, sebab memang itulah yang utamanya dalam sebuah pernikahan. Dalam hal ini juga, para Fuqaha berpandangan bahawa ''Tidak haruslah seorang wali itu mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecuali jika si anak tersebut bersetuju''..


Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?

Kita lihat sekarang, ramai yang menitikberatkan tentang pangkat, keturunan yang tinggi, gaji, pekerjaan yang mewah, harta yang menggunung. Malah Agamanya yang terakhir dilihatnya dalam pernikahan. Jadi, dimana letaknya sekufu jika tidak dilihat pada adDinn nya yang utama. Hakikat dala sebuah perkahwinan itu bukanlah dilihat pada semua perkara tersebut, malahan dilihat dari segi Agama, Iffah, Keturunan, Ketaqwaan padaNya, Akhlak dan lain-lain.


Sekufu berpunca daripada lima sebab :

* Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
* Merdeka bukan hamba .
* Keturunan.
* Pekerjaan.

* 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )


Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3;

''Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah perempuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman''..


Menurut ulama fiqh, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.


Ini jelas sekali sekufu itu penting dan ianya perlu ada pada setiap pasangan, malahan dalam hubungan suami isteri. Ianya perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan setiap pasangan pada-Nya dan juga merasakan setiap pasangan itu ada tangungjawab kepada pasanganya masing, maka tidak timbulah masalah nafkah, didikan anak, penderaan dan sebagainya. Kena saling memahami antara satu sama lain dalam perhubungan. Tidak ada yang berat sebelah atau sebagainya. Setiap suami atau isteri itu masing-masing mempunyai tanggungjawab ke atas masing-masing. Iman yang perlu ada dalam diri. Pasti kebahgian itu yang dimiliki.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.