"SeLeMaH-LeMaH MaNuSiA IaLaH OrAnG YaNg TaK BOLeH MeNcArI SaHaBaT DaN OrAnG YaNg LeBiH LeMaH IaLaH OrAnG yG MeNsiA-SiakN SaHaBaT YaNg
TeLaH dIcAri..."(Saidina Ali)
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
“Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!” saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.
Cuaca yang sejuk di Irbid memberikan rasa selesa untuk kami duduk rapat-rapat mengadap api pemanas.
“Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada keupayaan Jordan menyerlahkan isi hati kita di sini, dan sekembalinya ke Malaysia nanti.
Seperti kisah seorang Arab Badwi di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” bersama mereka, kami membuka sila untuk berbicara.
TELADAN SIRAH
Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.
“Apa ini?” tanya lelaki itu.
“Aku membahagikannya untukmu,” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini – sambil menunjukkan lehernya – lalu aku mati dan masuk Syurga!” jawab lelaki itu.
“Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!” balas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.
Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.
“Apakah ini dia orangnya?” tanya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Benar,” jawab para sahabat yang lain.
“Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.
Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya”
Kisah yang dirakamkan dalam riwayat oleh an-Nasa’ie dengan isnad yang sahih.
ISI HATI
Sahabat…
Selama bermastautin di bumi Anbiya’ ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di bumi ini.
Jika di celah doamu di bawah awan bumi Syam ini ada sekelumit calar terhadap keikhlasan berjuang dan menjadi pewaris Anbiya’, calar itu nanti akan menjadikan engkau pencalar umat sekembalinya kalian ke pangkuan masyarakat.
Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.
Bumi Isra’ ini penuh barakah.
Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti…
Assalamualaikum jami'an,diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera seadanya dalam memperkukuhkan lgi dua nikmat yang paling besar buat kte(nikmat imam dan islam),pada post kali ini ana bawakan satu tajuk yang biasa didengar,disini juga ana detailkan lagi tentang fhadilat2 orng yang membaca,mnghafal dan mempelajari mu'jizat Allah yang mulia ini(Al-Quran)Membaca dan mempelajari Al Qur’an adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kaum muslimin. Didalamnya ada petunjuk bagi muslimin dalam menjalani kehidupan di dunia ini, baik masalah ibadah mahupun mu’amalah untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Dan muslimin yang terbaik adalah yang mahu mempelajari dan mengajarkan Al Qur’an sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيركم من تعلم القرآن وعلمه,رواهالبخاري
Dari Utsman bin ‘Affan ra dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sebaik-baik kalian adalah orang yang mau mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya.” HR Bukhari.
Bagi orang yang mahu membacanya atau menghafalkannya tentu ada kebaikan dan keutamaan yang akan dia dapat darinya,sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه,رواه مسلم
Dari Abi Umamah ra dia berkata: aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Al Qur’an karena pada hari kiamat nanti dia (Al Qur’an) akan menjadi syafa’at bagi pelaku-pelakunya.” HR Muslim.
Kata-kata bacalah kerana membaca dengan teks atau tanpa teks yakni dengan menghafal sebagaimana hadith tentang turunnya wahyu pertama dimana disebutkan bahawa malaikat Jibril memerintahkan kepada Nabi s.a.w untuk membaca dengan ucapanاقْرَأْ, padahal Nabi s.a.w belum mempunyai lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Qur’an dan beliau adalah seorang Nabi yang ummi(tidak mengerti membaca dan menulis).
Syafa’at adalah permintaan pertolongan. Dan yang dimaksud dalam hadith di atas adalah bahawa Al Qur’an akan dimintakan pertolongan(betol ke ayat tu) untuk orang yang membaca,menghafal dan mengamalkan isinya kepada Allah.
Para penghafal Al Qur’an adalah orang-orang khusus yang Allah sebut sebagai ahli-Nya.
حدثنا أبو بكر عبد الله بن محمد بن عبد الحميد الواسطي قال نا زياد ابن أيوب قال نا أبو عبيدة الحداد قال نا عبد الرحمن بن بديل عن أبيه عن أنس ابن مالك قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله أهلين قيل: من هم يا رسول الله؟ قال: أهل القرآن هم أهل الله وخاصته
….dari Annas bin Malik ra dia berkata, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah itu keluarga.” Ditanyakan, siapakah mereka itu ya Rasulullah? Beliau menjawab: “ Ahlul Qur’an. Mereka itu keluarga Allah dan orang-orang khusus (istimewa) bagi-Nya.” (HR Ahmad, Ibnu Majjah, Ad-Darimi, Hakim, Nasai)
MasyaAllah banyak kelebihan bgi penghafal al-quran ini,Kebaikan menghafal Al Qur’an tidak hanya diperuntukkan bagi penghafalnya saja,melainkan kebaikan itu juga akan dianugerahkan kepada orang tuanya.
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Amr bin Sarh, telah bercerita kepada kami Ibnu Wahhab, telah menghabariku Yahya bin Ayyub dari Zabban bin Fa’id dari Sahl bin Muadz Al-Juhani dari bapaknya : bahwasannya Rasulullah saw. bersabda : ”barangsiapa yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, maka pada hari kiamat Allah akan memakaikan mahkotakapada orang tuanya yang sinarnya itu lebih terang dari sinar matahari ketika menyinari rumah-rumah kalian di dunia. Lantas apa persangkaan kalian tentang orang yang mengamalkan Al-Qur’an ini?.”(Aunul Ma’bud, Sarah Sunan Abi Daud, jz. 4, bab 345, hlm. 229, no. 1450)
Bagi pembaca atau penghafal Al Qur’an tentulah banyak kebaikan.
Telah menceritakan kepada kami Abu Amir, yaitu Qabishah : telah mengabari kami Sufyan dari ’Atha’ bin As-Sa’ibi dari Abil Ahwashi dari Abdillah, dia berkata: ”Pelajarilah oleh kalian Al-Qur’an ini, sesungguhnya kalian akan diganjar dengan sebab membacanya, untuk setiap huruf (mendapat) sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan AlifLaamMiim itusatuhuruf, tetapi untuk setiap huruf alif, lam, dan mim,untuk setiap huruf (mendapat) sepuluh kebaikan”.
Allah melarang orang dari sifat iri hati,ingin memiliki sesuatu milik orang lain. Tetapi Allah membolehkan iri hati atas para penghafal Quran karena kelebihannya.
….bahwasanya ‘Abdullah bin ‘Umar rah berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “ Tidak (boleh) iri kecuali atas dua perkara. (Yaitu) seseorang yang Allah berikan kepadanya (kemampuan membaca dan menghafal) Al Kitab (Al Qur’an) dan dia mengamalkannya malam dan siang. Dan seseorang yang Allah berikan kepadanya harta dan dia bersedekah dengannya malam dan siang.” (HR Bukhari)
Ada banyak riwayat yang menyebutkan kebaikan dan keutamaan bagi orang yang membaca surat-surat tertentu, diantaranya hadits berikut:
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة رواه مسلم
Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda: “ Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian (seperti) kuburan-kuburan. Sesungguhnya syaithon itu lari dari rumah yang dibacakan padanya surat Al Baqoroh.” HR Muslim.
Bagi penghafal Al Qur’an ada keutamaan tersendiri yang menjadikan mereka didahulukan dalam kebaikan daripada yang lainnya.
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id, telah bercerita pada kami Al-Laits dari Ibnu Syihab dari Abdirrahman binKa’ab bin Malik, bahwasannya Jabir bin Abdillah r.a telah menghabarinya bahwasannya Rasulullah saw. pernah mengumpulkan (menjadikan satu) antara dua laki-laki (yang syahid) di perang Uhud dalam satu kain. Kemudian beliau bersabda ((mana di antara mereka yang paling banyak mengambil (menghafal) Al-Qur’an)), lalu ketika ditunjukkan kepada beliau kepada salah satu (di antara mereka), beliau mendahulukannya dalam liang lahat dan bersabda:“Kelak pada hari kiamat aku akan menjadi saksi buat mereka.” Lalu beliau memerintahkan untuk mengubur mereka dengan darah-darah mereka tanpa dishalati dan dimandikan.(HRBukhar)
…Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Abu Sa’id Al-Asyajji yang keduanya (meriwayatkan) dari Abi Khalid, Abu Bakar berkata bahwa telah bercerita kepada kami Abu Khalid Al-Ahmari dari Al-A’masy dari Ismail bin Raja’ dari Aus bin Dlam’aj dari Abu Mas’ud r.a berkata : Rasulullah saw. bersabda : ((menjadi imam (untuk) suatu kaum adalah orang yang paling banyak bacaan (hafalan) Al-Qur’an, jika mereka itu sama dalam soal hafalan, maka di antara mereka yang paling tahu As-Sunnah, jika mereka sama tahu dalam soal As-Sunnah, maka orang yang paling dulu hijrah, jika mereka sama dalam soal hijrah, maka orang yang paling dulu masuk Islam, dan bener-bener jangan seseorang itu menjadi imam seseorang yang lain pada kekuasaannya……..dst.(HRMuslim)
Bagi penghafal Al Qur’an ada jannah yang disediakan menurut hafalannya. Semakin banyak hafalan, semakin tinggi pula derajat jannah baginya.
حدثنا أبو جعفر أحمد بن يحيى الحلواني قال نا يحيى بن عبد الحميد الحماني قال نا حماد بن شعيب عن عاصم عن زر عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يقال لصاحب القرآن يوم القيامة: إقرأ وارتق في الدرجات ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية كنت تقرأها
…..dari Abdullah bin ‘Amr ra dari Nabi s.a.w beliau bersabda: “ Dikatakan kepada Ahlul Qur’an (penghafal Al Qur’an) dihari kiamat, “Bacalah dan naiklah ke tingkatan-tingkatan (jannah). Dan tartillah sebagaimana engkau telah (membacanya) dengan tartil di dunia. Maka sesungguhnya tempatmu (di jannah) adalah (menurut) akhir ayat yang engkau baca.” HR Abu Dawud, Ahmad, Tirmidzi
Bahkan Rasulullah sas mencela orang yang tidak pernah membaca Al Qur’an.
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الذي ليس في جوفه شيءٌ من القرآنكالبيت الخرب,رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح
Dari Ibnu Abbas ra dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang di tenggorokannya tidak ada sedikitpun dari Al Qur’an itu seperti rumah yang roboh.” HR Tirmidzi
Orang yang tidak pernah membaca Al Qur’an itu hidupnya tidak bermanfaat/sia-sia seperti rumah yang roboh,tak berguna.
jika hndak disimpulkan dan dibahaskan secara detail lgi,amat bnyak dan Masih banyak lagi nash-nash yang mengambarkan kepada kita keutamaan dan keuntungan membaca dan menghafal Al Qur’an.
''JaMbATaN MeNjAdI PeNgHuBuNG aNtArA DuA BuAh kAmPuNg, pErNiKaHaN MeNjAdI PeNgHuBuNg aNtArA DuA HaTi yAnG BeRbEzA DaN AnAk-aNaK MeNjAdi PeNgHuBuNg aNtArA KeDuA IbU dAn aYaH''..
Migrasi ke www.jubah.net
-
*salam buat semua pelanggan, *
*Alhamdulillah untuk bahagian stokin telah kami pindahkan sepenuhnya ke
website baru kami*
* www.jubah.net*
*untuk memuda...
Saharayusuf Printed Chiffon Shawl!
-
Assalamualaikum. Suka pakai shawl tetapi tak tahu mana nak cari *shawl yang
labuh*? Saharayusuf kini mengeluarkan printed chiffon shawl yang
bermotifkan f...
Shayla Arab - Bidang Besar
-
Shayla adalah nama panggilan kepada selendang yang dipakai bersama abaya
Bergantung pada teknik lilitan & panjang shayla tersebut,
anda akan dapat memakai...
اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم
-
Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga.
Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di
jalan yang benar. Kerna itu ...
Perkongsian : Hujan
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat 2 bulan lepas, kami suami isteri menaiki motor dengan anakanda
Amir Solihin. Hajat nak ziarah anak sepupu di Hospital Se...
Doaku buat suamiku yang tercinta...
-
Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Karuniakanlah aku denga...
11 years ago
..::*Warkah Terakhirku*::..
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut Para Ulama, Syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu;-
1- Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3- Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
4- Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5- Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6- Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7- Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8- Melalui sifat ujub atau bangga pada diri sendiri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10-
Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
~''Alunan Ketenangan''~
~''Kalam Akhirku''~
~''Kalam Zikirku''~
Jumaat يا الله -Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.
Sabtu لااله الا الله -Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.
Ahad يا حى يا قيوم -Dipelihara imannya oleh Allah.
Isnin لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم -Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.
Selasa اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد -Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.
Rabu أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه -Dihapuskan 1000 dosa.
Khamis سبحان الله العطيم وبحمده -Tumbuh tanaman syurga baginya.