BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

..::*Sweet`s Follower*::..

Monday 25 October 2010

~Hakikat Sebutir Permata~


Benarlah wanita itu ibarat permata!!~... Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.

Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.

Jadi, andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.

"Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata disekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan. Mengapa tak perlu gusar? Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepadaNya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdirNya. Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki"..


Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan. Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.

Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).


Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.

"Ya.. Mungkin pada pandangan orang lain dirimu tidak sehebat mana kerna keindahanmu tersimpan rapi di dalam dirimu, namun ianya terserlah pada pandangan seorang insan yang benar-benar memahami, menyanyangi akan keperibadianmu sebagai seorang muslimah sejati"...


Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).



Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan. Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya. Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.


Khas buat para muslimin, carilah ''permaisuri hati'' yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke ''taman impian di sana nanti'', iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah. Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa. Tak dinafikan, Setiap insan memang berkehendakkan akan kecantikkan seseorang disisinya sebagai penyeri hidupnya..

''Secara benarnya, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa yang cantik berseri, tetapu adakalanya apa yang kita suka itu tidak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tidak suka itu atau yang kita benci itu amat baik untuk kita. Itulah semuanya ketentuan Tuhan buat hambaNya''...

Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti. Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya. Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara, kecantikkan seorang isteri yang paling indah dengan kebaikan yang diperlakukan buat mu wahai suami. indahnya dengan cahaya yang terpancar diwajahnya tetapi di sanalah kediaman yang abadi. Itulah janji Tuhan. Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.


~''Ingatlah wahai insan yang bergelar suami; hargailah isterimu sebelum terlewat, jika isterimu menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak lagi dapat menahannya. Jika kau memegang tanyanya disaat air matanya mengalir, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah kecuali didepan orang yang dia sangat sanyangi, dia akan menjadi lemah!!~


~''Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah hanya jika dia terlalu menyanyangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika jika isterimu pernag menangis kernamu, tolonglah pegang tangannya dengan penuh pergetian dan penuh lahirnya kasih sayang dari alirang darahmu. Kerna, dialah orang yang akan bersama denganmu selamanya dikala susah senangmu, dikala kau muram terlalu dalam, dikala kepritan yang kau lalui!!~~

~''Wahai suami2, jika isterimu menangis kernamu, tolong jangan mensia2kannya. Mungkin kerna keputusanmu, kau rosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, kernamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya yang terdapat sinaran mutiara yang penuh dengan kasih sayang hanya kernamu. Dapatkah kau lihat dan kau rasai akan keSAKITan yang dirasainya selama dia bersamamu, semuanya kernamu.. dia buat untuk kesenangan dan kebahgiaanmu!! tidak pernah diminta balasan pun semuanya.. ikhlas yang dilakukan dari nya buat mu wahai suami~~


~Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^~

"Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikkannya, keturunannya, kekayaannya dan Agamanya. Maka, pilihlah dari segi AGAMAnya, nescaya beruntunglah kedua tanganmua (suami)"....