BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Wednesday 27 October 2010

Awatnya Awal Sangat Nikahnya??!!




~MASIH MUDA?~

“Awat la Nasir ni? Umoq baru 18, belajaq pon tak habeh lagi, baru habeh sekolah, dah kalot pikiaq pasai nak kawen, calon isteri la, calon bini la. Hai… gatai btoi budak ni, tak sedaq diri btoi la dia ni… dah hidup lamo ke Nasir oii!!~~”...


Sebenarnya, ini bukanlah persoalan gatal atau tidak, sedar diri atau tidak, muda atau tidak, kalut atau tidak!!~ Tapi, inilah hakikat persepsi kebanyakan kita pada masa kini terhadap perkahwinan. Kena tunggu sampai umur tertentu barulah boleh kahwin. Kalau tidak, tidak bahagialah hidupnya, tidak berjayalah dia dalam pelajarannya dan pelbagai tohmahan serta kata-kata nista lain yang dilontarkannya.

Ajaran siapa?
Idea siapa?
Siapa dalangnya?


~Biarkan tanpa salutan~

Jikalah kita tidak mahu untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal, janganlah pula mentakannya sesuatu yang tidak baik tentangnya. Begitu juga diri saya sendiri yang akan melangsungkan pernikahan, cuma tidak tahu bila masanya, tapi jika ada rezeki awal, takkan saya hendak menolaknya. Orang kata jangan tolak rezeki depan mata, bala jangan dicari. Pernikahan pada usia awal adalah sesuatau yang tidak melanggar syara'nya.. Malah disunnat. Sekiranya perkahwinan yang dilangsungkan itu menepati dan mencukupi syarat yang telah islam tetapkan serta mereka itu berkemampuan.


sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w mengenai lima perkara yg mesti disegerakan:
  • 1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
  • 2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
  • 3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
  • 4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
  • 5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

Maka, biarkanlah perkara itu tanpa sebarang salutan kejian atau perlian dari kita, sebagaimana saya memberi perumpamaan yang manis; begitu juga coklat yang menyaluti tubuh biskut wafer Appollo. Tapi, ketahuilah bahawasanya salutan coklat itu adalah lebih baik kerna ianya menambahkan lagi kesedapan dan kelazatan biskut tersebut.


Kelebihannya??

Dari sudut yang tertentu, perkahwinan ketika usia muda ini banya kebaikannya, Pertamanya, tidak lain dan tidak bukan ialah mengelakkan perzinaan. Tidak kira sama ada zina mata, zina hati, zina mulut, zina tangan atau lain-lain. Kita pun tahu bahawa fitrah manusia itu terutamanya lelaki ialah sukakan wanita. Lihat juga isu sekarang yang kemana2 akan berkepit je dengan lelaki yang tidak ada sahnya hubungan tersebut.


“Beautified for mankind is love of the joys (that come) from women and offspring, and stored up heaps of gold and silver, and horses branded (with their mark), and cattle and land. That is comfort of the life of the world. Allah! With Him is a more excellent abode.” [Al-Quran, 3:14]



“Telah dihiaskan bagi manusia (lelaki) kesukaan (cinta) kepada kaum wanita.”
Allah telah menghias kaum lelaki dengan kesukaannya kepada kaum wanita. Alhamdulillah, saya adalah antara lelaki yang normal dan dikurniakan Allah dengan hiasan itu.


Barangkali ada yang tertanya-tanya mengapa Allah menyebut tentang kaum lelaki sahaja. Bukankah wanita juga sukakan kaum lelaki? Bahkan ada yang mengatakan bahawa sesetengah wanita itu lebih kuat nafsunya berbanding lelaki. Ada hikmahnya Allah berfirman begitu. Mungkin disebabkan rasa malu dan segan yang ada pada wanita. Memang, kalau kita perhatikan wanita memang jenis pemalu. Rasa malu itulah yang mengawal diri mereka. Pada pandangan saya, rasa malu bagi seorang wanita sangatlah tinggi nilainya, ia bagaikan mahkota kemuliaan bagi mereka. Ia sesuatu yang berharga dan perlu dijaga dengan baik. Ada sebuah pepatah arab yang berbunyi;


“Sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu”


Banyak lagi sebenarnya antara kelebihannya, antaranya ialah mematangkan diri kita, membuatkan kita lebih memahami kaum wanita dan mengelakkan masalah yang mungkin timbul disebabkan oleh faktor usia dan kesihatan. Dari kaca mata kesihatan, usia yang agak tua boleh menimbulkan pelbagai masalah dan mungkin mengancam keharmonian rumah tangga atau rumah yang tidak bertangga. Bagi kaum perempuan, ia boleh menyebabkan tahap kesuburan berkurang sekaligus mengganggu proses untuk menghasilkan zuriat dan keturunan yang soleh solehah. Bagi kaum lelaki pula, usia yang agak tua boleh menyebabkan lemah badan. Mana tidaknya, pada waktu itu sudah sibuk bekerja, badan pun sudah ‘naik’, hendak melakukan kerja ‘berat’ pun susah dan akhirnya nafkah batin pun tidak tertunai sehingga menimbulkan masalah pada kedua-dua pihak, suami dan isteri.


Terakhir, yang paling penting dan paling menggembirakan kita sebagai umat Islam ialah kita dapat mengikuti sunnah Nabi S.A.W kita. Baginda berkahwin dengan Saidatina ‘Aisyah ketika Saidatina ‘Aisyah berumur sembilan tahun. Apa-apa pun, semua itu bergantung kepada keadaan dan kemampuan diri kita. Kita bebas memilihnya, tiada paksaan atau halangan. Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita.


“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik.”





~Sambungan posting ini dengan ''madah buat isteriku~